- Rosli Mokhtar,
- Anak kelahiran Kg Pusu Tinggi, Jerteh, Terengganu pada tahun 1969.
- Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh dan pendidikan menengah di Sek. Men. Agama al-Ittifakiah, Jerteh dari tahun 1982 hingga tahun 1984.
- Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sek. Men. Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu (1985-1988).
- Seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Univ. Hasan al-Thani, Mohammedia, Maghribi dari tahun (1989-1991), berpindah ke Univ. Muhamad V, Rabat, Maghribi dari tahun 1991 hingga 1994.
- Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di universiti yang sama dalam jurusan Peng. Islam dengan pengkhususan Maqasid al-Syariah dari tahun 1994 hingga 1999.
- Kini beliau menjawat jawatan sebagai pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak tahun 2002 hingga kini. Dalam masa yang sama masih mengikuti pengajian sarjana MBA Muamalat di KUIS. 2009-2010
- Antara karya yang telah dihasilkan selain kajian akademik ialah buku:
- 1. Maqasid al-Syariah – Hikmah di Sebalik Pensyariatan.
- 2. Sejarah Perkembangan Hadis.
- 3. Ilmu al Jarh wa al Ta’dil.
- 4. Undang-undang Jenayah Islam.
- 5. Kerajaan Islam Spanyol.
Wednesday, 31 December 2008
TAARUF DIRI
Posted By:
Unknown
on 22:03
TATKALA UMURKU 12 TAHUN
Posted By:
Unknown
on 16:25

Gambar ini sebenarnya adalah gambar kelas Enam Teratai, gambar ni diambil pada tahun 1981 pada masa tu saya berumur 12 tahun. Inilah dia ahli kelas kami semuanya hebat-hebat belaka, cikgu-cikgu kami memang cikgu yang first class semuanya, mereka amat ikhlas dlm mengajar kami.
Sebab itu mereka marah dan pukul kami bila kami salah. Hasil pukulan itulah kami semua jadi manusia berguna. Sekalung doa buat cikgu-cikgu semua. Pahala jariah kami doakan untuk cikgu.
Subscribe to:
Comments (Atom)

