Dalam ruangan lepas kita telah membincangkan beberapa alasan terhadap pengharaman. Mari kita cari alasan lain pula. Mereka berkata, 'ya betul najis yang digunakan untuk baja tak jadi masaalah kerana ianya digunakan untuk pokok. Yang dimaksudkan tidak boleh ialah jika digunakan untuk makanan haiwan'.
Apakah bezanya antara haiwan dan tumbuhan? Sebenarnya tiada beza antara penyerapan zat antara haiwan dan tumbuhan kecuali pada alat dan tempat. Maksud saya, tumbuhan menyerap zat dengan menggunakan akar sementara haiwan menyerap zat dengan menggunakan perut.
Kedua-dua makhluk itu menyerap zat yang telah mengalami proses penguraian. Objek asal seperti najis dan sebagainya telah dihuraikan menjadi bahan yang lebih kecil. Akar dan perut akan menyerap hanya zat yang diperlukan. Ada pun bahan yang tidak diperlukan ditinggalkan.
Bahan yang telah dihuraikan seperti protin, kalsium, mineral dan sebaginya bukan lagi objek asal. Kalau ianya dari najis, maka dia tidak lagi najis setelah bertukar secara kimia. Mengapa demikian? Ini kerana alam semula jadi adalah terdiri dari bahan yang dikitar semula. Jika tiada proses ini, maka hukum meminum air adalah haram kerana air hujan datang dari air yang telah ditukarkan kepada wap dan menjadi air semula. Buah-buahan juga najis kerana baja dibuat dari tahi lembu, kambing dan najis manusia.
Apa yang menghairankan ialah, orang yang sama telah menganggap air"new water' adalah halal dan suci. Bukankah proses yang sama telah berlaku kepada objek tersebut? Atau pemikiran kita amat sensitif dengan perkataan 'babi' dan mudah gelabah bila mendengar kalimah itu.
Saya dari awal lagi menekankan keterlibatan orang-orang yang bukan bidang agama dalam memasyarakatkan ilmu. Dengan keterlibatan mereka diharapkan dapat membentuk masyarakat yang lebih berfikiran saintifik dan terhindarnya tabiat menghukum hanya dengan 'simple analisis'.
Perkataan ini tidak bermaksud saya menghina mana-mana individu atau ulamak dahulu-kala, ini kerana pengetahuan sains amat terhad dizaman mereka, sementara yang memikul aibnya ialah kita yang hidup dizaman sains dan teknologi tetapi masih tidak mahu menerimanya sebagai satu ilmu Allah yang diajarkan kepada manusia. Sains bukanlah satu penciptaan tetapi sains hanyalah satu pengetahuan terhadap hukum Allah terhadap hambanya.
pandangan anda dihargai

