Monday, 31 August 2009

Harga petrol naik esok

Ogos 31, 09 6:55pm
Malaysiakini

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.Pandangan anda dihargai

Wacana Ilmuan:

Biasanya jika ada kenaikan harga minyak, maka akan berlakulah perkara berikut:

1- Ada menteri yang akan membandingkan harga minyak negara ini dengan negara lain.
Hakikatnya mereka mengaburi mata rakyat kerana negara2 spt UK mempunyai matawang tinggi dan pendapatan rakyatnya berkali ganda lebih tinggi dari M'sia.

2-Ada 'pakar-pakar' yang akan memberi tip-tip penjimatan petrol.
Hakikatnya tip-tip itulah juga yg telah diberikan semasa kenaikan petrol lepas. Tip2 pula banyak yang menggelikan hati seperti jangan pasang aircond dll.

3-Ramai orang berpusu2 ke stesyen minyak.
Haikatnya mereka akan menjimatkan minyak untuk 1 tangki sahaja dan minyak akan naik bertahun-tahun. Perbuatan ini tak ubah seperti memilih wakil rakyat tertentu kerana semata-mata dia memberi duit RM50 sedangkan dia akan berkuasa 5 tahun dan mengabaikan banyak kepentingan rakyat dalam masa tersebut.

4-Akan ada menteri yang akan bagi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan haga barang.
Pada hakikatnya menteri itu sendiri menaikkan harga barang yang dijualnya kerana menteri sekarang semuanya ada buat part time belaka.

5-Kenaikan harga barang yang bertubi-tubi dengan alasan kos meningkat
Bila ditanya tentang hakikatnya maka peniaga akan berkata terima sajalah ianya sebagai satu hakikat.




Wednesday, 26 August 2009


Datuk Harussani,
TG Haji Hadi dan Ust Rosli

Dipetik dari Malaysiakini:

Datuk Harussani, Mufti Perak berkata, hukuman sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media "sepatutnya 80 kali sebatan". "Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Mengulas isu yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata hukuman terhadap seseorang yang mengambil alkohol pada sisi agama antara 40 hingga 80 sebatan. "Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.

"Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," katanya dalam satu kenyataan.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula berkata masyarakat umum masih tidak mempunyai kefahaman jelas tentang perundangan Islam sehingga kes-kes seperti yang melibatkan Kartika menjadi sensasi.

"Kalau kita lihat daripada kes ini sebagai asas, masyarakat Islam belum ada fahaman jelas mengenai undang-undang Syariah," kata presidennya Muhammad Razak Idris. Beliau turut mempertahankan enakmen syariah sedia ada, namun hakim perlu menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk menjatuhkan hukuman supaya mengelak tanggapan negatif terhadap pelaksanaan undang-undang ini.

"Bentuk undang-undang syariah yang ada sekarang tidak bercanggah (dengan Perlembagaan Persekutuan) kerana ia sejajar dengan syarak dan prinsip Islam sebagai agama persekutuan. "Namun, sekiranya mahkamah lihat hukuman perlu dinilai semula, kita sokong. Lagipun Kartika melakukan kesalahan buat kali pertama, jadi wajarlah kalau hukuman itu dinilai dan dikaji semula," katanya kepada Malaysiakini.

Wacana Ilmuan:

Dua nama pertama dalam tajuk di atas adalah nama-nama besar dalam negara kita, tak perlu lagi di terangkan siapa mereka. Sementara nama ketiga pula adalah insan kerdil yang cuba menyelunsuri dunia ilmu dengan serba kekurangan. Apa yang diharapkan ialah percambahan minda yang bermanafaat, guna menyuluh setiap inci langkah yang diatur.

Sebenarnya saya amat tertarik dengan artikel diatas yang saya ambil dari Malaysiakini. Dalam artikel di atas menerangkan apa yang telah saya terangkan dalam entry yang lepas. Hukuman minum arak dikatakan sebagai hukum hudud dan pendapat ini terbahagi dua. Yang mengatakan hukuman 80 sebatan dan yang mengatakan hukumannya ialah 40 sebatan. Pendapat ketiga ialah hukuman 6 sebatan telah menepati undang-undang syariah. Ini bermakna pendapat ketiga menganggap ianya hukuman ta'zir dan bidang kuasa mahkamah adalah luas dalam menjatuhkan hukuman.

Yang saya mahu bincangkan hari ini ialah metod perlaksanaan undang-undang Islam. Persolaan meninggalkan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam ialah persoalan global. Bukan negara kita sahaja yang tidak melaksanakan kewajipan ini, bahkan tiada langsung negara yang mempraktikkan undang2 ini secara menyeluruh.

Dalam ulasan Datuk Harussani dan TG Hj Abd Hadi, mereka menekankan perlaksanaan pandangan menyebat dengan 40 atau 80 sebatan. Bagi mereka jika tidak melaksanakan pandangan ini maka ianya bukan undang2 Islam.

Apa yang saya ingin utarakan ialah betapa perlunya para ulamak dan pendakwah Islam untuk menggunakan pendekatan yang lebih fleksibel. Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan flekible? Ramai yang kurang senang dengan istilah ini. Kadang-kadang ada juga yang mengatakan 'Islam yang perlu fleksibel atau kita yang perlu fleksibel dengan Islam'.

Apa yang saya maksukan dengan flksibel bukanlah meninggalkan tuntutan agama, tetapi yang dimaksudkan dengan fleksibel ialah cuba menangani masaalah dengan melihat kepada pandangan ulamak yang berbagai. Tujuan berbuat demikian ialah untuk mengetahui ruanglingkup masaalah apakah ianya dari jenis yang disepakati atau tidak.

Kita berada di zaman undang-undang jenayah Islam telah dipinggirkan oleh masyarakat Islam dunia, suruhan ini bukan dipinggirkan hari ini atau kelmarin tetapi telah ditinggalkan puluhan malah ratusan tahun yang lampau.

Langkah yang sepatutnya diambil bukanlah berbentuk menegakkan pandangan mazhab tertentu, tetapi lebih kepada menyeru supaya pengamalannya menyamai dengan salah satu pandangan ulamak Islam.

Dalam kes undang-undang sebat pesalah minum arak, saya berharap benar agar para ulamak mengakui hukuman yang telah dijatuhkan kerana ianya telah menyamai salah satu dari pandangan ulamak Islam. Skarang ini bukan masanya untuk kita berkeras untuk menggunakan mazhab Syafie misalnya, tetapi lebih kepada menyeru kearah pengamalan agama walau dalam mazhab mana senkalipun asalkan ianya trmasuk dalam pandanga ahli sunnah waljamaah.

Sebenarnya saya pun kurang faham mengapa dalam undang-undang jenayah ulamak Malaysia agak keberatan untuk mengikut metod ini sedangkan metod ini telah pun digunakan dalam bidang Muamalat. Lihat saja sistem perbankan Islam, banyak pendapat bukan syafie digunakan, tiada apa yang dibisingkan.

Apa yang saya bimbangkan ialah tuntutan yang terlalu jauh daripada undang-undang sedia ada akan membuatkan ianya akan ditolak mentah-mentah oleh masyarakat. Dan saya rasa inilah sebabnya saranan perlaksanaan undang-undang Islam ditolak oleh kerajaan dan masyarakat. Contoh yang paling jelas ialah hukum bunuh bagi orang murtad. Sebenarnya kita boleh memberikan alternatif lain kerana hukum bunuh orang murtad sendiri tidak dispakati oleh ulamak Islam. Mengapa kita menuntut hukuman yang paling maksima?

Sebenarnya saya amat bimbang jika tuntutan yang maksima ini mempunyai tujuan politik. Bagaimanaianya boleh berlaku? Ya, ianya boleh berlaku sekiranya pihak parti pembangkang menuntut hukuman bunuh orang murtad, memang dari segi realitinya kerajaan tidak akan menerimanya sama sekali, jika kita menuntut hukuman penjara atau kaunseling maka ianya mungkin akan dipenuhi.

Oleh itu amat dibimbangi jika kita sengaja menuntut hukuman bunuh bukan untuk ianya dilaksanakan. Sebaliknya supaya ianya boleh tetap kekal menjadi isu bahawa kerajaan tidak mahu melaksanakan Islam. Dengan itu kita berharap untuk mendapat keuntungn sokongan masyarakat yang perihatin dengan perlaksanaan Islam. Inilah yang saya amat bimbangkan jika berlaku dalam saf gerakan Islam, terutamanya yang bergerak diatas jalur politik. Jika ini berlaku 'wanauzubillah' maka agama pada ktika itu bukan lagi tujuan tetapi hanya lebih sebagai tunggangan.

Pandangan anda dihargai



Tuesday, 25 August 2009

Kartika Bersalah Najib Merayu

Sehubungan dengan hukuman sebat Kartika ditangguhkan, ada pihak yang mencadangkan beliau membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Yang suruh buat rayuan itu pula ialah orang no 1 Malaysia.

Saya tak tahu atas dasar apa dia suruh kawan tu merayu, kesian ke? Atau dia rasa orang lain minum tapi tak kena hukum, tiba-tiba sorang ni kena pulak. Tidak kurang juga yang menganggap inilah buktinya pemimpin tak mahu melaksanakan hukum Islam.

Hari ni saya tak nak bincang dari sudut politik, soal apakah ini bukti pemimpin menolak hukum Islam itu soalan persepsi terhadap pemimpin. Ulasan itu boleh dilihat dalam blog2 politik. Apa yang saya nak lontarkan disini ialah dari sudut hukum.

Prsoalannya bolehkah seseorang yang dijatuhkan hukuman secara Islam untuk membuat rayuan dan memohon diringankan hukuman. Saya tidak akan mencampur adukkan ulasan ini dengan serangan fahaman politik. Persoalannya ialah dari sudut agama , boleh atau tidak?

Bagi menjawab persoalan ini perlu difahami bahawa hukuman jenayah Islam terbahagi kepada
1-Qisas
2-Hudud
3-Ta'zir

Jenayah yang termasuk dalam katogori Qisas boleh dimaafkan oleh mangsa atau waris mangsa.
Jenayah yang di katogorikan dalam hudud tidak boleh dimaafkan.
Jenayah Ta'zir dibawah bidangkuasa mahkamah.

Setelah kita faham keadaan ini kita perlu brtanya pula. Minum arak termasuk dalam jenayah mana? Jawapannya ialah, minum arak adalah jenayah yang tidak disepakati oleh ulamak, adakah ianya dari jenis hudud atau ta'zir.

Dari hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah dalam kes ini, dapat difahami bahawa undang-undang kita menganggap minum arak adalah ta'zir. Ini kerana hukuman yang dijatuhkan ialah 6 sebatan. Jika hudud maka nas menyatakan 40 sebatan.

Setelah kita faham bahawa pengamalan mahkamah berdasarkan hukum ta'zir maka fahamlah kita bahawa Kartika boleh membuat rayuan mengurangkan hukuman dan tindakannya tidak dianggap melawan hukum Allah. Kita juga dapat satu jawapan lagi, iaitu orang yang mencadangkan supaya Kartika membuat rayuan tidak boleh ditohmah sebagai menentang hukum Allah.

Akhir sekali saya ingin membuat satu andaian lain. Apa kata skiranya mahkamah menganggap hukuman adalah dari jenis hudud? Jawapannya ialah pertama sekali hukuman katogori hudud adalah tetap dan di ambil secara langsung dari nas. Oleh itu hukumannya ialah 40 kali sebatan.

Saya juga berpendapat, walaupun jika hukuman dianggap hudud, Kartika masih boleh merayu diringankan hukumannya sekiranya hukuman sebat yang dijalankan tidak mengikut prosedur sebat secara Islam. Alasannya ialah hukuman sebat secara tidak Islam adalah hukuman zalim yang tidak dilaksanakan untuk mencapai maqasid atau tujuan pensyariatan hukuman minum arak.

Pandangan anda dihargai


Monday, 24 August 2009

HUKUMAN SEBAT KARTIKA TANGGUH

Utusan Malaysia

TAKDIR menentukan apabila hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang sepatutnya dilaksanakan di Penjara Kajang, Selangor atas kesalahan meminum arak ditangguhkan.

Penangguhan tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus semalam bagi menghormati kemuliaan Ramadan.

Ia dimaklumkan oleh Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Sharafuddin Zainal Abidin kepada bapa Kartika, Shukarno Mutalib di kediaman mereka di Sungai Siput, Perak.


Wacana Ilmuan:

Beginilah keadaan umat islam hari ini ya, bila ada orang yang nak diaksanakan hukuman sebat kerana minum arak, satu Malaysia riuh rendah, macam-macam pulak yang bagi komen. Tapi orang minum arak takdak pulak yang nak riuh rendah, tengok sebelah mata pulak. Eheh...Nasib baik la penguat kuasa agama Pahang ni buat kerja, ada la yang kena tangkap. Kalau kat KL belambak, mai kita pi Bukit Bintang, nak selori pon boleh, waktu malam la. Jangan pi sekarang, kedai pun tutup lagi pagi-pagi ni.

Sebenarnya yang saya nak sembang hari ni ialah pasal hak Kartika Sari. Memang dia bersalah minum arak dan akan di sebat, dia pun dah tobat, tapi yang saya tertanya-tanya ialah bagaimana hukuman sebat yang akan dilakukan terhadap beliau. Apakah sebat yang akan dibuat tu sebat yang biasa dilaksanakan di penjara?

Sebab yang diamalkan sekarang terlalu keras dan akan menzalimi pesalah. Biasanya sebabtyang biasa dilakukan menuntut untuk pesalah membuka aurat, sebat itu juga akan melukakan pesalah dan meninggalkan kesan yang berpanjangan. Inilah antara perkara-perkara yang Islam tak bagi masa sebat.

Oleh itu para ulamak meletakkan syarat sebat. Walaupun agak bersalahan pendapat, tetapi berkisar sekitar menjaga supaya hukuman tidak mencederakan pesalah, tidak meninggalkan kesan berpanjangan dan tidak mencerobohi kehormatan mereka seperti mendedahkan aurat. Saya ada jelaskan benda ni dalam buku saya 'Undang-undang jenayah Islam'.

Sebenarnya masa inilah masa yang paling sesuai bagi umat Islam untuk mendedahkan kelembutan Islam, hukuman sebat yang disuruh oleh Allah jauh lebih rahmat dari sebat yang dijatuhkan oleh undang-undang manusia. Cuma, apabila hati telah kotor maka setiap yang datang dari Allah dianggap merimaskan ....



Friday, 21 August 2009

Kalau Saya Berjumpa TG Nik Abd Aziz

Sehari dua ni saya dihujani dengan pertanyaan apakah pendirian saya mengenai isu kenyataan TG Nik Abd Aziz Menteri Besar Kelantan. Di Masjid ada orang megajukan soalan yang sama, dalam kelas pun begitu. Masa borak-borak dengan kawan-kawan pun sama.

Memanglah sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran saya pun berfikir dan menilai, jadi sudah tentu saya pun seperi orang lain ada pandangan masing-masing.Cuma saya tahu pandangan dan pndapat saya tidak lah membawa apa-apa kesan pada polemik yang hebat dibincangan. Saya bukan ada apa-apa pangkat, kedudukan atau pengikut. Yang akan saya coretkan ini hanyalah perkongsian saya dengan kawan-kawan sekadar pengkayaan ilmu dan lontaran idea sahaja.

Sebenarnya kalau boleh saya mahu sangat berjumpa TGNZ. Tapi saya tahu beliau sangat sibuk dan saya pun buknlah orang penting sangat, oleh itu rasanya hasrat saya itu hanya jadi angan-angan sajalah.

Bila sebut pasal jumpa TGNZ teringat saya peristiwa beberapa bulan lepas, masatu ada pameran buku, saya diberitahu TGNZ akan melancarkan buku disana. Saya sampai ke dewan masa dewan kosong. Saya duduk dibarisan hadapan sambil memegang karya terakhir saya 'Kerajaan Islam Sepanyol'. Saya nak hadiahkan buku tu kepada TGNZ.

Dalam dewan rupanya ramai pula berjumpa kenalan yang sekian lama saya tak ketemui, semasa sedang hebat berborak TGNZ pun tiba , saya terkejut sekali kerana dewan telah penuh sarat dengan orang ramai, mujur saya sampai awal kata saya kepada member sebelah.

Ucpan TGNZ hari tu amat menarik sekali, beliau mengupas tentang iqra' tapi dengan uslub yang amat menarik sekali, saya kira jarang saya dengar ulasan sedemikian.

Semasa TGNZ berucap persediaan rapi dibuat bagi majlis seterusnya iaitu penyampaian cendramata, terkejut saya melihat hadiah-hadiah yang canggih dan besar-besar. Buku-buku dibalut cantik dan dikenakan dengan brbagai hiasan.

Saya tertawa dngan hadiah yang saya pegang ditangan, sebuah buku, tiada riben, tiada balutan dan seketul begitu saja....eheh malu pulak rasanya. Sebaik sahaja beliau berucap, segala hadiah yang cantik2 di kemukakan dan saya tak sempat langsung untuk mendekati apatahlagi memberi hadiah itu.

Saya tak lah terasa hati dengan situasi itu, cuma saya mentertawakan diri saya yang ketinggalan zaman, ini bukan tahun 80 dimana TGNZ berceramah bawah pokok atau bawah kemah, saya tergelak denga diri saya yang ketinggalan zaman.
bersambung....



Thursday, 20 August 2009

Penyatuan Tarikh Puasa dan Hari Raya


Sehingga kini umat Islam seluruh dunia masih belum dapat bersatu dalam menentukan tarikh memulakan puasa dan berhari raya. Walaupun pada hakikatnya bulan hanya satu, tidak dua dan tidak tiga.

Para ulamak ISlam masih lagi berbincang mengenai kewajaran menyatukan tarikh dua hari penting tersebut. Sebahagiannya bertegas untuk melihat anak bulan dengan mata kepala sendiri kerana itulah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Sedangkan anak bulan hanyalah satu, umat Islam bergegas melihat anak bulan untuk mengetahui bilakah bermulanya bulan Ramadan. Apakah melihat anak bulan merupakan satu ibadat yang tidak boleh diubah atau ianya hanyalah satu cara sahaja?

Dapat ditanggapi dari perbuatan nabi s.a.w. melihat anak bulan hanyalah suruhan ALlah yang diberikan sekadar kemampuan mereka kerana pengetahuan dan teknologi ketika itu yang terbatas. Apakah perlu meliahat sedangkan kita berada dizaman terciptanya setelit canggih yang mampu melihat dan mengetahui perjalan bulan, matahari dan bumi dengan begitu teliti sekali?

Jawapannya ialah alangkah sukarnya untuk meyakinkan masyarakat dan sebahagian ulamak sendiri bahawa agama terdiri dari dua jenis tuntutan, sebahagiannya boleh berubah apabila berubahnya ilmu pengetahuan dan kehidupan manusia dan sebahagiannya pula akan kekal disyariatkan hingga ke hari kiamat.

Melihat anak bulan adalah dari jenis tuntutan yang berubah mengikut perkembangan ilmu dan teknologi kerana ianya hanyalah cara untuk sampai kepada sesuatu maklumat, yang penting bukan melihat secara tradisional tetapi apa yang penting ialah mengetahui masuk bulan Ramadan.

Melihat pada zaman ini tidak semestinya dengan mendaki bukit dan mencari tanah lapang, tetapi melihat pada zaman ini ialah dengan menghantar objek ke angkasa, mengetahui pada zaman ini berbentuk mengira perjalanan bulan , matahari dan bumi.

Dengan kefahaman seperti ini terserlahlah kedinamikan agama yang boleh menerima dan menghargai perkembangan teknoloji dan ilmu manusia. Walau apa pun diharapkan semoga puasa kali ini akan mampu mengajar kita sesuatu yang berguna.
Selamat berpuasa.


Puas Sabtu

Rakyat Malaysia mula puasa Sabtu ni, Wacana Ilmuan mengambil kesmpatan ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam selmat berpuasa. Moga Ramada dipenuhi dengan pebersihan sebenar, amin.

Pandangan anda dihargai


Tuesday, 18 August 2009



Alhamdulillah, amat gembira dengan kejayaan ini kerana salah seorang dari teamnya ialah saya, sebagai content expert.

Pandangan anda dihargai


Monday, 17 August 2009

Hukum Sistem Jualan Langsung

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam


Kategori : Ekonomi
Tajuk :Hukum Sistem Jualan Langsung (mlm) Menurut Islam
Huraian :
Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.



Keputusan
Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.
Oleh : Muzakarah Kali Ke-72
Tarikh Keputusan : 23 Januari 2006
Tarikh Muzakarah : 23 Januari 2006 hingga 23 Januari 2006


Sunday, 16 August 2009

Ekstrimis Libya Taubat

Kumpulan militan Libya yang dikenali sebagai Jamaah Muqatilah telah mengishytiharkan perubahan pendirian terhadap jihad, hisbah dan kafir-mengkafir. Pihak kepimpinan Jamaah Muqatilah ini telah menghantar laporan setebal 417 mukasurat kepada bebarapa orang ulamak terkenal dunia seperti Dr Sulaiman Audah, Dr Qardawi, Dr Raisuni dan Syeikh Muhammad al Syanqiti.

Sehubungan dengan perubahan pendirian dan pandangan mereka, para ulamak yang menjadi rujukan mereka memberi komen positif dan menyifatkan perubahan itu sebagai satu tanda keberanian sejati yang dimiliki oleh Jamaah MUqatilah. Jika sebelum ini mereka berani menghunus senjata dan melancarkan perang demi membela apa yang mereka fahami, tapi kini mereka berani mengakui kesilapan dan mengubah pendirian yang selama ini di perjuangkan.

Perubahan ini amat membanggakan kita sebagaimana bangganya kita dengan pendirian gerakan Jihad Mesir yang telah menarik balik pendirian mereka yang sebelum ini melancarkan serangan bersenjata dalam negara Mesir.

Jika arus kesedaran mula menerangi pemikiran kumpulan bersenjata negara Arab, maka satu persoalan yang bermain di fikiran ialah bilakah lagi arus kesedaran ini akan diterima oleh para gerakan militan Indonesia. Nampaknya para ulamak Indonesia perlu bekerja keras untuk terus berwacana dengan kumpulan ini demi memastikan kestabilan negara itu, tidak ketinggalan juga ialah ulamak Malaysia, kerana jika diabaikan pemikiran radikal akan terus berkembang dan menjadi anutan para pemuda yang perihatin dengan agamanya.


Saturday, 15 August 2009



Bila Noordin Mat Top Bolos

Gambar di atas adalah mayat Ibrohim yang telah dibunuh oleh pihak keselamatan Indonesia di Temanggung Jawa Tengah. Serengan ini sebenarnya bertujuan menumpaskan Noordin Mat Top tapi beliau tidak dapat ditangkap.

Saya tidak bertujuan mengupas panjang kejadian ini, yang saya pelik dengan masyarakat kita ialah saya mula dengar cerita-cerita pelik mengenai bagaimana Noordin boleh bolos. Cerita-cerita pelik ini mengaitkan beliau dengan ilmu ghaib yang kesemuanya pelik-pelik belaka.

Keadaan ini sekaligus mendedahkan kepada kita bagaimana masyarakat kita mudah mengandaikan sesuatu kjadian dengan sesuatu yang pelik. Noordin boleh ghaib, dia kebal ada ilmu, jampinya dari sipulan-sipulan dan berbagai-bagai lagi.

Pemikiran tahyul seperti ini amat menyenagkan hati pihak yang terlibat. Ini kerana masyarakat yang percaya kepada tahyul hidup dalam dunia sediri dan boleh di tipu dengan mudah. Para pegawai keselamatan akan tersenyum, 10 kali dia bolos lagi baik...hheehe... mungkinkah inilah yang dikatakan kepada rakyat yang otaknya dipenuhi dengan tahyul...dia memelihara hantu....

Masyarakat kita amat kurang mengaitkan kebolosan seseorang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa dengan amalan rasuah. Sebenarnya inilah hantu yang sering mengacau masyarakat dan berkeliaran dimana sahaja. Hantu rasuah juga boleh berkeliaran ketika pihak keselamatan melakukan operasi besar-besaran. Akibat campurtangan hantu rasuah ini, segala operasi akan sia-sia sahaja.

Operasi pihak imigresyen akan tergendala dan segala pesalah akan bolos bila para pegawai melihat hantu rasuah. Hantu rasuah akan mula merasuk para pegawai sebaik sahaja jampi-jampi yang berbentuk dolar atau rm ditaburkan oleh dukun-dukun yang handal itu.

Operasi membenteras dadah juga tidak kurang juga terdedah kepada hantu rasuah. Sebab itu bertahun-tahun dadah diperangi tetapi semakin diperangi maka semakin melonjak perniagaannya. Apabila pegawai-pegawai di rasuk hantu rasuah, mereka akan lupa diri. Walaupun gaji mereka kecil tetapi mereka akan meracau-racau lalu membeli rumah besar dan kereta mewah. Kehidupan mereka akan lebih mewah dan mereka juga akan dihormati dan dianggap berjaya.

Pendek kata hantu rasuah ni memang bahaya dan bomoh-bomoh yang memuja hantu rasuah ni memang ramai. Apa yang sedikit pelik ialah bomoh-bomoh yang memuja hantu rasuah tak suka dikenali orang. Berlainan dengan bomoh yang memuja hantu iblis. Bomoh hantu rasuah lebih suka sendirian. Dan mereka juga suka jika rakyat terus bodoh dan melihat hantu iblis lah yang mengghaibkan orang yang diburu. Dengan kebodohan itu mereka akan terus dapat memuja hantu rasuah yang sentiasa membawa hasil kepada tuannya.







Pandangan anda dihargai


Wednesday, 12 August 2009

Tutup atau tidak

Oleh Faiza Zainudin, Nazura Ngah, Haika Khazi dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my

Pelbagai pihak persoal sekolah terus dibuka ketika peningkatan penularan H1N1

KUALA LUMPUR: Ketika angka korban Influenza A (H1N1) di negara ini mencecah 44 orang berikutan enam lagi kematian dilaporkan semalam, pelbagai pihak terus bercanggah pendapat berhubung desakan supaya semua sekolah ditutup bagi mengelak penularan wabak itu.

Sesetengah pihak pula keliru kerana mendakwa garis panduan berhubung penutupan sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) dikeluarkan pihak berkuasa tidak jelas.

Wacana Ilmuan:
Rakyat sedang mati, tapi menteri masih was-was nak tutup sekolah ke tidak, alasan kalau tutup akan ganggu prestasi dalam peperiksaan. Kita pun tak faham macam mana mereka berfikir.

Ade ke nyawa budak-budak ditaruhkan dengan periksaan. Sebenarnya mereka takut reputasi mereka yang merosot bukannya budak-budak. Saya cadangkan sekolah ditutup cepat dan jangka masa yang agak lama. Seperti sebulan.

Jangan ingat saya malas nak pergi kerja, kerana cuti akhir tahun boleh dibatalkan dan peperiksaan boleh dilewatkan. Ini kerana kemungkinan untuk pelajar mendapat jangkitan adalah tinggi kerana kelas yang tertutup dan hubungan pelajar dari dekat. Saya tak boleh gambarkan kesan penyakit ini kalau menteri masih dok was-was lagi.

Kita kena dahulukan keselamatan nyawa sebelum benda lain. Kalau nyawa dah melayang benda lain tak de gunanya.

Pandangan anda dihargai


Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia
Berita Harian

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


Wacana Ilmuan:

Takziah kepada keluarga Asri dan sekalong doa untuk beliau mudahan berada dalam rahmat Allah .

Pandangan anda dihargai



Binatang apa tak kena selsema??

Para saintis sekarang mula bercakap pula tentang selsema anjing. Sebelum ni selsema burung. Sekarang hebat pula dengan selsema babi. Di Kelantan ada sejenis demam lagi iaitu demam Kura. Bagaimanapun virus demam Kura bukan datang dari kura-kura tapi nama bagi demam Malaria dalam loghat Kelantan.

Sebenarnya selsema anjing adalah diseabkan oleh virus AH3N8. Virus ini mula dikesan semenjak 40 tahun yang lampau. Tapi pada asalnya virus ini menyerang kuda. Virus ini merebak dengan cepat menyebabkan kuda banyak yang kena selsema lalu dipanggil selsema kuda.

Selepastu virus ini mula memasuki badan anjing dan mengubahsuai dirinya untuk menyerang sistem pertahanan badan anjing. Adalah dibimbangi kalau-kalau virus ini akan terus menyesuaikan diri dengan badan manusia dan membolos sistem pertahanan badan manusia.

Kalau semua binatang boleh kena selsema, maka binatang apakah yang tak akan kena selsema? Apa agaknya?...Fikirkan...Jawab dalam ruangan komen dan saya akan bagi jawapannya esok ya.


Tuesday, 11 August 2009

Hadis Maudu'

Seorang kawan menerima email berikut dan merasa musykil.
Soalan: Minta Ustaz kupas hadis dibawah.


Cuba kira.... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... ... cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


Wacana Ilmuan:

Hadis ini adalah hadis maudu' mengikut al Albani dalam kitabnya Silsilah al Ahadith al Daifah wa Almauduah. Hadis ini diambil dari kitab al Fitan oleh Nu'aim bin Hammad.

Saya harap kawan-kawan semua tidak teruja dengan hadis-hadis maudu'. Ini kerana hadis maudu' sebenarnya bukan lah kata-kata nabi. Istilah hadis maudu' diberikan kepada mana-mana hadis rekaan yang dinisbahkan kepada nabi s.a.w.

Tersebarnya hadis maudu' ada beberapa faktor utama:

1-Orang yang nak mengupas sesuatu isu tidak mempunyai asas ilmu hadis lalu menganggap semua yang didakwa hadis itu memang hadis. Mereka tidak tahu bahawa banyak kata-kata yang dikatakan hadis nabi sebenarnya bukan hadis, sebaliknya hanyalah rekaan sahaja.

Lebih mengelirukan apabila hadis-hadis ini ada dalam kitab Arab. Rata-rata ahli masyarakat menganggap semua maklumat yang ada dalam kitab adalah betul terutamanya bila kitab ditulis dalam BA. Sebenarnya bukan begitu, kitab-kitab yang ada perlu dibaca dengan menggunakan ilmu-ilmu asas dalam Islam. Oleh itu sesiapa yang bukan bidangnya maka jangan nak memandai-mandai.

2-Orang-orang yang sentiasa mencari benda-benda pelik akan membesarkan hadis maudu' kerana hadis maudu' banyak cerita benda-benda pelik.

3-Ahli motivasi ramai yang mereka-reka kata-kata kemudiannya menisbahkan kata-kata tersebut kepada nabi s.a.w unuk tujuan menarik minat orang mendengar celoteh mereka.

4-Para peniaga juga suka mereka-reka atau menyebarkan hadis maudu' untuk menyokong produk-produk mereka.



Monday, 10 August 2009

Anda di Malaysia? (klik)

Bila hukum Allah diabaikan maka dendam dan kemarahan menjadi neraca. Ketika itu kezaiman pun bermaharajalela. Betulkah peristiwa ini berlaku di Malaysia? Negara demokrasi dan berperlembagaan. Undang-undang didaulatkan. Wacana Ilmuan menentang segala bentuk kezaliman walau darimana ia datang dan kepada siapa sahaja ianya ditujukan.
Pandangan anda dihargai






Soalan:
Salam ustaz, ramai org fwd doa ni, tapi saya x pasti kesahihan sumbernya. Tk

PictureN97 019.jpg

WAcana Ilmuan:
Saya agak hairan ada orang yang ingin mengambil peluang menyebarkan fahaman mereka dalam suasana ketakutan masyarakat terhadap penyakit H1N1. Doa ini tiada kena mengena dengan penyakit tersebut . Bahasa Arabnya pun tak betul dan kita umat Islam jangan cari yang pelik-pelik. Doa adalah permintaan kepada Allah. Bagi yang tak boleh bahasa Arab mintak saja dengan Allah dalam bahasa Melayu, tak perlu penat-penat hafal doa yang tak difahami. Bacaan diatas disebut-sebut oleh aliran syiah kerana mereka suka bertawassul dengan keluarga nabi.

Dalam kesempatan ini, saya nak betulkan juga perspektif sebahagian ahli masyarakat kita yang terlalu mementingkan lafaz doa. Mereka menganggap sesuatu doa itu berkesan kerana lafaz doa tersebut. Keadaan itu tidak benar.

Allah melihat kepada kekhlasan hati dan amalan manusia. Adapun kelebihan doa wujud apabila ianya diambil dari Rasulullah yang dinamakan doa ma'thur. Kelebihan doa ma'thur ialah ringkas, padat, mencakupi aspek duniawi dan ukhrawi dan lain. Saya ulas panjang dalam buku saya Maqasid al Syariah.

Adapun doa yang direka oleh manusia biasa maka tiada sebarang kelebihan tersendiri, setiap orang itu lebih mengetahui keadaan dirinya. Banyak juga dakwaan doa-doa tertentu diambil dari orang alim, tiba-tiba takdelah kelebihan sangat kerana orang alim bukannya nabi. Banyak juga doa-doa tersebut bertentangan dengan adab2 doa. Apa yang disampaikan oleh nabi s.a.w. sudah mencukupi untuk diamalkan.



Pandangan anda dihargai


Sunday, 9 August 2009

Budi tak berbalas. Sori orang kampung!

Empat hari saya balik kampung, selepas KUIS ishtihar tutup sehingga 10 Ogos, saya pun ambil peluang untuk berehat di kampung. Disana udaranya lebih segar, tak seperti di Selangor dan KL. Tidak ada jerebu langsung. Dah agak lama saya tak menjenguk kampung halaman, tambahan pula orang tua saya selalu datang ke KL.

Apa yang menarik di kampung sekarang ni ialah buah-buahan, emmm...tak terlarat nak makan. Paling kiri ada duku, dokong dan segala jenisnya, paling kanan ada rambutan dan segala spesisnya, depan ada durian, rambai dan segala macam lagi. Satu jenis buah yang agak pelik ialah buah 'ngeke'. Itu bahasa Kelantan la, kalau sebelah pantai barat orang panggil apa saya tak tahu, saya tak biasa tengok sebelah sini. Buah tu satu masa dulu susah nak dapat tapi sekarang ni banyak, melimpah ruah pulak nikmatnya.

Semasa di kampung saya sempat la ronda-ronda tengok, masyaallah orang kampung terus menerus melimpah ruah rezekinya. Baik yang bekerja makan gaji atau kerja sendiri. Rezekinya baik sekali. Rumah yang dibina cantik-cantik belaka. kalau di KL ni orang yang bergelar jutawan boleh duduk rumah besar, tapi di kampung orang biasa-biasa saja.

Rumah pulak masyaallah penuh hiasan aneka warna, memang sejuk mata memandang, hasil jual buah, jual getah, jual sawit, meniaga dan macam-macam pulak sumbernya. Alhamdulillah jurang kemiskinan making berkurangan benar nampaknya.

Cakap pasal kerea pulak masyaallah, orang kampung tak ketinggalan langsung untuk pakai kereta. Mungkin taklah mereka pakai BM, Mers, tapi kira ok la ada kenderaan dan boleh sampai KL. Kalau sedikit masa dulu orang KL je yang ada 3-4 buah kereta sebuah rumah. Tapi sekarang ni rata- rata orang kampung pun sama. Jumpa kita pun mereka tak tanya dah kereta apa? Yang mereka tanya ialah mengapa tak tukar kereta lagi? Dengar soalan pun saya dah gerun. Ialah orang macam saya ni nak cari duit kat mana nak tukar-tukar kereta. Lagi pun kereta saya tu dah ok, kata saya yang mungkin tak mampu.

Bila saya fikir-fikir balik, memang terlalu selesa hidup di kampung. Nikmat banyak yang Allah berikan, banyak aktiviti mendatangkan pendapatan, lembu, ayam, itik, ikan keli semuanya senang saja untuk menghasilkan pendapatan.

Ditengah-tengah keselesaan itu saya pun pergi ke masjid, apa yang saya dapati di masjid amat tidak mengembirakan. Ini kerana penggunjung masjid amat merosot sekali. Pakcik2 tua saja yang solat berjemaah, bilangan mereka pula sedikit saja. Ada satu masjid cukup cantik, kos membinanya pula ntah berapa juta, tapi yang mengimarahkannya tak sampai satu saf.

Mutu kuliah juga amat rendah, masih dalam subjek lama, subjek masa saya budak-budak dulu lagi. Tak habis-habis tentang ambik air sembahyang dan batal solat, yang hadir pula ialah pakcik2 yang masa saya kecil dulu mereka dah ada.

Saya berjalan-jalan juga mengelilingi beberapa pekan berhampiran dan saya dapati keadaannya juga sama. Anak2 muda ramai juga tapi tak mendampingi masjid dan surau. Mereka lebih suka menjadi ahli kelab mat rempit. Di tengah-tengah nilmat Allah yang melimpah-ruah, ditengah keselesaan yang diberi, pendapatan yang baik, rumah yang selesa, tanaman, buahan, ternakan, kenderaan yang baik, saya tengok ada kelalaian.

Orang-orang kampung jauh lebih ketinggalan dari orang bandar dari sudut ilmu. Kualiti ilmu di bandar nampaknya lebih baik, yalah disinilah berkumpulnya cerdik pandai, kajian ilmiah dan segala macam pusat pengajian. Yang saya nampak, wallahua'alam, pengamalan agama di kampung hanya adat kebiasaan sahaja, kefahaman Islam yang sebenar amat kurang sekali, pengamalan agama hanya sekadar kenduri, tahlil dan baca Yasin, keadaan ini amat menyedihkan saya.

Saya terfikir2 apa yang harus dilakukan? Soalan ini terus menerus berlegar di pemikiran saya sampailah saya kembali ke KL. hati kecil saya berkata banyak sudah budi yang Allah taburkan kapada manusia tapi ianya tidak berbalas. Sori orang kampung...

Pandangan anda dihargai


Wednesday, 5 August 2009

KUIS Tutup

Kolej Unversiti Islam Antarabangsa Selangor di tutup hingga tarikh 10 Ogos 2009. Tindakan ini diambil kerana 770 orang pelajar telah mengalami demam-demam. Walaupun masih belum ada kes H1N1 tapi tidakan berjaga-jaga diambil dan Kementerian Kesihatan mengarahkan KUIS ditutup sehingga tarikh tersebut.




ESQ Training (3)

Seperti yang saya katakan bahawa saya menghukum dengan apa yang saya nampak sahaja, saya tengok ada banyak kebaikan dan kehebatan yang telah dibawa oleh ESQ.

1-Modul
Antara kehebatan ESQ terserlah pada modulnya yang mantap. Ini kerana mereka telah berjaya menyatukan antara pembangunan spiritual dan metirial. Mereka juga berjaya menyatukan antara pembanggunan individu dengan kecintaan kepada negara.

Semasa makan bersama pihak pengurusan ESQ seorang peserta mencadangkan supaya lagu jalur gemilang tidak dimainkan selepas sesi muhasabah, saya tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana itulah antara ciri penting keistimewaan ESQ. Di Malaysia rata-rata memperkecilkan kecintaan terhadap bangsa dan negara dan ramai pula yang merasakan kecintaan kepada negara sebagai sifat asabiah yang terlarang.

Saya tidak mahu mengulas panjang tapi saya telah menghadiri banyak motovasi, kebanyakannya tidak membangkitkan rasa kesedaran menyedarkan oranglain dan dakwah.

Kefahaman mereka terhadap asma' husna juga baik kerana menggabungkannya dengan amalan dan sifat manusia. Amat banyak motivator yang menjadikan asma' husna sebagai bacaan dan menggalakkan ianya diulang beberapa kali dirumah atau setiap hari.

2-Persembahan
Kekuatan ESQ ialah pada persembahannya yang menggunakan audio visual yang memukau penonton. Dengan sound sistem yang cukup canggih menjadikan tayangan slide mereka memukau. Tambah lagi denga 3 skrin besar. Walaupun pada hakikatnya segala maklumat yang disampaikan bukanlah sesuatu yang baru , tapi gabungan dengan alunan nasyid memberikan impak yang baik.

3-Motivator
Kekuatan ESQ juga terletak pada penggerak kursus yang menguasai bacaan dengan agak baik. Walaupun ayat quran hanya diterjemahkan diskrin tapi mereka membacanya dalam bahasa arab. Walaupun terdapat kelemahan pada bacaan tapi itu telah cukup baik berbanding dengan motivator Malaysia yang baca quran lintang pukang. Mereka juga menguasai modul dan mengamalkan sifat senyum yang disarankan. Sepanjang program 3 hari saya lihat mereka semua tersenyum walaupun ketika berbincang sesama mereka. Selain itu motivator ESQ juga agak tampan, sudah tentu ianya satu anugerah yang tidak diperkecilkan.
bersambung.....






Tuesday, 4 August 2009

ESQ Training (2)
Hari ini saya ingin tambah sikit lagi perbincangan mengenai ESQ. Saya masuk ke program tersebut dengan pemikiran yang agak berhati-hati, tapi alhamdulillah saya tidak terpengaruh dengan kata-kata yang didengar saja. Maklumlah dalam masyarakat kita ni banyak sekali kabar-kabar angin, tapi mengapa kali ini kabar anginnya bertiup kencang? Kata orang kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang? Saya cuba untuk tidak menghukum sebelum mendapat maklumat sebenar.

Sebenarnya saya sedar, kalau ada orang tanya saya mengenai ESQ Training, saya akan menjawab mengikut pengalaman saya sahaja. Ini kerana ESQ mempunyai siri yang berbagai. Setiap siri itu pula boleh diubah-ubah. Adalah tidak adil saya menghukum terhadap kesemua program sedangkan saya hanya mengikuti modul pertama sahaja.

Disebabkan saya telah diberikan berita negetif sebelum menyertai progran ini, maka saya bertekad untuk tidak tertinggal mana-mana bahagian dalam program ini dan saya akan cuba untuk mencari sebanyak mana kelemahan dan kecacatan yang boleh dijadikan hujah kepada pihak yang mengatakan ianya terseleweng.

Saya juga cuba menanggapi kekuatan dan kelebihan ESQ, paling kurang dapatlah saya jadikan panduan untuk diri saya serta saya gunakan juga untuk program motivasi yang saya kendalikan. Setelah mengikuti kursus itu selama 3 hari, nampaknya ada perkara-perkara yang boleh saya kongsikan bersama dengan sahabat. Apa yang saya fikirkan sekarang ialah mana satu yang perlu saya bincangkan dahulu. Kekuatan dan kehebatannya atau kelemahannya ?

Pandangan anda dihargai


Monday, 3 August 2009

Penawar H1N1

Sungguh ramai orang demam sekarang ni. Disebabkan cuacakah atau H1N1 telah tersebar? Semenjak 3 minggu lepas saya juga mengalami demam. Seluruh tubuh terasa sakit dan badan amat lemah sekali. Namun demikian, disebabkan tugas-tugas yang cukup banyak menyebabkan saya terpaksa meringankan badan dan melupakan seketika kelemahan.

Apa yang saya dapat lakukan ialah sebaik saja balik kerumah terus berehat dan meminum susu dan memakan kurma. Sememangnya itulah antara makan saya setiap hari. Beberapa hari yang lepas saya rasa agak tidak tahan dengan tubuh yang semakin lemah, kalau boleh tak mahu keklinik tapi jangan sampai membahayakan diri.

Saya pun ke klinik panel untuk mendapatkan rawatan. Sebaik saja sampai di klinik saya terkejut. Pesakit sampai keluar klinik menunggu giliran. Saya masuk dan bertanya kepada nurse, bila boleh dapat giliran? Mungkin 3 pagi. Kata nurse itu keletihan. Bila lagi keadaan macam ni? Tanya saya. Semenjak 2 minggu lagi. Kata salah seorang nurse.

Saya pun balik dan tak jadi mengambil rawatan. Saya menangguhkan hasrat saya untuk mendapat rawatan dan balik berehat sahaja. Sebelum tidur, seperti biasa saya mengambil susu dan pada kali ini saya meminum Panadol soluble. (pertama kali saya minum ubat ini

Malam itu saya tidur dengan nyenyak dan bangun dengan tubuh yang sungguh cergas, cuma masih ada batuk-batu. Batuk saya sememangnya cukup kuat dan menyakitkan. Pada malam seterusnya saya membawa seorang adik saya yang tinggal berhampiran ke klinik kerana athsma.

Doktor memberi ubat dan dalam masa yang sama mengatakan bahawa amalan membasuh hidung adalah baik untuk kesihatan. Ianya boleh merawat athsma. Saya yang mendengar perbualan itu juga menyampuk. Ya kata saya. Nabi Muhammad s.a.w. juga menyuruh kita membasuh hidung. Doktor India mengangguk-anggukan kepalanya.

Sekembali ke rumah saya teringat kata-kata doktor tersebut dan cuba mengamalkannya, tambahan pula saya tahu ada hadis yang menyuruh kita istinsyhaq dan istinthar (basuh hidunh) sebaik sahaja bangun tidur.

Apa yang saya buat? Saya letak secawan air dan masukkan garam hingga air terasa masin. Sedut air dalam cawan dengan hidung dan hembuaskan keluar (jangan hembus dalam gelas kerana air telah kotor) Lakukan sehingga habis secawan air.

Tengahhari nanti lakukan sekali lagi, tapi kalau tak ada garam gunakan air biasa. Masa hendak tidur lakukan sekali lagi dan sebaik2nya dengan garam. Mengapa garam? Kerana garam boleh membunuh bektiria. Masa ambil air sembahyang pun buat juga, memang sunat tu tapi ramai yang tak buat. Emm alhamdulillah setelah mengamalkannya selama 3 hari sahaja, batuk saya hanya tinggal sedikit-sedikit sahaja. Biasanya saya akan batuk berbulan-bulan dan ada kalanya sampai setahun.

Anda yang mengamalkan petua ini taklah perlu membayar apa-apa fee kepada saya eekek..sebaliknya saya akan gembira kalau anda sembuh. Kaedah ini bukanlah petua yang tidak berasas tetapi amat saintifik kerana virus yang tersebar melalui udara akan melalui hidung dan garam akan bertindak sebagai pembunuhnya.

Mungkinkah ini adalah satu penemuan terhadap penawar H1N1?
berangan pulak ustaz ni...kata seorang kawan....


Sunday, 2 August 2009

ESQ Training

Minta maaflah kawan2 semua, hampir tiga hari tidak update blog. Sebabnya ialah saya menghadiri kursus ESQ. Saya tak tahu sangat tentang ESQ, tiba2 sebuah syarikat atau seorang individu yang saya tak kenali menaja saya untuk menghadiri kurus itu. (saya doakan untuknya pahala jariah yang berterusan).

Sewaktu saya nak ke PICC Putra Jaya, saya sempat makan pagi dengan Ustaz Zamri, dia kata: eloklah anta pergi, boleh beri pandangan tentang ESQ, ana dengar ada komen negatif. Ok, juga kata saya, kalau baik moga Allah buka pintu hati untuk menerima, dan kalau salah moga Allah nampakkan.

Sampai saja di PICC, banyak pulak terima pangilan dari kawan2, bila mereka tahu saya di PICC bersama ESQ mereka mintak saya beri komen lepas mengikutinya. Atas dasar itu juga saya telah meminta izin dari pihak ESQ untuk menyebut ESQ dalam blog saya.

Seperti dalam ruangan lain, saya tidak mahu komen panjang dan menghuraikan satu persatu modul ESQ, saya hanya akan bincang beberapa perinsip pemikiran yang seharusnya kita jelas dan beberapa perkara penting sahaja.
Bersambung......
Pandangan anda dihargai