Pandangan anda dihargai
Monday, 29 June 2009
Sunday, 28 June 2009
Posted By:
Unknown
on 03:59
5 Bank Lagi Bankrap
Kerajaan Amerika mengistiharkan semalam 5 lagi bank negara itu ditutup. Dengan pengistiharan itu menjadikan sebanyak 45 bank telah ditutup di Amerika semenjak awal tahun ini. Bank Community dikatakan hanya memiliki 1.1 juta dollar. Nampaknya masalah ekonomi masih lagi membadai negara Amerika.
Pandangan anda dihargai
Saturday, 27 June 2009
Posted By:
Unknown
on 17:07
PEMINAT Jackson, Niki Yan (kiri) dan Lois Weiss tidak dapat
menahan perasaan ketika lalu di hadapan Walk of Fame yang
mencatat nama Raja Pop itu di Los Angeles, California, kelmarin.
Utusan.
# Saya cuba menyelami perasaan dua orang wanita ini. Mereka meratapi kematian penyanyi pujaan mereka. Saya rasakan tangisan ini datang ikhlas dari dalam jiwa mereka yang menyanyangi Jakson. Tiada siapa yang perlu mereka ampu untuk mendapat sesuatu pemberian, tiada kuasa yang dapat Jakson anugerahkan kepada mereka. Mereka menghargai Jakson kerana dia telah berjaya menghibur mereka...saya amat terharu dengan sifat mereka yang murni itu...saya rasa iri hati dengan keikhlasan itu. Saya mula tertanya-tanya jika keikhlasan sebegini ada pada orang yang mencintai Allah dan rasulnya mungkin Islam telah gemilang. Tapi malangnya rata-rata kecintaan kepada Allah dan rasul di sulami dengan kecintaan kepada pangkat, harta, pujian, glamour, pengaruh dan berbagai lagi. Lalu kita kehilangan kekuatan, walaupun yang menjadi objek kecintaan adalah Allah.
Pandangan anda dihargai
Friday, 26 June 2009
Posted By:
Unknown
on 23:55
Hukum kembiri (kasi) binatang.
Soalan: Saya jumpa kucing tengah jalan, saya ambil bawa balik kerumah, mahu pelihara tapi takut kucing terlalu banyak dan menyusahkan. Bolehkah saya kasi kucing itu?
Jawapan:
Persoalan ini menjadi perselisihan ulamak
1-Sebahagian ulamak mengharuskan perbuatan ini kerana ianya bermanafaat.
2-Sebahagiannya mengharuskan untuk binatang yang dimakan sahaja.
3-Sebahagiannya menganggap harus dilakukan jika ada keperluan.
Perselisihan ini timbul kerana para ulamak melihat bagaimana menjaga kepentingan manusia dan kepentingan haiwan. Manusia memelihara haiwan untuk dimakan, perhiasan dan menjaga rumah. Dalam masa yang sama Islam melarang menyakiti haiwan. Apakah tindakan menghalang binatang dari mendapat zuria adalah satu perlangaran terhadap hak mereka.
Apa yang dapat saya simpulkan ialah ianya dibenarkan jika tidak menyakiti haiwan. Ini kerana ada kepentingan manusia yang patut diutamakan dalam kes ini. Kucing dipelihara sebagai hiasan dirumah dan mengawal tikus, jika kucing terlalu banyak akan membawa kesusahan untuk menjaganya dan mungkin membawa penyakit. Tapi ingat, yang boleh tu kasi haiwan. Kasi manusia tak boleh.....
Tahniah!!!
Posted By:
Unknown
on 21:34
Hakim sebat pesalah kes rompak pelajar
Utusan
KUALA LUMPUR 6 Jun – Buat pertama kalinya sejak Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini beroperasi lebih dua tahun lalu, seorang pesalah akan dikenakan hukuman sebatan 10 kali di pekarangan kompleks tersebut pada 15 Julai ini.
Hukuman sebatan itu akan dilaksanakan sendiri oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin dengan disaksikan oleh kedua ibu bapa pemuda berusia 20 tahun itu, Muhammad Syafiq Abd. Wahab.
Muhammad Syafiq yang bekerja sebagai promoter dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah merompak seorang pelajar dengan menggunakan pisau pada tahun lalu.
Perintah tersebut dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 293(1)(c) Kanun Tatacara Jenayah yang berbunyi:
‘‘Mana-mana pesalah muda yang disabitkan atas mana-mana kesalahan yang boleh dihukum denda ataupun penjara di mana-mana mahkamah jenayah, mahkamah boleh, sebagai menggantikan hukuman penjara kerana tidak membayar denda itu memerintahkan pesalah itu, sekiranya lelaki, disebat dengan rotan halus tidak lebih 10 kali sebatan di dalam kawasan bangunan mahkamah dan jika dikehendaki, di hadapan ibubapa atau penjaga pesalah itu.’’
Wacana Ilmuan:
Tahniah kepada tuan hakim yang berani membawa perubahan. Itulah hukuman yang lebih setimpal dan saya harap ianya lahir dari rasa cinta dan kasih kepada agama, bangsa dan negara.
Hukuman denda RM tidak dapat membentuk masyarakat kerana orang kaya tidak merasakan keperitan hukuman, orang miskin pun boleh berhutang untuk membayar denda, kalau dilepaskan atas kebal politik lagilah teruknya.
Dr Ramadan al Buti berpendapat denda RM dalam perkara jenayah adalah bukan hukum Islam. Walaupun begitu ianya diamalkan di mahkamah syariah di negara kita. Akhibatnya siapa yang ditangkap khalwat atau zina, maka mereka boleh membayar denda RM sahaja. Siapakah yang akan takut dengan denda RM3000? Harga seekor lembu.
Pandangan anda dihargai
Asas Kefahaman Islam (20)
Posted By:
Unknown
on 20:47
Kafir-mengakafir wujud dalam masyarakat kita?
Semalam saya telah menerima kunjungan daripada beberapa orang sahabat, kami berbincang dan masing-masing mengutarakan topik yang rancak dibincangkan. Maklumlah lama tak berjumpa. Ada sahabat yang dah lebih kurang 15 tahun tak bertemu. Dalam pada kami bercakap dan berbincang tu, saya sempat melontarkan persoalan apakah perlu saya mengulas isu yang sedang dimainkan oleh media sekarang ini. Iaitu isu TG Nik Aziz yang mengatakan perjuangannya sama dengan perjuangan nabi Musa menentang Firaun. Berikut kenyataan itu pihak Umno telah membuat laporan polis. Kenyataan terbaru TG Nik Aziz ialah kata-katanya hanyalah perumpamaan. Apakah polemik ini merupakan contoh bagi polemik kafir mengkafir?
Pandangan anda dihargai
Thursday, 25 June 2009
Asas Kefahaman Islam (19)
Posted By:
Unknown
on 03:14
Polemik Keempat: Kafir-mengkafir
Polemik kafir mengkafir juga satu yang amat penting untuk difahami. Memahami polemik ini dengan baik banyak membantu menyelesaikan masalah kefahaman terhadap Islam yang murni. Kadang kala polemik ni panas dan kadang kala pula sejuk. Tenggelam timbul pulak nampaknya tapi perlu diselesaikan.
Ini kerana polemik ini telah menyaksikan banyak pertumpahan darah disepanjang zaman. Khalifah Othman dan Ali dibunuh oleh orang yang mengkafirkan mereka. Mereka adalah kumpulan Khawarij yang terdiri daripada orang-orang yang kuat beribadat tetapi jahil dengan batas iman dan kufur.
Sebelum pergi lebih jauh saya nak ringkaskan faktor berlakunya kafir-mengkafir ni kepada beberapa sebab:
1- Perbalahan mazhab
Seringkali pertikaian mazhab dan taksub terhdap aliran tertentu mengakibatkan seseorang mengkafirkan orang Islam yang lain. Oleh itu jngan hairan kalau kita dengar ada orang yang mengkafirkan ulamak tertentu seperti Ibnu Taimiah contohnya. Aliran yang bertentangan mengkafirkan pula Abu Hasan al Ash'ari.
2-Perselisihan Politik
Perselisihan politik juga sering menimbulkan fenomena kafir mengkafir. Kebiasaannya pihak yang menentang pemerintah akan mengkafirkan pemerintah dan tindakan ini timbul bila berlakunya ketidak puas hatian dipihak rakyat dan kezaliman dipihak pemerintah.
3-Semangat Islam Tapi Jahil
Ramai juga orang yang terjerumus dalam suasana ini kerana terlalu semangat untuk mengamalkan Islam. Dalam masa yang sama mereka melihat dosa berleluasa, kemungkaran tidak dicegah.Perasaan hampa dengan suasana ini kadangkala membuatkan mereka melepas geram dengan mengkafirkan orang yang mereka anggap menentang Allah. Ada juga yang menganggap perbuatan tertentu menyebabkan kekufuran sedangkan tidak demikian
4-Terkeliru dengan penggunaan beberapa istilah
Ramai sangat yang keliru dengan penggunaan istilah dalam quran dan hadis seperti perkataan munafik, kufur, syirik. Mereka menyangka semua maknanya kufur yang terkeluar dari islam (saya akan terangkan dalam entry akan datang)
5-Mencari pengaruh dan mengambil kesempatan
Salah satu sebab kafir mengkafir mudah tersebar ialah ramai yang mengambil peluang untuk mendapat pengaruh. Ramai orang awam yang cepat tertarik jika kita mengkafirkan seseorang yang sememangnya tidak disukai oleh mereka. Dengan itu, ramailah orang yang tidak bertanggngjawab menganggap inilah peluang mendapatkan pengaruh dan sokongan.
Pandangan anda dihargai
Wednesday, 24 June 2009
Posted By:
Unknown
on 09:51
Munafik
Soalan:
Apakah tindakan yang nabi s.a.w. ambil terhadap orang-orang munafik?
Tidak terdapt sebarang berita menunjukkan nabi mengambil tindakan terhadap orang-orang munafik. Bahkan Bukhari dan Muslim meriwayatkan bagaimana Khalid al Walid mahu menghukum orang yang bercakap secara biadab dengan nabi (sifat munafik) tetapi nabi mengatakan bahawa dia tidak diutuskan untuk membelah dada manusia.
Apakah yang dapat difahami daripada tindakan nabi?
1-Nifaq adalah amalan hati, hukuman keduniaan mestilah didasarkan kepada kesalahan yang zahir. Jika mereka menjadi tali barut musuh misalnya barulah mereka dihukum dengan kesalahan tersebut, bukan kerana nifaq. Orang kafir pun tidak dihukum kerana kekufuran mereka.
2-Jika Rasulullah s.a.w.membunuh atau menghukum orang-orang munafik, perbuatan itu akan dijadikan alasan kepada orang-orang politk untuk meghapuskan musuh politik mereka, ini kerana kebencian kaum munafik terhadap rasulullah s.a.w agak kabur dari sudut tindakan mereka. Kalau tidak kerna panduan wahyu maka agak sukar untuk mendedahkannya.
3-Saya juga berpendapat, nabi s.a.w.ingin menjelaskan bahawa golongan munafik adalah lumrah yang akan tetap wujud di setiap zaman. Mereka adalah musuh dalam selimut yang perlu ditangani secara diplomasi, rakyat umum susah untuk membezakan mereka lantaran sifat mereka yang lunak bermain kata-kata. Menggunakan kekerasan akan mengganggu saf Islam itu sendiri.
Saya tertarik dengan kata-kata Ramadan al Buti bila beliau berkata lebih kurang maksudnya: Nifaq adalah fenomena alam yang akan tetap berlaku. Dalam mana sahaja persatuan atau perkumpulan maka ada tiga jenis manusia.
1- orang-orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkannya.
2-orang yang benar-benar menentangnya
3- orang yang munafik yang mencari peluang dari kedua-dua pihak.
Munafik dalam Istilah Dr Buti tidak semestinya ketahap munafik yang dibincangkan diatas.
Posted By:
Unknown
on 02:46
Asas Kefahaman Islam (18)
Nampaknya telah beberapa hari saya tidak update bab ini, hari ni kita sambung lagi perbincangan berkaitan polemik salaf ni.
Dalam entry lepas kita telah tahu bahawa 'salaf' bukanlah satu kumpulan manusia yang mempunyai satu pendapat dan tidak pernah berselisihan. Ramai golongan yang mengatakan apa yang dinamakan salaf ialah mereka yang melihat nas syarak mengikut zahirnya sahaja. Ini juga tidak benar kerana dalam zaman salaf, mereka terbahagi kepada dua kumpulan, pertama yang menilai nas dengan zahir dan yang kedua kumpulan melihat nas dengan maqasid dan akal.
Pada pandangan saya, daripada yang banyak-banyak dok bincang pasal salaf ni, saya yakin salaf ialah kumpuln manusia yang memahami nas dengan method yang diterima oleh Islam. Itu sahaja. Tak kira mereka hidup dizaman mana. Ini kerana Islam bukan milik orang tertentu, zaman tertentu dan kaum tertentu. Itu jika di lihat dari sudut metod. Jika dilihatdari sudut masa maka salaf ialah satu jangkamasa yang telah berlalu dan dipenuhi dengan segala kebaikan dan keistimewaan
Yang dimaksudkan dengan method yang diterima ialah:
1-Menggunakan nas yang diterima sahaja. Apa itu nas yang diterima? Maksudnya alquran dan hadis sahih. Kalau guna hadis dari mimpi, hadis rekaan, firasat maka itu bukan method yang diterima. Itu kumpulan bidah yang disepakati sesatnya.
2-Memahami nas syarak dengan cara yang diterima oleh bahasa arab yang betul.
3-Membentangkan nas itu kepada akal yang waras bagi tujuan aplikasi.
Kumpulan yang menggunakan method ini maka mereka adalah pengikut rasulullah s.a.w. walau dizaman mana mereka hidup. Mereka termasuk dalam kumpulan yang diselamatkan oleh Allah dan umat Muhammad s.a.w.
Adapun kata-kata yang sering mengagungkan pendapat tertentu dan menamakan mereka sahaja salaf dan ahli sunnah wal jamaah adalah timbul daripada nafsu yang berteraskan kepentingan diri. Untuk pengetahuan kita, nafsu orang berilmu ialah ingin meliha orang menerima pendapatnya. Selain itu, ada juga dilihat pihak-pihak yang menggunakan istilah ini untuk menghentam saingan mereka bagi mendapatkan pujian, kedudukan pengaruh. Kita berdoa agar Allah menjauhkan kita dari nafsu ini kerana ianya amat susah untuk dihindari.
Siapa pula Khalaf?
Khalaf ialah orang yang hidup dizaman setelah berlalunya kurun kegemilangan. Berbagai pandangan tentang permulaannya tapi ianya diistilahkan kepada kurun keempat hijarah setelah berlalunya tiga kurun pertama hijrah.
Sebelum menutup perbincangan mengenai polemik ini ingin saya nyatakan bahawa kumpulan yang menamakan diri mereka hari ini sebagai salafi hanyalah salah satu aliran pemikiran dalam Islam yang bukannya mewakili Islam. Dalam ertikata yang lain mereka hanyalah satu mazhab yang menamakan diri mereka salaf dan bersalahan pendapat dengan aliran ini tidaklah bererti berlawanan dengan sunah nabi bersalahan dengan asas Islam. Apa yang penting ialah memahami islam mengikut metod yang diterima oleh ulamak seperi yang telah dijelaskan.
Pandangan anda dihargaiPandangan anda dihargai
Sunday, 21 June 2009
Posted By:
Unknown
on 14:03

Belajar dari Jiran
Iran adalah sebuah negara besar yang sering menjadi kebangaan ramai orang. Walaupun Iran adalah sebuah negara Islam, tapi sifat negara itu agak berbeza dengan negara-negara Islam lain.
Orang-orang yang melawat Iran memuji sifat rakyatnya yang menjaga kebersihan. Iran sebuah negara petrol, Iran sebuah negara demokrasi yang menyaksikan perubahan pemimpin secara pilihanraya (jarang berlaku di negara Islam termasuk Malaysia), Iran berkonfrantasi dengan Amerika semenjak 1979. Iran mendakwa memiliki senjata nuklear. Dan yang paling hebat ialah Iran satu-satunya negara syiah yang mampu menonjolkan dirinya dikhalayak antarabangsa.
Mungkin lantaran sifat-sifatitu tadi, membuatkan ada orang yang kagum dengan Iran walaupun mereka bermazhab Syiah. Lebih dari itu kekaguman itu mengheret mereka untuk membawa pemikiran Syiah itu.
Seperti yang saya sebutkan tadi, antara keistimewaanIran ialah demokrasi. Demokrasi di Iran sering membawa perubahan pucuk pimpinan tertinggi. Perkara ini tidak pernah berlaku di negra-negara Arab. Dan tidak pernah berlaku juga di Malaysia.
Pengamalan demokrasi yang telus itu telah membuatkan negara Iran mampu memilih pemimpin terbaik mereka sesuai dengan tujuan diadakan pemilihan. Presiden Iran sekarang Ahmadi Nejad pun menang pilihan raya tahun 2005 selepasmengalahkan pesaingnya Hashimi Rafsanjani. 12 Jun baru-baru ini dia menang lagi dengan peratus undi 62.63% mengalahkan Musawi.
Kemenangan Ahmadi Nejad kali ini lain pulak ceritanya, dia disambut dengan demostrsi jalanan yang katanya mengorbankan 13 orang penunjuk perasaan. Mengapa tiba-tiba suasana Iran jadi begini? Apakah negara Iran telah mula nyanyuk? Rakyat mendakwa adanya penipuan dalam keputusan pilihanraya baru-baru ini. Apakah Iran juga mula belajar dari negara-negara Arab yang berjiran dengannya?
Pandangan anda dihargai
Friday, 19 June 2009
Posted By:
Unknown
on 21:07
Kamu Gila?
Soalan: Apa pandangan ustaz bagi orang yang mengamalkan sunnah dan meninggalkan wajib.
Jawapan: Sebenarnya agak payah bagi saya untuk memahami soalan ini. Atau mungkin lebih tepat jika saya katakan payah bagi memahami situasi ini. Bagaimana pula seseorang itu mementingkan sunnah dan meninggalkan wajib?
Untuk tidak berlaku zalim kepada orang ini, saya mula membuat andaian. Mungkin yang salah dalam soalan ini ialah orang yang bertanya. Ini kerana dia telah salah menggunakan istilah. Dalam satu bentuk, tidak ada bezanya antara sunnah dan wajib. Ini kerana bagi pandangan ahli hadisi, sunnah ialah sesuatu yang diambil dari nabi. Tidak kira sama ada yang diambil itu bersifat mesti, galakan atau keharusan. Dalam situasi ini yang kurang tepat ialah si penanya. Kerana mungkin dia tidak dapat membezakan antara istilah wajib dengan istilah sunnah dalam ilmu hadis.
Itu andaian yang pertama, andaian yang kedua pula ialah penggunaan sunnah dalam soalan tadi adalah betul. Wajib dan sunnah yang digunakan adalah istilah yang biasa difahami. Dalam keadaan ini, sememangnya tindakan orang ini adalah salah. Adalah tidak dapat di terima untuk kita mementingkan perkara galakan berbanding perkara yang dimestikan. Tindakan ini tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Untuk mendekatkan kefahaman, mari kita buat sikit perbandingan. Jika kita membina rumah, ada sesuatu yang bersifat mesti, untuk ianya menjadi sebuah rumah. Tiang, lantai, dinding, atap adalah sesuatu yang mesti. Kalau salah satu bahagian itu tiada maka ianya tidak dinamakan rumah.
Perkara yang menjadi keperluan pula akan diwujudkan setelah adanya rumah. Bilik, letrik, dapor dll adalah keperluan. Langsir, karpet, gambar-gambar yang menjadi hiasan di dinding pula adalah perkara sampingan sahaja.
Jika ada ahli keluarga atau sahabat kita yang membeli langsir sebelum rumah siap. Menyediakan eksesori sebelum loan rumah lulus. Kita akan pelik dan berkata kepada mereka apakah kamu gila? Mungkin itulah soalan yang kita akan tanya kepada orang yang melakukan perkara sunat dan meninggalkan perkara wajib.
Pandangan anda dihargai
Thursday, 18 June 2009
Posted By:
Unknown
on 09:10
Asas Kefahaman Islam (17)
Dalam entry yang lepas kita, telah mengatakan bahawa salafi bukannya bermaksud satu kumpulan manusia yang tidak langsung berbeza pendapat. Kalau begitu, apakah makna salaf? Siapakah mereka? Apakah salaf masih wujud hingga hari ini? Perlukah kita menjadi seperti mereka? Nampaknya mungkin inilah soalan-soalan yang akan kita tanya pada diri kita.
Soalan-soalan ini bukannya terlalu mudah untuk dijawab. Ini kerana berbagai aliran ada dalam masyarakat Islam, mereka mentafsirkan soalan-soalan ini dalam perspektif masing-masing.Ini kerana istilah salaf telah menjadi satu simbol kebenaran. Apabila ada sesuatu kumpulan yang bersaing, mereka dengan segera mendakwa kamilah salaf, sementara kumulan yang lain bukan salaf.
Untuk mengatakan bahawa persoalan ini adalah terlalu rumit juga rasanya tidak tepat. Insyaallah kita akan bincangkan dalam entry akan datang.
Pandangan anda dihargai
Wednesday, 17 June 2009
Islam dan Perubatan
Posted By:
Unknown
on 23:31
Hukum Berubat
Para ulamak bersalahan pendapat dalam persoalan hukum berubat.Pendapat Pertama: Berubat adalah sunnah Rasulullah yang patut dicontohi dan hukumnya samada harus, sunat atau wajib.
Pendapat Kedua: Berubat hukumnya harus tetapi afdal bersabar, bertawakkal dan meninggalkan berubat.Mengapa terjadi perselisihan pendapat dalam hal ini? Jawapannya ialah kerana pihak yang mengatakan tidak digalakkan berubat telah mengaggap perbuatan berubat adalah bertentangan dengan konsep tawakkal.
Kebanyakan golongan yang lebih suka meninggalkan berubat adalah golongan tasawuf yang menganggap penyerahan kepada Allah dan bersabar adalah lebih afdal. Antara ulamak yang berpendapat demikian ialah Imam Nawawi dimana beliau menyebutnya dalam kitab beliau Syarah Muhazzab.
Golongan kedua menganggap berubat tidak bertentangan dengan konsep tawakkal dan sabar. Hujjah mereka ialah nabi sendiri pernah berubat setelah cedra dalam peperangan Uhud. Baginda juga mengatakan: Tidak Allah turunkan penyakit kecuali Allah turunkan ubat.
Baginda juga pernah ditanyakan dengan ubat lalu beliau menunjukkan seseorang yang tahu tentang ubat untuk di rujuk. Orang itu ialah al Kaldani.Antara hadis yang menjadi kekeliruan golongan pertama ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa nabi menyifatkan orang yang masuk syurga antaranya ialah' mereka tidak berjampi, tidak percaya kepada sial majal dan mereka tidak berubat dengan menggunakan besi panas'.
Sebenarnya hadis tersebut menerangkan cara perubatan yang dilarang. Ada jampi yang bersifat syirik, mempercayai sial majal juga syirik dan orang-orang arab juga menggunakan besi panas bagi mengelakkan sial. Perubatan jenis ini sememangnya diharamkan.
Memahami hadis diatas dan menjatuhkan hukum berubat dengan tidak melihat kepada kehidupan nabi dan sahabat adalah tindakan yang menyempitkan kefahaman terhadap nas syarak.
Antara ulamak kontemporari yang mengupas persoalan ini ialah Dr Yusof Qardawi, Dr wahbah Zuhaili dan Dr Muhammad Sulaiman Ashqar. Mereka berpendapat adalah digalakkan berubat kerana itulah yang diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Berubat merupakan sumber kekuatan yang dituntut oleh Islam dan akan menjadikan umat ini mampu melakukan kebaikan kepada diri dan masyarakat. Namun demikian, Dr. Yusof Qardawi beranggapan seseorang yang telah sampai ke peringkat penyakit yang tiada harapan untuk sembuh berdasarkan ilmu manusia yang ada, bolehlah untuk tidak berbuat demikian dan menyerahkan keputusan ketentuan kepada Allah semata-mata.
Pandangan anda dihargai
Para ulamak bersalahan pendapat dalam persoalan hukum berubat.Pendapat Pertama: Berubat adalah sunnah Rasulullah yang patut dicontohi dan hukumnya samada harus, sunat atau wajib.
Pendapat Kedua: Berubat hukumnya harus tetapi afdal bersabar, bertawakkal dan meninggalkan berubat.Mengapa terjadi perselisihan pendapat dalam hal ini? Jawapannya ialah kerana pihak yang mengatakan tidak digalakkan berubat telah mengaggap perbuatan berubat adalah bertentangan dengan konsep tawakkal.
Kebanyakan golongan yang lebih suka meninggalkan berubat adalah golongan tasawuf yang menganggap penyerahan kepada Allah dan bersabar adalah lebih afdal. Antara ulamak yang berpendapat demikian ialah Imam Nawawi dimana beliau menyebutnya dalam kitab beliau Syarah Muhazzab.
Golongan kedua menganggap berubat tidak bertentangan dengan konsep tawakkal dan sabar. Hujjah mereka ialah nabi sendiri pernah berubat setelah cedra dalam peperangan Uhud. Baginda juga mengatakan: Tidak Allah turunkan penyakit kecuali Allah turunkan ubat.
Baginda juga pernah ditanyakan dengan ubat lalu beliau menunjukkan seseorang yang tahu tentang ubat untuk di rujuk. Orang itu ialah al Kaldani.Antara hadis yang menjadi kekeliruan golongan pertama ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa nabi menyifatkan orang yang masuk syurga antaranya ialah' mereka tidak berjampi, tidak percaya kepada sial majal dan mereka tidak berubat dengan menggunakan besi panas'.
Sebenarnya hadis tersebut menerangkan cara perubatan yang dilarang. Ada jampi yang bersifat syirik, mempercayai sial majal juga syirik dan orang-orang arab juga menggunakan besi panas bagi mengelakkan sial. Perubatan jenis ini sememangnya diharamkan.
Memahami hadis diatas dan menjatuhkan hukum berubat dengan tidak melihat kepada kehidupan nabi dan sahabat adalah tindakan yang menyempitkan kefahaman terhadap nas syarak.
Antara ulamak kontemporari yang mengupas persoalan ini ialah Dr Yusof Qardawi, Dr wahbah Zuhaili dan Dr Muhammad Sulaiman Ashqar. Mereka berpendapat adalah digalakkan berubat kerana itulah yang diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Berubat merupakan sumber kekuatan yang dituntut oleh Islam dan akan menjadikan umat ini mampu melakukan kebaikan kepada diri dan masyarakat. Namun demikian, Dr. Yusof Qardawi beranggapan seseorang yang telah sampai ke peringkat penyakit yang tiada harapan untuk sembuh berdasarkan ilmu manusia yang ada, bolehlah untuk tidak berbuat demikian dan menyerahkan keputusan ketentuan kepada Allah semata-mata.
Pandangan anda dihargai
Monday, 15 June 2009
Posted By:
Unknown
on 18:38
Asas Kefahaman Islam (16)
Hari ini kita sambung lagi penerangan mengenai Polemik Ketiga iaitu Salaf dan Khalaf. Dalam entry yang lepas saya menerangkan dua keadaan yang berbeza antara dua zaman. Kalau kita dah faham dua situasi itu, saya mahu tambahkan sedikit lagi.
Di zaman pemerintahan Abbasiah, berlaku kemasukan penterjemahan karya falsafah Greek kedalam bahasa Arab. Keadaan ini memberikan kesan besar dalam cara berfikir masyarakat ketika itu. Perubahan cara berfikir ini memberi kesan besar dalam menangani sesuatu masaalah dan persoalan termasuklah isu-isu agama.
Sebenarnya, semenjak zaman sahabat lagi, perbezaan pendapat berlaku dalam masyarakat mereka, satu hari, dua orang sahabat keluar bermusafir, bila mereka hendak berwuduk, tiada air. Mereka berdua pun bertayamum, setelah selesai solat hujan pun turun. Seorang sahabat berpendapat dia tidak perlu mengulangi solat kerana dia telah sembahyang dengan bertayamum ketika air tiada. Seorang lagi mengulangi solatnya kerana menganggap waktu masih ada.
Ijtihad mereka diberitahu kepada nabi dan nabi mengakui kedua-dua ijtihad tersebut. Apa yang saya ingin sampaikan ialah walaupun generasi sahabat adalah generasi salaf, perselisihan pendapat juga berlaku. Begitu juga dengan permasaalahan lain, banyak lagi.
Oleh yang demikian generasi salaf bukanlah bermaksud generasi yang serupa pendapat dan ijtihad mereka.Generasi salaf di ambil dari perkataan nabi sebaik-baik kurun adalah kurunku dan kurun yang mengikutinya dan yang selepas dengannya.
Mengapa perbincangan salaf dan khalaf ini penting?
bersambung......
Pandangan anda dihargai
Posted By:
Unknown
on 03:12
Sis (2)
Saya telah menjelaskan bahawa metod Sis tidak termasuk dalam katogori perselisihan yang dibenarkan. Mengapa saya berani berkata demikian? Jawapannya ialah kerana Sis tidak mengikut cara pengistinbatan hukum yang di terima oleh Syarak. Namun demikian, perlu diingatkan bukan semua idea yang dibawa oleh Sis adalah salah.
Satu contoh yang dapat disebut ialah masaalah aurat. Ayat aurat datang dengan jelas tentang kewajipan menutup aurat. Had aurat yang boleh diperselisihkan ialah muka, tangan dan kaki.
Tiada sebarang ulamak yang mengatakan aurat dalam Islam mengikut uruf atau adat sesuatu kaum. Ayat aurat tidak membenarkan mereka berpendapat demikian lantaran itu mereka terikat dengan sifat ayat tersebut.
Adapun menganggap aurat sebagai sesuatu yang tidak mempunyai batas tertentu adalah satu pertentangan dengan ijma' ulamak di sepanjang zaman. Memahami nas cara itu tidak boleh diterima dari sudut bahasa arab yang menjadi tulang belakng kepada kefahaman terhadap nas syarak.
Tindakan Sis menuntut persamaan hak juga telah dicemari dengan perspektif 'persamaan' yang kurang tepat. Jika yang dimaksudkan persamaan ialah orang wanita boleh menjadi imam Jumaat, boleh menceraikan suami , boleh membuka bahagian badan mereka, maka perspektif ini perlu diperbetukan segera kerana semuanya bertentangan dengan asas Islam yang disimpulkan oleh ulamak daripada nas-nas quran dan hadis yang bersifat terang.
Namun demikian, pada pandangan saya, kedatangan Sis adalah disebabkan kelemahan orang Islam seperti yang pernah saya sebutkan. Di Malaysia, boleh dikatakan tiada gerakan Islam yang memberikan tumpuan kepada menyelesaikan isu wanita. Ada pertubuhan wanita, tapi bersifat politik, Sis datang mengisi kekosongan itu.
Malah satu kelemahan yang saya sering sebutkan ialah orang baik-baik di Malaysia sentiasa merasakan kalau mereka ingin dapat pahala maka kereka perlu puasa, umrah, haji, baca quran dan buat ibadat2 lain.
Satu ruang ibadat yang ditinggalkan ialah menyelesaikan masaalah orang Islam yang lain. Bahkan perasaan kerahmatan terhadap mangsa perceraian dan keganasan rumahtangga amat sidikit, jangan marah kalau saya katakan ramai juga muslimah yang takut mangsa-mangsa ini 'merampas' suami mereka lalu lebih baik mereka ini dijauhi.
Saya bercakap bukan dengan omong kosong, saya ada pengalaman beberapa tahun mengendalikan ibu tunggal dan mangsa dera. Maaalah mereka ialah kasih sayang masyarakat, pembelaan dan keadilan. Banyak juga isu-isu yang ditimbulkan oleh Sis merupakan isu sebenar yang perlukan perubahan. Isu-isu itu melibatkan undang-undang pentadbiran yang masih lemah.
Dengan keadaan itu, saya beranggapan adalah lebih baik jika mereka diajak berbincang, walaupun saya percaya mereka tidak akan berganjak sangatdengan pendirian mereka. Tetapi paling kurang percambahan pemikiran dengan golongan ini akan mendorong para cendikiawan Islam untuk bangkit dari alam keselesaan dan tidur yang lena.
Banyak isu yang ditimbulkan memerlukan kajian yang lebih mendalam. Jika kita menggunakan jalan mudah iaitu mengharamkn mereka, maka dibimbangi kita sendiri akan terpenjara dengan banyak juga pendapat kita yang bersifat kemazhaban sempit, sememangnya polemik yang ditimbulkan oleh penggugat disepanjang jalan membawa kepada kesuburan pemikiran dan kecergasan minda yang akhirnya mengguntungkan Islam. Wamakaru wamakarallahu wallahu khairul makirin!!!!!!!!!!!
Pandangan anda dihargai
Friday, 12 June 2009
Asas Kefahaman Islam (15)
Posted By:
Unknown
on 06:25
Polemik Ketiga: Salaf dan Kalaf
Antara polemik yang menjadi perbincangan di sepanjang sejarah umat Islam ialah Salaf dan Khalaf. Perselisihan ini kadangkalanya biasa dan kadangkala pula menjadi sengit. Untuk itu, perlu kita tahu apakah perkara sebenar di sebalik polemik ini. Sebelum kita membincangkan isu ini eloklah kiranya kita melihat dua situasi yang berbeza.
Pertama: Generasi sahabat hidup bersama nabi s.a.w mereka pula berbahasa Arab. Selain itu Allah telah menyediakan mereka dengan sifat-sifat yang begitu positif sebelum mereka masuk Islam lagi. Contohnya mereka mempunyai pengorbanan yang tinggi, kebernian, keikhlasan dan banyak lagi sifat mulia. Oleh itu pemikiran mereka juga amat hebat.
Kedua: Generasi yang datang selepas mereka telah kehilangan beberapa ciri kehebatan dan keistimewaan itu tadi. Contohnya mereka tidak dapat melihat sendiri perlakuan nabi dengan mata mereka. Mereka tidak lagi menguasai bahasa Arab seperti generasi sahabat. Kehidupan mereka juga banyak yang berubah lantaran perluasan kuasa Islam di seluruh pelusuk dunia.
Keadaan yang dinyatakan tadi telah memeri kesan terhadap pemikiran golongan terkemudian. bersambung...
Pandangan anda dihargai
Wednesday, 10 June 2009
Posted By:
Unknown
on 16:17
Yang Panas Makin Panas


Sultan, Raja Perempuan diseret dalam laporan polis Manohara Jun 10, 09 11:14am
Malaysiakini- kemaskini 2.46pm Manohara Odelia Pinot membuat aduan polis terhadap istana Kelantan berhubung dakwaannya beliau diculik dan didera suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Wacana Ilmuan:
Perlakuan pemimpin akan memberi kesan kepada negara dan rakyat walaupun dalam soal peribadi mereka, oleh itu berhati-hatilah. Moga Allah menjelaskan kebenaran. Amin
pandangan anda dihargai
Posted By:
Unknown
on 09:51
Asas Kefahaman Islam (14)
Kita masih membincangkan polemik kedua iaitu isu bid'ah. Seperti yang saya katakan ialah isu bid'ah mempunyai titik pertemuan dan titik perselisihan. Bukannya semua bid'ah disepakati oleh para ulamak.
Salah satu contohnya ialah bacaan qunut dalam solat. Sebahagian ulamak menganggapnya sunat muakad dan sebahagiannya menganggap bid'ah. Begitu juga dengan bacaan doa berjamaah selepas solat, wirid beramai-ramai dan banyak lagi amalan masyarakat kita hari ini termasuk dalam bid'ah yang tidak disepakati.
Bid'ah yang disepakati oleh ulamak ialah amalan khurafat seperti memuja kubur , amalan sihir, dan penambahan-penambahan pada asas agama dan ibadat seperti sembahyang hanya dengan niat, haji bukan di Mekah dan berbagai amalan yang kita kenali sebagai ajaran sesat.
Pendirian kita dalam menangani masaalah bid'ah yang disepakati adalah jelas, iaitu kita menolaknya dengan tiada kompromi. Permasaalahannya ialah apakah pendirian kita terhadap bid'ah yang tidak disepakati?
Persoalan ini agak memeningkan masyarakat, terutamanya apabila ramai penceramah agama yang amat menekankan pengajaran tentang bahagian ini, membetulkannya dan menyesatkan pengamalnya.
Jawapannya ialah, perselisihan dalam bab ini hanyalah perselisihan pendapat dalam masaalah fekah sahaja, apa yang patut diakui ialah ianya tidak membawa kepada kesesatan. Namun demikian ini tidak menghalang seseorang itu daripada mengikut mana-mana guru yang mereka rasakan betul apabila guru itu mempunyai ilmu yang boleh dipercayai dan tidak melakukan perbuatan dosa besar secara terang-terangan. Inilah yang dinamakan 'adalah dalam istilah syarak.
Saya akan memberikan contoh yang lebih praktikal. Ada orang yang menganggap membaca Yasin pada setiap malam Jumaat sebagai bid'ah. Jika dia bukan orang alim, maka sudah tentu dia mengambil maklumat itu daripada orang yang dia yakini mempunyai dua syarat tadi. Maka dia pun menganggap cara itu bid'ah. Dia pun enggan membaca Yasin pada malam Jumaat.
Seorang lelaki yang lain pula menganggap perbuatan itu baik dan tidak bid'ah. Ajaran ini diambilnya dari seorng ustaz yang juga berwibawa, dia pun mengamalkan bacaan Yasin pada malam Jumaat. Siapakah yang bersalah dan betul dalam bab ini?
Jawapannya ialah kedua-dua orang itu betul kerana mereka telah bertaqlid atau mengikut orang yang dirasakan mempunyai kewibawaan dalam agama. Mereka sudah tentu tidak dapat menyelidik sendiri hukum hakam tersebut kerana ketiadaan ilmu.
Apa yang penting dari kedua-dua orang yang bersalahan dalam amalan tadi ialah mereka tidak boleh memaksa salah satu pihak untuk mengikut pendirian mereka, ini kerana bentuk perbuatan itu adalah termasuk dalam perkara yang diperselisihkan oleh ulamak.
Begitu jugalah dalam perkara-perkara hukum cabang lain yang tidak disepakati. Jika ahli masyarakat faham dengan situasi ini, maka banyaklah perpecahan akan dapat dihindarkan, kesatuan umat Islam akan dapat dipupuk dengan mudah, kekuatan umat Islam pada waktu itu dapat dihalakan kearah menyekat perkara-perkara yang disepakati sesat dan menyeleweng.
Namun demikian nafsu manusia amat susah untuk dikawal, terutamanya nafsu orang agama, mereka sering suba menganggap pendapat yang mereka ikuti mesti diikuti oleh orang lain juga. Orang yang membaca Yasin malam Jumaat akan memandang orang yang tidka membacanya dengan pandangan serong dan melebelkan mereka dengan berbagai lebel yang membangkitkan kemarahan. Orang yang tidak membacanya pula memandang perbuatan tersebut dengan penuh jijik, lalu berlakulah pertembungan.
Situasi yang merugikan umat Islam itu sentiasa berlaku dan kejadian ini kebiasaanya terjadi di masjid. Masjid yang sepatutnya menjadi tempat kesatuan orang Islam bertukar menjadi medan pertempuran. Kekuatan dihabiskan bagi memerangi perkara cabang yang ringan timbangannya, anjal sifatnya. Kiaskanlah kefahaman ini kepada hukum-hukum cabang yang lain. Mudahan dengan memahami polemik ini dengan baik akan membawa kepada kekuatan Islam yang lebih bermakna, tambahan lagi pengimarah masjid hanyalah 1%-5% sahaja dari penduduk. Jumlah yang sudah kecil dikecilkan lagi dengan pertikaian.
Mudahan Alah menyatukan hati orang yang beriman, amin.
pandangan anda dihargai
Monday, 8 June 2009
Posted By:
Unknown
on 18:58
Seni pendidikan
Satu hari saya membawa anak saya berumur 4 tahun menziarahi sahabat yang kematian anaknya. Anak saya bertanya: Mengapa orang perempuan itu menangis?
Saya: OOO...dia menangis sedih, sebab anaknya mati.
Anak: Sebab apa dia mati?
Saya: Sakit, dia demam dan mati.
Anak: Takkan dia tak bawak anak dia ke hospital?
Saya: Bawak, tapi doktor tak dapat selamatkan.
Anak: Doktor tak pandai ke?
Saya: Bukan, doktor tu manusia saja. Allah yang menentukan.
Anak: OOO.. jadi Allah yang matikan budak ni?
Saya: Allahlah yang hidupkan kita dan Allah lah yang matikan kita.
Anak: Dia mati pegi mana?
Saya: Tuhan ambik dia. Tuhan sayang pada dia.
Anak: OOO...Macam mana ayah kata tuhan tu baik, kalau dia baik takkan dia ambik budak ni, tengok mak dia menangis, takkan tuhan tak kesian. Kalau macam tu tuhan jahatlah. (Maha Suci Allah)
Saya: (senyap dan tiada idea untuk jawab sebab orang ramai dan rasa tak sesuai utk berbincang...)
# Pendidikan merupakan sesuatu yang amat seni, setiap peringkat umur ada uslub dan tekniknya tersendiri, setiap zaman dan ketika ada persembahannya.
pandangan anda dihargai
Posted By:
Unknown
on 07:11
Asas Kefahaman Islam (13)
Polemik kedua yang sering tenggelam timbul dalam masyarakat ialah persoalan bid'ah. Polemik ini kadangkalanya menjadi isu hangat yang memanaskan suasana. Kadangkala tersembunyi dan tidak mendapat perhatian yang berat.
Polemik sangat perlu ditangani dengan baik. Ini kerana polemik ini merupakan cabang dari persoalan kepelbagaian pandangan dan mazhab. Sebarang kegagalan dari menerangkan isu ini dengn baik akan menjadi satu perbincangan yang sia-sia kerana disana akan berlaku perselisihan yang merugikan.
Pendirian umat Islam ialah sememangnya menentang pengamalan bid'ah. Ini kerana Rasulullah berkali-kali mengutuk perbuatan bid'ah. Baginda mengutuk perkara bid'ah.
Bagaimana saya mengatakan isu bid'ah adalah persoalan kepelbagaian pandangan sedangan ada hadis sahih yang mengatakan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap yang sesat balasannya neraka?
Ya memang benar hadis tersebut sahih, tapi masaalahnya ialah ulamak tidak sepakat dalam mentakrifkan apakah itu perkara bid'ah. Nampaknya memang senang sebab kita baca setiap bidah itu sesat. Tapi apakah itu bid'ah. Disini, para ulamak mentakrifkannya dengan persepsi masing-masing. Untuk melihat secara terperinci lihatlah kitab-kitab rujukan.
Persoalan bid'ah pada asasnya mengandungi tiga titik utama.
1-Pertama perkara-perkara yang disepakati oleh ulamak sebagai bid'ah
2-Kedua Perkara yang disepakati sebagai tidak bid'ah
3-Ketiga perkara yang tidak disepakati samada ianya bid'ah atau tidak
Saya berharap sangat supaya pembaca mahir dengan perkara asas ini, kalau dah mahir tak perlulah saya terang acap kali, untuk itu kita akan sambung lagi insyaallah.
pandangan anda dihargai
Saturday, 6 June 2009
Asas Kefahaman Islam (12)
Posted By:
Unknown
on 17:48
Kita masih lagi membincangkan poliemik pertama iaitu Perbezaan Pandangan dan Mazhab. Melalui pengalaman saya, ramai orang yang terkeliru apabila sesuatu kumpulan menamakan diri mereka ansar sunnah, kumpulan ahlu sunnah wal jamaah dan sebagainya. Ini kerana ramai ahli masyarakat yang tidak didedahkan dengan asas kefahaman Islam.
Mereka keliru bila mendengar sesuatu ajaran mengikurt sunnah, mereka akan mudah mengatakan kumpulan itu sahaja yang betul. Ini kerana nabi seorang sahaja dan kumpulan pula banyak. Begitu juga dengan gerakan Islam. Mereka sering menganggap gerakan Islam mesti satu sebab Islam adalah satu.
Mereka sebenarnya tidak dapat membezakan antara agama dan kumpulan. Agama dan persatuan tidak sama. Persatuan adalah perkumpulan orang yang berusaha memartabatkan agama dengan cara yang dirasakan sesuai olah kelompok tersebut.
Akibat kefahaman yang silap ini telah menimbulkan taksub mazhab terhadap kumpulan dan jamaah tertentu. Apabila kumpulan, persatuan atau jamaah mereka dikeritik, mereka akan mengkafirkan, menfasikkan atau menyesatkan orang yang menegur kerana mereka merasakan Islam telah dikeritik. Lantaran itu, dalam banyak keadaan, menegur kumpulan Islam lebih sukar dari menegur kumpulan yang tidak dikenali sebagai gerakan Islam.
Dalam permasaalahan fekah, contoh yang pernah saya berikan ialah kekeliruan terhadap kitab Sifat Solat Nabi. Apabila kitab ini ditulis, ramai orang yang menyangka mazhab lain tidak mengikut nabi. Mereka melemparkan aliran lain secara total sebagai ahli bid'ah. Bagi mereka jika sudah ada kitab soalat nabi maka kitab lain tidak diperlukan.
Sepatutnya kita disedarkan bahawa ruang ijtihad adalah luas dan pengamalan agama yang termasuk dalam ruang ijtihad adalah diterima. Walaupun begitu saya tidak menafikan ada perkara bid'ah yang menjadi amalan masyarakat, tetapi kebanyakannya dalam ruanglingkup bid'ah yang tidak disepakati oleh ulamak. Inilah antara polimik yang akan dibincangkan nanti Insyaallah.
pandangan anda dihargai
Friday, 5 June 2009
Posted By:
Unknown
on 19:29
Ustaz Obama dan Kota Cordoba
Semua orang tahu Obama adalah Presiden Amerika. Apa yang menarik pada Obama ialah beliau beriaia sangat untuk menjalinkan persahabatan dengan negara-negara Islam. Beliau baru sahaja membuat lawatan ke negara Mesir dan sebelum itu ke Arab Saudi.
Ucapan Obama di Mesir sangat lunak. Menyampaikan salam umat Islam di Amerika untuk saudara mereka di Mesir. Berulang kali beliau menyatakan keinginan untuk membuka lembaran baru bersama umat Islam. Hak rakyat Palestin dan Islam fobia. Persembahan Obama menjadi lebih menarik apabila beliau bertindak menundukkan diri ketika bersalam dengan Raja Saudi satu ketika dulu.
Ucapan beliau telah menerima berbagai reaksi dari segala macam aliran yang ada di bumi Islam. Ada golongan yang menganggap ucapan itu hanyalah idea basi yang telah lama dimainkan oleh pemimpin taghut. Tidak lebih dari itu.
Sebahagian pula merasakan inilah peluang yang dinanti-nantikan. Dunia akan berubah, Obama datang membawa segala yang dinantikan oleh umat yang tertindas. Hanya hari dan ketikanya lagi yang akan menyaksikan perubahan dunia. Obama akan menelesaikan isu umat Islam Palestin, Sudan, Iraq, Afghanistan, Somalia dan lagi...dan lagi...
Ditengah-tengah situasi ini saya mahu mengulas tentang satu hakikat, iaitu hak dan maruah sesuatu umat, bangsa dan negara tidak akan dicapai dengan pemberian dari orang luar. Ini kerana maruah dan hak itu sesuatu yang amat berharga, ianya tidak dapat diambil dengan pemberian terutamanya dari orang yang asing dari bangsa itu sendiri.
Selain itu, maruah dan kehormatan bangsa adalah terbina dari dalam bangsa itu sendiri. Bagaimana orang akan menghormati kita kalau kita bersifat keji? Bagaimana orang akan memartabatkan kita kalau kita seorang yang hina? Umat Islam sebenarnya tidak memerlukan kepada orang bukan Islam yang baik untuk menolong mereka. Umat Islam memerlukan pemimpin Islam yang berwibawa....kepimpinan yang bermaruah
Pendiran saya di atas tidak bermakna saya memperkecilkan tindakan Obama. Rentak tari beliau cukup hebat di atas gelanggang politik. Beliau bijak membuat persediaan dan memenangi hati umat Islam, tindakan itulah yang pemimpin Islam mesti pelajari.
Obama juga menyebut tentang Kerajaan Islam Spanyol, beliau memuji pemerintahan Islam yang berpusat di bandar Cordoba itu. Hari ini akhbar-akhbar Spanyol mengutuk ucapan Obama yang dianggap menyebelahi Islam walaupun ianya hanyalah fakta sejarah.
Ucapan Obama tidak patut diterima dengan maki hamun oleh sesetengah pelampau yang berjiwa kecil. Ada juga menyambut ucapan itu dengan mempersembahkan kata-kata nista dan tomahan. Bagi saya itulah menifestasi daripada keidak matangan umat Islam masakini.
Ucapan yang baik mestilah dibalas dengan baik. Jika Amerika menghulurkan tangan persahabatan, sepatutnya negara-negara Islam atau gerakan Islam mengambil peluang untuk menunjukkan kepada Barat bahawa Islam telah lama berbuat demikian. Kita sentiasa inginkan kedamaian. Tak bolehkah jika politik atau siasah yang sama digunakan selagi mana anda di pentas itu? Saya amat menunggu-nunggu ucapan ketua agama atau ketua gerakan Islam malaysia membuat ucapan yang positif tetapi berhemah terhadap ucapan itu. Atau umat Islam Maaysia kurang sensitif dengan percaturan antarabangsa?
Mengapa saya menamakan Presiden Amerika ini dengan ustaz? Sebenarnya ucapan Obama di Mesir dimulakan dengan salam dan menggandungi ulasan terhadap ayat quran dan disulami pula dengan berbagai unsur kemanusiaan.
Habis apa hubungannya dengan ustaz? Biasalah orang kita, kalau orang pandai ceramah sikit, sebut quran sikit, pandai cakap bab agama sikit terus panggil ustaz. Tak kira lah mereka tu penyanyi ke, pelakon ke, doktor ke dan macam-macam lagi. Yang penting pandai ceramah dan pandai sikit sebut pasal agama. Kalau saya guna kaedah itu Obama pun layak di panggil ustaz, macam mana? hancur kita dibuatnya.
pandangan anda dihargai
Thursday, 4 June 2009
Posted By:
Unknown
on 09:00
Blog dan Wanita
Seorang pelajar menghantar sms bertanyakan pandangan saya, apakah dibolehkan untuk wanita membuka laman blog?
Jawapannya ialah laman blog adalah alat komunikasi. Hukumnya tertakluk kepada asas-asas hukum yang sedia ada. Internet adalah alat perhubungan yang agak baru, namun demikian perlakuan dan etika penggunaannya telah ada dalam alat perhubungan sedia ada.
Seorang muslim dilarang mengumpat, menipu, menfitnah dalam percakapan, akhbar atau di laman blog. Etikanya adalah sama. Ada sesetengah orang yang agak keliru, mereka menyangka chating dengan bahasa lucah tidak salah. Bermesra dalam internet dengan bukan mahram disangkanya tidak salah. Orang seperti ini sebenarnya terkeliru dengan perkembangan alat dan teknologi. Medium yang berubah tidak mengubah hukum jika hakikatnya adalah sama.
Jika kita telah memahami perinsip asas diatas, maka senanglah untuk kita mengetahui pandangan Islam berkaitan penggunaan blog dan internet. Jika ianya digunakan untuk kebaikan dengan menjaga batas-batas syarak seperti aurat, adab dan etika maka sudah tentu ianya dibenarkan. Begitu jugalah sebaliknya.
Bahkan saya berpendapat laman blog adalah terlalu diperlukanbagi pelajar universiti, ini kerana blog memberi peluang untuk mereka berkarya, bertukar fikiran, mengasah bakat dan mendekati masyarakat. Ilmu itu ibarat sesuatu yang hilang dari seorang muslim, dimana sahaja dia mendapatinya maka dialah orang yang paling berhak memilikinya.
pandangan anda dihargai
Wednesday, 3 June 2009
Posted By:
Unknown
on 14:53
Asas Kefahaman Islam (11)
Setelah anda memahami perkara-perkara penting berhubung asas pemikiran dan sumber rujukan dalam Islam, sekarang sampai pula masanya untuk saya terangkan polemik-polemik penting. Polemik ini sering timbul dalam masyarakat dan jika tidak difahami dengan baik akan membawa seribu satu masaalah.
Polemik Pertama: Perbezaan Pendapat dan mazhab
Isu ini jika tidak ditangani dengan baik akan melumpuhkan kekuatan orang Islam. ini kerana polemik perbezaan pendapat dan mazhab sering kali membawa kepada pergaduhan dan perpecahan. Bahkan boleh mengheret kepada peperangan dan pembunuhan.
Sebelum membincangkan isu ini, kita perlu kembali melihat beberapa asas yang telah disepakati ulamak:
1-Persoalan khilafiah atau perselisihan ulamak yang bukan dalam masaalah asas agama adalah perselisihan yang berbentuk kepelbagaian bukan pertentangan.
2-Kata-kata sarjana Islam walau bagaimanapun hebatnya mereka, bukanlah sesuatu yang tidak boleh dipersoalkan, dikaji, diterima atau ditolak. Ini kerana Islam tidak meletakkan seseorang sebagai hujah kepada orang lain selain daripada nabi s.a.w.
3-Kata-kata ulamak yang menghukum seseorang dengan sesat, fasik ,bidah atau kufur tidak diterima secara bulat-bulat tetapi mestilah melihat kepada hujah dan kebenaran.
pandangan anda dihargai
Tuesday, 2 June 2009
Monahara.....Nafsu Pun Bergejolak (2)
Posted By:
Unknown
on 18:34
Mengapa saya mengatakan reaksi orang yang memakin hamun ialah reaksi yang mungkin ikhlas tapi tidak bertempat? Jawapannya ialah kerana kedua-dua pihak yang terlibat tidak mewakili rakyat kedua-dua negara.
Seorang bekas model yang telah berjaya dipikat oleh seorang hartawan. Sudah tentunya situasi itu membawa banyak makna. Saya yakin rakyat Indonesia ramai yang menjaga harga dirinya dan lebih bermaruah dari seorng model. Oleh itu saya tidak meletakkan akhlak orang ini sebagai cermin kepada kelakuan rakyat Indonesia, walaupun jika yang bersalah adalah dia. Itu hanya sifat individu itu sahaja.
Pihak Malaysia juga tidak melambangkan kelakuan rakyat jelata. Ini kerana yang terlibat langsung tidak mewakili golongan kebanyakan dii Malaysia. Kesalahannya langsung tidak mencerminkan sikap rakyat dan kerajaan Malaysia.
Sebenarnya banyak polisi Kerajaan Malaysia terhadap rakyat Indonesia yang boleh dipuji. Sudah tidak dapat dinafikan ramai rakyat Indonesia yang mendapat kerakyatan di Malaysia, terlalu ramai. Semua itu dilakukan atas dasar persaudaraan agama dan bangsa. Setelah penguasa umat Islam mula lalai barulah polisi yang amat penting itu dikurangkan, tapi masih berlangsung.
Perkara terpenting yang saya mahu ulas dalam tulisan ini ialah betapa perlunya kefahaman, kerjasama dan sokongan antara kedua negara ini. Mengapa? Ini kerana kemaraan kuasa besar dunia di rantau ini sentiasa tidak menyebelahi negara2 Islam yang ada. Polisi Amerika dan Israel yangberbaik-baik dengan Singapur serta Thailand perlu diimbangi dengan kerjasama erat antara Malaysia dan Indonesia.
Kedua-dua negara pernah menelan kepahitan terlepasnya kedaulatan wilayah masing-masing apabila Timor Timur dan Batu Putih diserahkan kepada pihak lain walaupun dengan saksi fasik dari barat. Ingatlah persaudaraan Islam dan ukhuwah yang utuh ini akan sentiasa dimurkai oleh musuh yang terlalu. Mereka akan sentiasa menyucuk jarum-jarum beracun untuk tujuan itu.
Sudah menjadi kebiasaan golongan atasan untuk menjadikan diri mereka sebagai punca kepada keretakan perpaduan dan kedaulatan umat. Rempah ratus terhadap resepi kejatuhan itu ialah hata, kuasa dan wanita, ketika ianya telah memenuhi sanubari maka nafsupun bergejolak.
#Baca buku saya Kerajaan Islam Spanyol, disana ada beberapa pelajaran penting.
pandangan anda dihargai
Monahara....nafsu pun bergejolak (1)
Posted By:
Unknown
on 06:09
Kalau pasal gambar di atas saya tak payah ulas panjang-panjang. Semua orang dah tahu tentang ceritanya. Saya tak mahu menambah umpatan terhadap masaalah rumah tangga orang, persoalan rumah tangga elok diselesaikan di mahkamah antara mereka berdua.
Kalau dah tak payah bincang mengapa pula saya meletakkan gambar beliau di atas sana? Jawapannya ialah saya terpaksa mengupas isu ini, tapi bukan persoalan rumah tangga mereka berdua. Apa yang saya nak ulas disini ialah kesan kes ini terhadap kesatuan umat Islam.
Saya sudah mula membaca blog-blog dari Indonesia yang tidak semena-mena mengutuk orang Malaysia, Kerajaan Malaysia dan memaki hamun keduanya. Sememangnya rasa kesatuan kenegaraan membuatkan mereka akan menyebelahi isteri muda yang 'teranyanya' itu.
Satu pelajaran yang saya ingin kongsikan disini ialah kita manusia ini seringkali bertindak ikhlas tapi tidak kena pada tempatnya. Saya percaya rakyat Indonesia yang marah dengan tindakan penderaan rakyat mereka merasakan mereka perlu marah dan meradang. Memang kezaliman mesti dihentikan.
Saya akui inya terbit dari hati yang ikhlas, cuma ada beberpa perkara yang saya ingin bincangkan. Pertama, benarkah penderaan itu berlaku? Mengapakah kita tidak serahkan keadilan mahkamah yang menentukan perkara ini?
Sudah tentu rakyat Indonesia akan berkata, mesti mahkamah Malaysia akan menyebelahi Malaysia. Saya katakan ya, benar, kemungkinan itu wujud. Kemungkinan itu wujud di Malaysia sebagaimana ianya wujud di Indonesia.
Saya berani berkata begitu kerana inilah sebenarnya masalah dunia Islam, kita sama-sama perlukan keadilan. Kita sama-sama dalam situasi serupa.
pandangan anda dihargai
Monday, 1 June 2009
Posted By:
Unknown
on 08:30
Sains: Antara Babi dan Ikan Keli (3)
Kita sambung sikit lagi tentang babi dan ikan keli... Sambil-sambil berbincang dengan para sahabat, ada juga yang mengatakan bahawa ikan yang hidup dari kecil lagi telah bercampur dengan air yang najis. Emmm...mengapa ikan dilaut tidak masin? Percampuran itu berlaku bukan seperti anda mencampurkan susu dengan teh lalu menjadi teh tarik.
Ada pula suara-suara yang mengatakan sememangnya binatang yang memakan sumber yang najis atau kotor akan membawa mudarat. Memang benar, maka yang sepatutnya pihak pejabat agama mestilah meminta kerajaan campur tangan. Berbagai agensi kerajaan yang bertanggung jawab bagi memastikan makanan rakyat tidak tercemar. Penggunaan racun serangga berlebihan juga membawa kemudaratan. Kerja ini bukan kerja pejabat agama.
Apa yang saya mahu sampaikan ialah kita mestilah bijak menggunakan segala bentuk mekanisma yang ada bagi kebaikan rakyat. Jangan kita cuba untuk bertindak dari satu sudut sahaja. Polemik ini sebenarnya tidak perlu ditekankan dari sudut agama, tetapi perlu ditangani dari sudut kebersihan dan keselamatan. Nak buat macam mana, orang yang bersuara ialah orang agama sahaja, sebab agama itu dianggap dalam persoalan najis sahaja, sementara dalam persoalan keselamatan tiada orang yang bersuara. Atau kita tidak bijak menangani isu .
Mungkin juga ada dikalangan pembaca yang tertanya-tanya. Mengapa dia ni sibuk sangat nak defend babi dan ikan keli? Ada projek ke? Jawapannya ialah seorang yang mengupas isu masyarakat perlulah dari pihak yang tidak ada kepentingan. Kalau kita lihat isu politik Perak, masing-masing beri pandangan, semuanya ada kepentingan sebab itu masyarakat keliru. Begitu juga dengan isu mogok lapar.
Ramai dikalangan pengulas isu kemasyarakatan dan agama menganalisa sesuatu isu dengan sambil lewa, mereka condong kepada haram jika isu itu tidak kena atas kepala mereka, tapi jika isu itu kena atas kepala mereka maka mereka akan menggunakan teknik darurat dan berbagai lagi.
Saya terpaksa memberi contoh disini. Untuk tidak menimbulkan prasangka dan bagi menjelaskan bahawa saya tidak mengisyaratkan individu tertentu. Contohnya ialah ada dikalangan orang yang bila bercakap pasal agama amat ketat hukum hakamnya, bila bercakap pasal bergerak dalam solat, pasal aurat perempuan ohh.. tiada langsung rukhsah atau keringanan. Pada mereka sebarangan keringan akan membawa kepada kerunuhan akhlak....
Dalam masa yang sama mereka dengan sambil lewa membenarkan hak cipta harta intelek dicerobohi. Ada yang dengan mudah membuat sakinan ratusan buku tertentu dan dengan senang hati menjualnya kepada khalayak. Tiada kepenatan dan ribuan ringgit massyyuukkk. Ini untuk tujuan ilmu. Ikhlas . Oh..amat mengelirukan. nanti kita bincang lain kali untuk harta intelek.
Saya bukan memburukkan sesiapa tetapi saya ingin menyeru kepada pembinaan metod pemikiran dan yang lebih tersusun dan sekata. Mudahan kita tidak akan menzalimi sesiapa bila kita membuat analisa.
pandangan anda dihargai
Subscribe to:
Comments (Atom)


