Wednesday, 30 September 2009

Gempa di Indonesia, Retak di Malaysia

Sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur retak dipercayai kesan gempa bumi di Indonesia. Untuk tidak menanggung risiko, para penduduk telah bertindak meninggalkan rumah-rumah mereka. Kesian...dimana mereka bermalam...

Agaknya bagaimana kalau gempa di Malaysia? Inilah kualiti bangunan di Malaysia dan inilah hakikatnya bahaya hidup di negara yang penuh dengan korupsi. Kita boleh terus hidup hanya dengan ihsan dari Allah, jika disandarkan kepada amalan manusia yang penuh tipudaya sudah tentu kita telah binasa.

Pandangan anda dihargai


Gempa di Indonesia, Ribut di Malaysia

Remaja Perempuan Maut, Enam Jajahan Dilanda Ribut Luar Biasa

KOTA BAHARU, 30 Sept (Bernama) -- Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok manakala ratusan rumah rosak teruk akibat angin kencang langkisau melanda lapan jajahan di Kelantan serta daerah Besut di Terengganu, yang merupakan kawasan berdekatan kawasan pantai pada Rabu.

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi, kejadian ribut petir berserta angin kencang itu disebabkan oleh angin langkisau, iaitu angin keras dan tidak menentu haluan berkelajuan sehingga 50 kmsj yang bermula dari pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Dalam kejadian hampir sejam itu, puluhan kereta rosak dan kemek akibat dahan pokok yang patah, sementara barangan ringan berterbangan termasuk kerusi dan tong sampah serta papan tanda jalan runtuh di sekitar bandar Kota Baharu, Pengkalan Kubor, Pasir Puteh, Kuala Krai, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok.

Di Terengganu beratus rumah dan pejabat kerajaan di daerah Besut rosak akibat ribut dan angin kencang itu, termasuk 120 rumah di 35 kampung di Kuala Besut dan 150 rumah di 32 kampung serta pejabat kerajaan di Kota Putra.

Kejadian itu mengorbankan seorang remaja perempuan, Nurul Ain Ibrahim, 19, yang ditimpa sebatang pokok yang patah secara tiba-tiba ketika ia cuba mencari tempat berteduh daripada ribut itu di Pantai Kemayang, Bachok.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Saiful Bahari Mohd Nor berkata, mangsa berada di dalam kedai makan dan cuba untuk melarikan diri apabila ribut kuat melanda.

"Ketika kejadian kira-kira pukul 3.40 petang tadi, mangsa sedang berselindung bersama teman lelakinya, Zamri Mustafa, 24, di sebuah kedai makan di pantai terbabit sebelum tiba-tiba ribut luar biasa melanda kawasan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Wacana Ilmuan:

Ya Allah, anugerahkan kepada ku husnul khatimah, amin ya rabbal alamin.


Pandangan anda dihargai


Gempa Bumi

JAKARTA, 30 Sept (Bernama) -- Gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter yang menggegarkan Sumatera Barat, khasnya ibu kotanya Padang pada 5.16 petang Rabu mengakibatkan kepanikan luar biasa di kalangan penduduk yang bertempiaran keluar menyelamatkan diri.Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.
Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.


Pandangan anda dihargai



Tuesday, 29 September 2009

Issunya, Negara & Kepimpinan Islam Bukan Mengkufurkan

BULETIN الحضارة~*BIL:69/Syawal 1430

AL–HADHARAH

...........................Bila saya mengatakan kerajaan yang ada sekarang bukan sebuah kerajaan Islam adalah merujuk kepada sistem yang terpakai dalam pemerintahannya bukan diri individu-individu tersebut samada PM atau Agung serta kabinetnya. Saya bersetuju dengan komen saudara kita pensyarah di Bangi, kita tidak boleh mudah mengkafirkan saudara sesama Islam semudah meminum secawan kopi. Cuba baca betul-betul, saya pun tidak kafirkan orang Islam, selagi zahirnya mengucap 2 kalimah syahadah dan dia mengaku Islam tidak melakukan perbuatan syirik. Soal mereka tidak melaksanakan perintah-perintah Allah swt seperti solat dan undang-undang itu terpulang kepada diri masing-masing samada kejahilan, kelemahan, malas, tak sedar, masih jadi `hamba orang putih` atau memang dia tahu kata salah tapi sengaja tak mau juga, itu semua urusan mereka sendiri dengan Allah swt. Darah mereka tetap haram kita tumpahkan, saya menolak perjuangan cara Osama Ben Laden. Kita yang dah mengaku Islam insyaAllah faham pula, teruskan kerja kita.

Dan saya suka untuk menambah serta mengulangi lagi di sini bahawa sistem demokrasi yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana pun dalam dunia ini bukanlah sistem Islam (sistem kafir). Kita tidak pula boleh mengatakan sistem itu berasal atau sebahagian dari ajaran Islam. Jika ada gerakan Islam seperti Ikhwan menyertai pilihanraya hanyalah mengambil peluang menyampaikan dakwah dalam ruang demokrasi sahaja. Kepada seorang Ustaz yang mengecil-ngecilkan perjuangan Ikhwan di Mesir hingga sanggup pula nak bawa saya pi melawat Qairo untuk buktikan kegagalan mereka di sana berbanding PAS yang `berjaya` di sini, saya ucap terimakasih kepada beliau. .... Begitu juga Kelantan dan Kedah hanya negeri ummat Islam bukan lagi negeri atau wilayah Islam. Dalam konteks ini kedudukan PAS dan UMNO, 2 x 5 saja, masih bergayut dan mengharapkan ehsan berhala demokrasi.

Ada yang mempertahankan bahawa PAS berbeza dengan UMNO dari sudut dasar parti masing-masing berbeza. PAS dikatakan berdasarkan Islam dan termaktub dalam buku perlembagaannya. ......................................................................................................................................

Seterusnya kepada penganut sekular Artatuk yang mengisytiharkan peperangan terhadap golongan seperti saya, saya nak bagi tau jika kamu berperang dengan saya, tidak ada masalah… , ...........

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-


Wacana Ilmuan:

Salam alaikum.
Dengan penuh rasa rendah diri saya sekali lagi menghantar komen, saya rasa sayalah pensyarah di Bangi yang tuan maksudkan.

Nampaknya kita ada titik persefahaman.

Pertama: Kita sepakat bahawa negara Malaysia tidak mengamalkan perlaksanaan undang-undang Islam sepenuhnya.

Kedua: Perdana Menteri Malaysia dan Agong adalah muslim dan tidak dipertikaikan keislaman mereka.

Dalam masa yang sama kita ada titik perbezaan. Tuan menganggap demokrasi adalah sistem taghut yang bila diamalkan negara akan menjadi negara bukan Islam.

Disini saya berselisih dengan saudara. Saya tidak menganggap demokrasi yang diamalkan di Malaysia sebagai satu yang bercanggah dengan Islam dan disifatkan sebagai kufur. Disebabkan tuan medakwa ianya sistem kufur maka bolehkah tuan bagikan hujah-hujah tentang kekufuran demokrasi yang di amalkan di Malaysia.?

Adalah tidak cukup dengan hanya sesuatu yang datang dari orang bukan Islam terus dianggap salah atau kufur. Ini kerana persoalan pemerintahan adalah bukan dari perkara yang melibatkan hubungan dengan Allah secara terus atau tidak termasuk dalam amalan yang diistilahkan oleh ulamak sebagai perkara ibadat.

Contohnya orang Islam membentuk pasukan bolasepak sama dengan sistem yang diasaskan oleh orang bukan Islam, bahkan sukan itu sendiri bukan dari orang Islam.

Mungkin contoh itu tidak menggembirakan saudara kerana pemerintahan berbeza dengan sukan. Oleh itu contoh kedua ialah orang-orang Islam menaiki kenderaan moden yang dibina di barat bukan Islam. Begitu juga dengan sistem pendidikan.

Mekanisma memerintah negara tidak diterangkan dengan terperinci oleh Rasulullah kerana ianya termasuk dalam perkara yang boleh berubah dan mengikut peredaran zaman.

Sebab itulah perlantikan Khulafa' al Rasyidin sendiri menggunakan berbagai teknik. Ingin juga saya jelaskan bahawa kerajaan Othmaniah yang tuan katakan Khalifah Islam tu (saya pun kata camtu) adalah pemerintahan keluarga. Keluarga Othman. Bukan begitu? Bila masa Khulafa' al Rasyidin bina negara berdasarkan pemerintahan keluarga? Tapi kerajaan Othmaniah masih dianggap kerajaan Islam.

Sekali lagi saya minta maaf dengan komen yang panjang ini, tapi sebelum beredar ingin saya nasihatkan saudara supaya tidak menggunakan kenyataan umum yang mengelirukan. Seperti:

"Akhirnya kepada yang dok melilau berpusing-pusing tak jumpa pintu hanya nampak tingkap sahaja, lalu terpa masuk juga walaupun hanya jendela jamban dan lubang-lubang wap najis, bagaimana nak menegakkan kembali Negara Islam seperti di Madinah zaman Rasullullah saw? Dengan lafaz “Bismillahirahmanirahim” Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih, pintunya ialah apabila kita membina kembali Hadharah Islamiyyah di tempat atau kedudukan kita masing-masing sebagai individu muslim, bapa muslim, ibu-ibu muslimah, pemuda dan pemudi muslim, anak-anak dan pelajar muslim dan sebagainya."
Pandangan anda dihargai





Banjir di Filipina: 240 Korban

Melihat banjir di Filipina, saya terkenang pada zaman kanak-kanak dulu. Musim banjir di Pantai Timur adalah musim pesta. Kanak-kanak menunggu-nunggu dengan penuh semangat. Main hujan sambil berbasikal, atau rakit batang pisang bagi kanak-kanak dan rakit buluh bagi orang dewasa.

Musim banjir juga menjanjikan sajian yang enak, pada waktu itulah ada orang yang pandai boleh menangkap udang galah di sungai2 berdekatan. Burung Ayaman, Sita dan Ruak(bahasa Kelantan) amat mudah didapati. Saya pernah kesawah pukul 3 pagii bersama datuk saya untuk menangkap burung-burung tersebut dan kami hanya perlu memanggil menggunakan seruling dan mereka akan datang melanggar pukat yang direntangkan. Adapun ikan usah dicakapkan lagi, pernah juga datuk saya bawak balik mana yang larat di bawa sahaja kerana terlalu banyak ikan yang mengena.

Apa yang dibanggakan juga ialah semua haiwan itu organik. Hidup secara tabie dan tidak diberikan sebarang hormon dan ubat. Oleh itu rasanya amat berlainan dengan yang ada pada hari ini. Ikan keli yang bila digoreng, semerbaklah baunya. Rasanya pula amat lazat sakali. Saya percaya ada kawan-kawan yang bila disebut begini, meleleh air liur mereka.

Berbeza benar nampanya negra kita dengan negara orang, rahmatnya Allah pada kita semua, banjirpun di hantarnya yang kecil-kecil sahaja. Kalau yang lemas pun hanya yang tergelincir atau sengaja pergi berenang di tempat bahaya.

Terlanjur cerita pasal nikmat Allah pada kita, saya nak juga sebut satu nikmat yang selalu sangat orang Malaysia lupakan. Saya kira nikmat ni antara nikmat terbesar juga. Nikmat yang saya maksudkan disini ialah nikmat memerintah. Saya katakan ianya antara nikmat terbesar juga kerana ianya disebut dalam alquran.

Allah menerangkan maksudnya:
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman, Allah akan jadikan mereka khalifah dibumi ini.

Umat Islam di Filipina dikuasai oleh Kristian, di Thailand di perintah oleh Budha, Myanmar di kuasai oleh diktator tentera. D Singapura juga umat Islam telah di tairk nikmat memerintah. Oleh itu banyak polisi negara-negara yang saya sbutkan ini tidak memihak kepada umat Islam.

Mujurlah di Malaysia kuasa Islam masih tertegak. Walaupun tahap perlaksanaannya masih boleh diperbaiki, tapi amat jauh bezanya antara Muslim dan bukan Muslim. Mujurlah kita masih diberi kekuasaan dan pemerintahan, orang yang paling mesti bersyukur dalam bab ni ialah orang Melayu.

Hasil pemerintahan Malaysia diketuai oleh Melayu, maka banyaklah diberikan keistimewaan kepada orang Melayu. Tambahan pula kedudukan ekonomi orang Melayu masih lemah. Apa yang saya sebut disini bukan kempen pilihanraya, tap saya ingin menyebutnya sebagai mengimbangi semagat sebahagian rakyat menentang kepimpinan yang ada. Bagi saya tidak salah menentang selagi dalam ruang demokrasi, tapi dalam masa yang sama ingatlah pada nikmat memerintah ini, jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran.

Pandangan anda dihargai


Monday, 28 September 2009



Peluru Berpandu Iran

Ditengah-tengah tekanan Amerika dan Israel terhadap program senjata nuklear Iran, kerajaan negara itu bertindak mengadakan latihan tentera selama 3 hari. Kedua-dua musuh ketat Iran itu menjangkakan pada 2010 Iran akan mampu mengeluarkan senjata nuklearnya sendiri. Para penganalisis menjangkakan Israel sedang membuat kajian tentang kemungkinan menyerang Iran sebelum negara itu mampu mengeluarkan senjata nuklear.


Disinilah dikatakan terletaknya reaktor nuklear Iran

Bagi memberi amaran kepada Israel dan Amerika, Iran telah menonjolkan kekuatan tenteranya dengan melancarkan 3 buah peluru berpandu buatnnya sendiri. Peluru berpandu itu pula mampu untuk mengenai sasaran sejauh 2000km. Mampukah latihan itu memberi mesej yang boleh difahami oleh Amerika dan Isreal?
Masa akan menjawabnya.

Pandangan anda dihargai


Sunday, 27 September 2009

Antara Pesta Tanglung dan Solat depan Capitol Hill

Tengok berita yang saya siarkan di bawah. Saya rasa agak menarik jugak. Tengok, bagaimana kerajaan kita semakin terpaksa ambil hati bukan Melayu untuk memenangi hati mereka. Sedikit demi sedikit kaum bukan Melayu memaksa masyarakat Malaysia menerima kewujudan mereka sebagai rakyat Malaysia. Dan begitulah seterusnya...

Keadaan yang sama berlaku di Amerika. Sedikit demi sedikit masyarakat Islam Amerika menguasai keadaan dan memaksa masyarakat Amerika mengiktiraf kewujudan mereka disana.
Kalau peristiwa solat Jumaat seperti ini berlaku di Malaysia, apa yang riuh dibincangkan ialah sahke solat Jumaat bukan di Masjid? Apa takrif masjid? Cukup ke 40 orang makmum bermustautin?

Dunia ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Jika hari ini umat Islam di Amerika lemah dan berkerja keras meningkatkan pengauh mereka disana, maka tidak mustahil mereka akan sampai ke mercu kekuasaan suatu hari nanti. Undang-undang yang sama berlaku kepada orang di Malaysia. Allah menetapkan bahawa kaum yang kuat akan menguasai dan kaum yang lemah akan dikuasai. Itulah undang-undang alam yang akan terus berlaku.

Oleh itu, para ulamak, pemimpin dan pendidik, bahkan semua umat Muhammad di gesa membina didalam diri umah ini punca-punca kekuatan dan menghindari punca keruntuhan dan kelemahan. Inilah dia anggungjawab kita, tidak siapapun yang terlepas dari tanggungjawab ini.

Pandangan anda dihargai



Pesta Tanglung 1Malaysia acara tahunan


NAJIB Tun Razak (depan tengah) disambut oleh orang ramai sejurus tiba pada majlis pelancaran Pesta Tanglung 1Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi. – Bernama


KUALA LUMPUR 26 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan acara Pesta Tanglung 1Malaysia Kuala Lumpur akan menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan negara.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM250,000 setahun kepada Kementerian Pelancongan untuk diagihkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penganjuran acara tersebut.

‘‘Diharapkan sambutan Pesta Tanglung 1Malaysia Kuala Lumpur akan terus dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan untuk menjadi platform dalam mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.


ARKIB : 27/09/2009

Solat Jumaat depan Capitol Hill


UMAT Islam Amerika Syarikat bersembahyang fardu Jumaat di hadapan bangunan Capitol Hill, Washington, kelmarin. - AFP


BERIBU-ribu umat Islam Amerika Syarikat mengadakan solat Jumaat di hadapan bangunan Capitol Hill di Washington kelmarin, bertujuan memberi inspirasi kepada penganut Islam dan juga bukan Islam di negara itu.

Penganjur acara itu, Abdul Malik berkata, umat Islam datang dari seluruh AS, malah ada antaranya dari Britain dan Kanada.

Menurutnya, acara itu bukan suatu bentuk protes, sebaliknya hari untuk bersembahyang, mengabdikan diri kepada Tuhan dengan doa supaya semua lapisan rakyat Amerika boleh hidup bersama untuk kemajuan sejagat.

Wacana Ilmuan:

Lihatlah dua berita di atas. Apakah yang dapat difahami dari dua berita ini?


Pandangan anda dihargai


Friday, 25 September 2009

Selamat Kembali Bertugas

Suasana raya masih terasa di kampung dengan kehadiran banyak kenderaan bersimpang siur. Kampung yang sepatutnya menjadi tempat rehat warga kota, tiba-tiba bertukar kepada keadaan bandar yang kelam kabut. Bebarapa hari lepas saya terpaksa mengambil masa 4 jam untuk ke Kota Bharu sedangkan biasanya saya hanya perlukan masa sejam.

Yang agak menambahkan kerimasan saya ialah tindakan ramai pemandu yang memotong Q, mereka tak malu-malu untuk meyelesaikan masaalah mereka dengan meninggalkan orang yang patuh kepada undang-undang untuk terus menunggu. Sampai bila kita boleh bersabar? Tak hairanlah kalau kejahatan seringkali dibalas dengan kejahatan serupa, akibatnya makin ramai orang yang melanggar peraturan jalan raya.

Untuk para sahabat saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan, pandulah dengan berhemah dan berhati-hati, saya doakan kita semua selamat kembali ke destinasi dan memulakan tugas dengan selamat, amin ya rabbal alamin.
Pandangan anda dihargai


Tuesday, 22 September 2009

Analyses: Heart attack rates fall 17% after smoking bans enacted

By Liz Szabo, USA TODAY


Community smoking bans have an immediate and dramatic effect on reducing heart attacks, according to two new analyses of laws in the USA, Canada and Europe.

Two separate analyses released Monday each found that heart attack rates fall 17% within a year after smoking bans take effect. One analysis, which included 13 studies, appears in Circulation: Journal of the American Heart Association. A second analysis, which considered 11 studies, appears in the Journal of the American College of Cardiology.

Cigarette smoke can trigger a heart attack in people with underlying heart disease by causing clots or spasms in the blood vessels, says David Goff, a spokesman for the American Heart Association who wasn't involved in either study.

Given that there are about 920,000 heart attacks every year, the studies suggests that public smoking bans could prevent more than 150,000 of these, according to the Cardiology paper.

Taken together, the findings provide strong, consistent evidence that the country should enact more smoke-free laws, Goff says.

"This is a huge, huge effect for a very, very low cost," says Stanton Glantz of the University of California-San Francisco, co-author of the Circulation study.

Smoke-free laws reduce heart attacks in three ways, Glantz says. First, they protect smokers themselves. Second, they protect non-smokers — especially waiters and bartenders — from secondhand smoke. Third, they encourage people to quit or smoke less by making it more difficult for people to find place to light up.

Smoke-free laws have other healthy side effects, says Tom Glynn of the American Cancer Society. They also reduce the risk of lung cancer, although more slowly.

Preventing heart attacks can save money.

Cardiovascular disease costs the country $475.3 billion a year, both in direct costs, such as hospital stays, and indirect costs, such as missed work, Goff says. It costs at least $14,000 to treat one heart attack patient in the hospital, says Goff, who says that cardiac rehab, medication and other care cost even more.

"Really pushing strong smoke-free policies has a huge effect on health care costs by simply avoiding disease," Glantz says.

Thirty-one states now forbid smoking in workplaces, restaurants or bars, according to the American Nonsmokers' Rights Foundation. About one in five adults smoke, according to the Centers for Disease Control and Prevention.

Wacana Ilmuan:
Salah satu kelemahan Malaysia, samada dari sudut rakyatnya atau pemerintahnya ialah kelemahan dalam mempraktikkan sesuatu. Malaysia gagal mengenakan undang-undang merokok di tempat-tempat awam.
Walaupun saya bukan perokok, tapi saya terpaksa merokok dan dipaksa berbuat demikian. Di Malaysia kanak-kanak berumur 2 sehari telah merokok. Ini kerana rata-rata rakyat Malaysia tidak sensitif dengan kesihatan. Sudahlah mereka menjahanamkan diri mereka, kita yang tak merokok ni juga di jahanamkan oleh mereka ditempat-tempat awam.
Orang yang tidak merokok akan terpaksa merokok bila mereka ke restoran, stesyen bas dan lain-lain. Yang lebih hebat lagi bila hari raya ni, semua berkumpul dan menghirup asap rokok, orang kata jin yang suka hidu asap, emm nampaknya glongan ni pun termasuk dalam kalangan jin.
Ramai pula yang merokok dalam rumah, yang ada disana ialah isteri, nenek anak-anak kecil yang tak berdosa. Semuanya terpaksa merokok. Sehari ssebelum raya saya berbual dengn beberapa orang kerabat di sebuah restoran. Mereka berserban, berjanggut dan baru balik dari masjid. Ektiviti mereka seterusnya ialah bersanta di kedai kopi dengan menghabiskan beberapa puntung rokok. Tajuk perbincangan ialah perjuangan islam dan perlaksanaan hukum Islam. Kata hati saya, ooo sebab tu lah Islam tak terdaulat di tanah air ku tercinta ini...

PERASAN TAK BAHAWA HARGA ROKOK TAK PERNAH NAIK?? JANGAN TERKEJUT!! DI AWAL TAHUN 80aN SEKOTAK ROKOK JENAMA TERKENAL 20 BATANG RM3.50. sEKARANG NI PULA 9.00. SEDANGKAN HARGA GANDUM AWAL 80an LEBIHKURANG RM0.50 SEKILO DAN SEKARANG RM1.50. MANA ADA PERTAMBAHAN, SAME LAH TU

Pandangan anda dihargai





Saturday, 19 September 2009

Selamat Hari Raya Adil Fitri
Semoga Syawal Disambut Dengan Bahagia
DiJemput Kepada Semua Sahabat Untuk Menziarahi Saya Di Jerteh Terengganu.
Hubungi 019-277-3619




Noordin Mat Top: Kematian Yang Menyedihkan

Sebenarnya saya mula mendengar kematian Noordin Mat Top melalui radio 24. Ketika itu saya sedang keluar dari KL menuju Terengganu. Saya sebenarnya baru saja terfikir dengan nasib orang yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Indonesia itu. Terus terang saya katakan kematiannya amat menyedihkan saya. Mungkin pembaca tertanya-tanya mengapakah anada sedih dengan kematiannya? Bukankah dia seorang pengganas? Ada pula yang akan berkata: Ya memang menyedihkan dia adalah seorang pejuanag.

Pada hakikatnya kematian dan pembunuhan Noordin Mat Top menedihkan saya kerana dua faktor pertama:
Pertama:Kerana pihak berkuasa Indonesia hanya menggunakan cara kekerasan untuk menangani isu ekstrimis disana. Mereka tidak diberi langsung peluang untuk bertaubat atau dipulihkan. Sepatutnya kerajaan Indonesia mengeluarkan tawaran bertaubat untuk beliau dan orang-orang seperti beliau kembali kepangkuan masyarakat.

Fenomena pelampau mudah berlaku dalam suasana ketidak adilan yang sememangnya jelas kelihatan. Lihat bagaimana dalam entry lepas saya memaparkan mangsa serangan Amerika di Somalia. Ketika umat Islam dibunuh dan dihina, seluruh isi dunia senyap memerhatikannya dengan jiwa yang beku. Akibatnya ada segelintir anak muda yang bangkit menyatakan kemarahan mereka dengan jalan serupa.

Sepatutnya orang-orang seperti ini perlu diajak berunding dan dipulihkan bukan diburu dan dibunuh. Lagipun setakat mana mampu orang-orang ini diburu? Noordin saja berjaya menyelinap selama 9 tahun. Pastikah pihak berkuasa bahawa selepas ini tidak ada Noordin lain yang akan muncul? Persoalan keganasan ialah persoalan kefahaman maka ianya perlu dihadapi dengan kefahaman juga.

Kedua
:Saya juga sedih kerana ramai orang yang mencintai Islam dan ingin menyumbang kepada agama ini, tapi kebanyakan mereka jahil tentang hakikat agama tercinta ini. Ramai yang menyangka apabila mereka menyumbang, maka tanggungjawab mereka akan selesai disisi Allah. Mereka tidak memperuntukkan masa memahami isi tuntutan agama.

Golongan ekstrimis kebanyakannya mempunyai niat yang ikhlas untuk membela Islam. Tapi sayangnya kebanyakan mereka tidak berilmu. Mereka menyangka perbuatan mereka itu adalah perjuangan yang disuruh oleh Islam sedangkan hakikatnya sebaliknya.

Golongan ini kebanyakannya lahir dari tanggapan mereka yang salah tentang hakikat negara Islam, pemerintahan dan sistem pentadbiran Islam. Kebanyakannya menganggap kerajaan sekarang adalah kufur dan sistem yang menguasai mereka adalah sistem kufur yang menyerupai kerajaan Quraish yang menentang nabi s.a.w.

Ajaran yang ekstrim timbul dengan mengkafirkan pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Islam walaupun pemerintah itu mengaku beragama Islam. Mereka mengkafirkan kumpulan nasionalis dan menyesatkan mereka. Sebenarnya semangat mereka untuk menegakkan Islam amat mulia, tapi bila dicampurkan dengan kejahilan telah membawa perjuangan mereka kearah yang memecahbelahkan umat Islam.

Alangkah perlunya umat Islam kepada kebangkitan ulamak yang menerangkan keadaan sebenar. Ulamak yang saya maksudkan disini ialah ulamak yang menggunakan manhaj wasatiah, golongan sederhana yang tidak mengejar pangkat, kedudukan, pengaruh, harta dan pujian. Telah sekian lama aliran-aliran yang tidak bertanggungjawab telah menarik keperihatinan umat ini bersimpati dengan mereka, lalu akhirnya umat ini telah dipergunakan atas nama agama, atas nama menegakkan negara Islam, atas nama sunnah dan atas nama kecintaan kepada Rasul, sedangkan terselindung disebaliknya tujuan peribadi yang menggunung...ya Allah rahmatilah umat ini ...ya Allah pimpinlah kami dalam kemelut ini...Amin ya Rabbal Alamin.

Pandangan anda dihargai


Wednesday, 16 September 2009


Nyawa Muslimin Terlalu Murah





Deretan mayat di atas adalah merupakan mangsa serangan udara tentera Amerika ke atas bandar Muqdisho, Somalia. Amerika yang mengamalkan demokrasi dalam negara mereka tiba-tiba begitu bengis dengan orang-orang Islam seluruh dunia. Mereka juga sengaja menunggu-nunggu detik umat Islam seluruh dunia hampir menyambut hariraya.

Melihatkan barisan mayat di atas teringat saya kepada satu ayat quran yang mendedahkan satu hukum alam. Hukum alam yang akan tetap berlaku di sepanjang zaman dan kepada sesiapa sahaja di dunia ini. Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir bila mereka menguasai kamu, mereka akan membunuh kamu atau memurtadkan kamu, pada waktu itu kamu tidak akan berjaya lagi.

Ketika kita membaca sejarah, seringkali kita menyangka keganasan orang kafir terhadap orang Islam hanya berlaku dikurun-kurun terdahulu yang dipenuhi dengan kejahilan,. Rupanya sunnah alam yang Allah jelaskan dalam kitabnya adalah panduan buat manusia di sepanjang zaman. Firman Allah bermaksud: Kamu tidak akan dapati pada sunnah Allah sebarang perubahan.

Oleh itu wahai mislimin sedarlah dan hayatilah sunnah alam itu.

Pandangan anda dihargai


Tuesday, 15 September 2009

Ganyang Malaysia, Mana Ulamak?

Sehingga kini media Malaysia dan Indonesia masih memainkan isu tarian Pandet dan keberangan beberapa kerat rakyat Indonesia. Berbagai ulasan dan pandanan. Saya ada merewang kedalam blog rakyat dari kedua-dua negara, nampaknya isu ini tidak seremeh yang sya sangkakan.

Ramailah manusia yang mula emosi dan memabangkitkan kemarahan, makian, cerita-cerita keburukan satu sama lain. Tidak ubah peristiwa ini persis pergadauhan antara kabilah Aus dan Khazraj di zaman nabi. Fitnah itu ditimbukan oleh kaum munafik yang bertujuan melumpuhkan kesatuan saf Islam yang bersatu.

Jika sekiranya Rasulullah bertindak menyelesaikan masaalah mereka dengan mengembalikan semanga persaudaraan, maka mana pula pewaris rasul yang meneruskan kerja-kerja baginda. Sehingga kini saya masih menanti-nanti media menyiarkan tajuk utama memuatkan kenyataan bernas dari tokoh agama.

Rakyat kedua-dua negara masih subur semangat agamanya, bintang dan pangkat kebesaran bukan sesuatu yang boleh menusuk kedalam hati-hati mereka, tapi sepotong nasihat dari ulamak akan menyapu bersih debu-debu jahiliah yang menutupi cahaya ukhuwah iman.

Yang amat membimbangkan ialah pihak ulamak kurang sensitif dalam menangani masaalah seperti ini, atau dalam takbir yang lebih kasar ialah para ulamak masih terpenjara dengan beberapa isu biasa seperti taharah, haid dan nifas. Isu persaudaraan Islam menjadi maalah yang kurang menarik pula untuk di selesaikan.
Pandangan anda dihargai




Saturday, 12 September 2009

Mengharapkan Pahala Amalan

Bolehkah mengharaapkan pahala dari amalan? Tiada siapa yang mengatakan tidak boleh mengharapkan pahala dari amalan. Pesoalan yang dibahaskan ialah manakah yang afdal taat kepada Allah dengan mengharapkan anjaran atau tidak.

Yang jelasnya ialah Allah yang menjanjikan ganjaran bagi yang menaatinya. Pandangan yang mengatakan mengahrapkan ganjaran dari Allah adalah tidak afdal merupakan falsafah yang tidak tepat. Ini kerana merka mengatakan ibadat yang sedemikian masih diperingkat rendah. Yang paling tinggi levelnya ialah taat dan tidak mengharapkan ganjaran.

Lojik yang digunakan tidak tepat, sebenarnya taat kepada Allah dengan mengharapkan ganjaran adalah lebih afdal. Ini kerana ketika manusia mentaati Allah, manusia telah menjelmakan perhambaan yang menjadi maqasid kepada kejadian manusia.

Ketika manusia mengharapkan ganjaran dan balasan sekali laigi manusia menjelmakan sifat hamba yang lemah dan pengharapan kepada Allah. Disini terdapat dua bentuk penjelmaan kepada perhambaan. Sebab itulah quran menyebut ganjaran-ganjaran tersebut dengan banyaknya, (rujuk quran)

Golongan tasawuf falsafah cuba menunjukkan pemikiran mereka lebih tepat tapi sayangnya apa yang dibertahu oleh quran adalah lebih afdal dan tidak bertakaluf.

Pandangan anda dihargai



Friday, 11 September 2009


World's oldest person dies in Los Angeles at 115


By JOHN ROGERS, Associated Press Writer John Rogers, Associated Press Writer Fri Sep 11, 5:03 pm ET

LOS ANGELES – Although she liked her bacon crispy and her chicken fried, she never drank, smoked or fooled around, Gertrude Baines once said, describing a life that lasted an astonishing 115 years and earned her the title of oldest person on the planet.

It was a title Baines quietly relinquished Friday when she died in her sleep at Western Convalescent Hospital, her home since she gave up living alone at age 107 after breaking a hip.


Wacana Ilmuan:


Kematian adalah satu pengajaran buat kita, bila saya membaca berita ini teringat pula saya kepada satu rangkap syair Arab yang kami belajar masa sekolah menengah dulu:
وكل ابن أنثى إن طالت سلامته يوما على آلة حدباء محمول
Maksudnya:
Dan setiap anak ِِِِAdam itu walaupun sekian lama terselamat dari kematian, tapi hanya sedetik, akhirya di atas keranda dia diusung

Panjang dan pendek umur manusia tidak terlalu penting, apa yang penting ialah apakah sumbangan kita sewaktu kita hidup. Seorang yang banyak sumbangannya dianggap beruntung walaupun umurnya pendek. Cukuplah mati sebagai iktibar...




Thursday, 10 September 2009

Sedikit Teguran

BULETIN الحضارة~*BIL:64/Ramadhan 1430

A L – H A D H A R A H
...Nabi Muhammad adalah keturunan bangsawan Quraisy, qabilah yang dihormati dan kebanyakannya adalah `ahli parlimen Mekah` ketika itu (Darul Nadwah). Tidak hairanlah Nabi saw telah ditawarkan oleh pihak kerajaan musyrikeen Mekah melalui `Speaker Parlimen` atau orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Mekah untuk menjadi Raja atau `Prime Minister` tetapi Junjungan Rasul menolaknya dengan hujah atau alasan yang begitu popular yang kita selalu dengarnya “Jika sekiranya matahari diletakkan di sebelah tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan akan perkara ini (perjuangan Islam) nescaya tidak akan aku meninggalkannya”

Kenapa Rasul saw menolaknya…adakah ketika itu Nabi saw tak tahu bersiasah atau berpolitik ? Ini satu persoalan yang para ulama` muhkhlisin kena bincangkan semula. Saya bukanlah seorang ulama`, tetapi sementara menunggu para ulama` bangun dari bilik peraduan atau menungan masing-masing saya lontar sajalah untuk perbincangan saudara ummah semua. Jika salah-silap kat mana-mana pun tanggungjawab mereka yang berilmulah untuk memperbetulkan ummah termasuk saya.

Jika ikut logik pemikiran aliran tempurung demokrasi, seperti kebanyakan mereka yang berjuang Islam melalui pilihanraya, inilah peluang keemasan untuk Nabi berdakwah dalam Parlimen an-Nadwah. Seperti PAS hari ini beria-ia benar nak masuk parlimen untuk berdakwah dalam parlimen sampai seolah-olah tak nampak dah laluan lain. Bukan setakat itu sahaja, malah mereka yakin bila PAS dapat menguasai majoriti 2/3 kata orang sekarang, maka akan dapatlah Negara Islam `impian PAS` itu terlaksana. Mudah-mudahan PAS tak bermimpi di siang hari…Yang jelas Nabi Muhammad saw menolak cara berfikir dan bertindak sebegitu bagi menegakkan sebuah Daulah atau Hadharah Islamiyyah yang bersifat negara...
http://sanaabel.blogspot.com/


Wacana Ilmuan:

Kata-kata saudara di atas amat menarik perhatian saya. Ini kerana saudara mengaku bukan seorang ulamak tetapi cuba mengupas satu persoalan besar dalam agama.

Adalah tidak adil jika saudara mengupas satu perkara sensitif agama hanya atas alasan para ulamak tidak berbuat demikian. Sebenarnya tuduhan tersebut adalah satu yang tidak benar terhadap ulamak kerana berbagai usaha dakwah telah dilakukan, jika dikatakan ianya perlu ditingkatkan maka ianya lebih tepat.

Tindakan seorang yang bukan ulamak tetapi cuba mengupas isu-isu agama adalah satu percubaan yang membahayakan diri saudara dan masyarakat.

Bahaya pertama berlaku apabila saudara terdedah kepada kesilapan-kesilapan yang besar yang tidak sepatutnya dilakukan sewaktu mengupas isu penting. Memang seseorang mujtahid bila berijtihad dikira mendapat pahala walaupun mereka tersilap, tapi jika yang tersalah ialah seseorang yang mencerobohi ruang yang tidak dikuasainya maka ianya bukan kesalahan yang dimaafkan.

Bahaya kedua pula dipikul oleh masyrakat apabila orang yang jahil tentang perkara ugama cuba mengupas isu-isu agama dan menganalisa sesuatu polemik dengan berbekalkan semangat yang menyala-nya tapi tidak disuluh dengan kaedah dan panduan analisa yang ada dalam syariah.

Pengakuan saudara bahawa saudara bukanlah seorang yang ahli dalam agama memang dapat saya tanggapi apabila saudara tidk dapat memahami mengapa nabi Muhammad s.a.w menolak kuasa yang diberikan oleh orang-orang Quraish.

Dari tulisan saudara, saya dapat fahami bahawa saudara tidak dapat membezakan antara kerajaan Quraish dan kerajaan sekarang. Mungkin tidak keterlaluan jika saya simpulkan bahawa saudara terkeliru lalu membuat keputusan bahawa kerajaan sekarang sama kufurnya dengan kerajaan Quraish.

Bagaimana boleh disamakan kerajaan Quraish yang menolak asas-asas tauhid, menolak keimanan kepada Allah dan rasulnya dengan kerajaan umat Islam yang mengamalkan demokrasi.

Saudara, perbuatan mengkufurkan seseorang dan kumpulan memerlukan pertimbangan yang tidak semudah menghirup segelas kopi bersama kawan-kawan. Ianya satu amanah yang memerlukan kepandaian, ilmu, kajian dan pengkhususan. Tindakan mengkafirkan atau menyesatkan ini adalah satu gelombang yang telah dilalui oleh gerakan Islam dan menjadi sejarah yang perlu dijadikan iktibar.

Dr Yusuf Qardawi yang saudara petik kata-katanya menolak perbuatan mengkufurkan orang-orang yang mengaku Islam secara mudah. Beliau juga telah menyataan bahawa jika ianya dilakukan oleh gerakan Islam suatu ketika dulu, maka kesalahan itu tidak perlu diulangi.

Yusuf Qardawi menjelaskan dengan panjang lebar dalam kitabnya Fatawa Muasirah bahwa Ahlu Sunnah wal Jamaah tidak mengkafirkan golongan orang yang mengaku Islam.

Yusuf Qardawi juga telah menyatakan bahawa tindakan Sayed Qutub yang mengkafirkan pemerintah zalim dizamannya perlu diperbetulkan.

Saudara, jika saudara diawal tulisan telah mengaku bukan seorang yang arif,maka tinggalkanlah perkra ini untuk ditangani oleh ulamak yang berkemampuan. Buatlah kerja-kerja yang diyakini berada dalam bidang saudara mudah-mudahan sumbangan membangunkan Islam itu akan menjadi satu amal soleh yang diterima oleh Allah, Amin.

Pandangan anda dihargai


Wednesday, 9 September 2009

Belajar Bahasa Arab (1)

Seorang kawan bertanyakan saya melalui sms, macam mana nak belajar cakap Arab? Saya katakan, nanti saya jawab dalam blog. Sebenarnya beberapa panduan belajar bahasa telah saya tulis dalam blog ni.

Ok, sebelum kita belajar sesuatu, kita perlu buat objektifnya dahulu. Ada berbagi tujuan apabila seseorang ingin belajar bahasa. Ada yang belajar kerana mahu faham quran, ada yang belajar kerana ada business di negara Arab. Tidak kurang juga yang belajar sebagai hobi saja. Satu objektif yang tak perlu ialah bila seseorang belajar bahasa Arab sebab nak jawab soalan mukar nakir dalam kubur.

Ekek...tak payah amal soleh pakai bahasa Arab power boleh lepas...kalau macam tu semua orang Arab boleh masyuk syurga...tapi kena ingat...kalau dalam syurga cakap Arab pastu dalam neraka cakap apa?? Takan bahasa Melayu kot?! Setakat yang saya tahu, tak ada dalil tentang dalam syurga cakap Arab, yang penting dapat masuk, cakap bahasa apa tu saya tak pentingkan sangat.

Kawan yang bertanya ni pula bukan dalam jurusan agama, saya kurang pasti jurusan apa, kalau tak silap komputer progremer. Dia juga bekerja di Malaysia. Saya faham benar dengan keperluanya. Apa yang saya dapat tanggapi ialah keperluannya disekitar kefahaman agama dan quran sahaja.

Bila kita sudah tahu apakah objektifnya maka kita mula mengatur strategi. Bagi yang bujang strategi paling mudah belajar bahasa Arab ialah kawn dengan orang Arab, tapi malangnya kawan saya ini telah berkahwin. Strategi itu tidak boleh digunakan lagi.
bersambung...

Pandangan anda dihargai






Banjir Kilat di Turki





Siapa kata angka sembilan membawa tuah? Lihatlah apa yang terjadi pada 09/09/09. Sehingga kini angka banjir kilat di Turki dilaporkan seramai 30 orang. Banji kilat ini berlaku akibat hujan lebat di Istanbuldan beberapa kawasan lain. Kita doakan untuk mereka diampunkan dosa dan di selamatkan insyaAllah, amin ya rab.

Pandangan anda dihargai






Tuesday, 8 September 2009

Solat Jumaat di negara bukan Islam

Hidup dalam negara Islam adalah satu nikmat yang amat besar bagi umat Islam. Ini kerana akidah dan ibadat umat Islam akan dilindungi oleh negara yang mempunyai institusi berkuasa terhadap sebarang penyelewengan dan membendung kesesatan. Amalan ibadat asas dalam Islam juga turut di beri perhatian oleh negara.

Malangnya sebahagian umat Islam terpaksa hidup di dalam negara bukan Islam. Keadaan ini merupakan pengecualian dan bukan keadaan asal. Dalam ertikata lain umat Islam tidak dibenarkan untuk menetap dan mendapat kerakyatan negara2 bukan Islam kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Tindakan tersebut berada dibawah hukum rukhsah bagi yang terpaksa.

Salah satu masaalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di negara bukn Islam ialah solat Jumaat. Ramai umat Islam yang bertahun-tahun tidak menunaikan solat Jumaat kerana ketiadaan masjid. Lebih malang lagi sekiranya tujuan mereka berada disana bukan kerana sebab yang perlu seperti belajar atau mencari perlindungan. Ramai yang mengalami situasi ini hanya kerana bekerja. Mereka inginkan gaji yang lebih banyak walaupun terpaksa hidup dibawah penguasaan negara kafir. Akibatnya ramai dikalangan anak-anak orang Islam yang tidak pandai bersyahadah.

Pada hakikatnya mengerjakan solat Jumaat tidaklah terlalu sukar, jika penyelesaian yang diberikan tidak terikat dengan mazhab tertentu, sebaliknya melihat kepada dlil dan kesesuaian keadaan. Persoalan pertama tentang solat Jumaat ialah bilangan jemaah tidak sampai 40 orang. Masaalah kedua ialah bolehkah sembahyang Jumaat didirikan bukan di Masjid.

Setelah sya meneliti tentang bilngan 40, saya dapati tidak ada hujjah yang benar2 terang dalam mewajibkan 40 orang jemaah, kerana itulah ulamak bersalahan pendapat sehingga ada yang mengatakan ianya berlaku dengan seorang imam dan seorang makmum. Saya tidak bercadang untuk membincangkan secara teperinci kerana ianya boleh dirujuk pada kitab2 berkenaan.

Apa yang saya mahu jelaskan ialah, adalah tidak tepat jika kita mengabaikan tuntutan solat Jumaat yang bersifat qatie hanya kerana tidak memenuhi syarat yang dibina diatas dasar zanni. Tambahan pula jika ianya melibatkan peningalan yang berterusan. Oleh itu, sepatutnya orang Islam luar negeri boleh mendirikan solat Jumaat selagi mana mereka boleh berjemaah.

Satu persoalan lagi ialah bolehkah mereka mengerjakan solat Jumaat bukan di masjid? Bagi menyelesaikan masaalah ini Dr Wahbah Zuhaili mencadangkan agar umat Islam di negara bukan Islam agar terus melakukan solat Jumaat walaupun bukan di kawasan masjid yang khusus.Bagi tidak memanjangkan entry ini rasanya cukup sekadar itu saja jawapan saya tentang solat Jumaat di negara bukan Islam.



Monday, 7 September 2009

Peperangan Badar al Kubra

Peperangan badar berlaku pada 17 Ramadan pada tahun ke dua hijrah. Peristiwa peperangan Badar seperti juga setiap detik dari kehidupan Baginda s.a.w mengandungi 1001 macam pengajaran berguna buat manusia.

Disinilah terserlahnya rahsia pengutusan rasul dari kalangan manusia sendiri. Kalau nabi tu malaikat, sudah tentu baginda tidak perlu berperang atau bersusah payah mengatur strategi dan merancang segala macam taktik bagi mengalahkan musuh.

Lihatlah, walaupun baginda merupakan seorang rasul yang menerima wahyu, tapi baginda mengatur strategi perang dan melakukan persediaan sebelum berperang. Dalam semua keadaan ini baginda bermusyarat dengan sahabat baginda s.a.w. Jika difahami sekali imbas, mengapa pula baginda bertanya kepada sahabat tentang langkah menghadapi musuh? Bukankah baginda ada wahyu yang memandu dan mengajar? Mengapa allah tidak turunkan arahan dalam memandu mereka dalamsetiap pergerakan dan langkah? Bukankan inilah saat genting umat Islam menghadapi musuh?

Tidak kurang juga dikalangan pencinta Islam yang menjadikan peristiwa Badar sebagai hujjah untuk menolak keterlibatan dalam sistem demokrasi. Kata mereka 'Islam tidak mementingkan bilangan, lihatlah bilangan orang Islam dan kafir dalam peperangan itu. Islam mementingkan kualiti, sementara kuantiti itu tidak penting.

Dengan membuat kesimpulan mudah itu tadi pihak ini mengistiharkan perang kepada gerakan yang menggunakan demokrasi sebagai jalan untuk menyampaikan apa yang dirasakan baik oleh mereka. Apa yang saya dapat simpulkan ialah mudahnya sesetengah orang membuat kesimpulan dalam perkara agama. Apabila mereka telah mempunyai pendirian tertentu, maka setiap berita dan ceita yang diraskan sesuai untuk menyokong hujah mereka akan disorotkan sebagai dalil...alangkah perlunya umat ini pada tajdid dan kupasan berkecuali...semoga dapat dilanjutkan lagi perbincangan ringkas ini.

Pandangan anda dihargai


Friday, 4 September 2009

NATO Mengganas !!!


Pertubuhan NATO (North Atlantic Treaty Organization) telah dibentuk pada tahun 1949 bagi melindungi negara-negara Eropah Barat dari serangan Soviet Union dalam era perang dingin. Perjanjian penubuhannya telah ditandatangani di Washinton pada tahun yang sama. Negara-negara anggota telah sepakat menjadikat ibu negara Belgium sebagai pusat pentadbirannya.

Sehingga kini NATO telah dianggotai oleh 28 buah negara. Negara-negara tersebut ialah Albania, Belgim, Bulgaria, Kanada, Croatia, Republik Czech, Denmark, Estonia, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Iceland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Belanda, Norway, Poland, Portugis, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Turki, United Kingdom, Amerika.

Turki adalah satu-satunya negara Islam dalam pertubuhan tersebut. Setelah era perang dingin berakhir, NATO mula berkonflik dengan negara Islam. NATO telah menunjukkan sikap berat sebelahnya dalam konflik Bosnia bila melengah-lengahkan campurtangannya ketika tentera Serb mengganas dan membunuh orang Islam Bosnia. Apabila berlakunya kemasukan tentera mujahidin Arab bagi menyelamatkan rakyat Bosnia, NATO mengishtiharkan gencatan senjata.

NATO juga mula mengambil alih usaha-usaha penjajahan negara Afghanistan pada tahun 2003. Semenjak itu tentera NATO mula menggempur umat Islam Afghanistan dengan berbagai senjata canggih.

Terbaru, tentera NATO telah melancarkan serangan di wilayah Kunduz menyebabkan kematian 100 orang rakyat Islam Afghanistan yang tidak berdosa. Mereka berada di negara mereka, tiba-tiba tentera asing yang mencanangkan keadilan datang dengan segala macam peralatan ketenteraan mengebom mereka.

Inilah antara contoh keganasan NATO yang telah dilakukan kepada umat Islam Afghanistan pada 4/9/09.








Thursday, 3 September 2009

Sifat Buruk Yahudi


يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَآجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنزِلَتِ التَّورَاةُ وَالإنجِيلُ إِلاَّ مِن بَعْدِهِ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

هَاأَنتُمْ هَؤُلاء حَاجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِ عِلمٌ فَلِمَ تُحَآجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلاَ نَصْرَانِيًّا وَلَكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَـذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَاللّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya:

[65]Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?

Wacana Ilmuan:

Ayat-ayat dia atas adalah ayat 65-68 daripada surah A'li Imran. Ayat-ayat ini menerangkan sebahagian daripada sifat buruk yang telah dilakukan oleh kaum Bani Israil.

Sifat buruk yang dinyatakan di atas ialah mereka saling mengaku bahawa nabi Ibrahim berada dipihak mereka. Orang-orang Yahudi mendakwa nabi Ibrahim beragama Yahudi. Sementara orang Kristian pula mengaku bahawa nabi Ibrahim beragama Kristian.

Mengapa Allah marah dengan sifat ini sedangkan orang Islam juga mengaku bahawa nabi Ibrahim adalah beragama Islam? Jawapannya ialah kerana Bani Israil dari kedua-dua pihak itu hanya mengaku sahaja sedangkan mereka tidak tahu menahu tentang nabi Ibrahim.

Dakwaan orang Yahudi hanya bagi memenangi perbalahan mereka dengan orang Kristian dan begitu juga sebaliknya. Apa yang sepatutnya mereka lakukan ialah mereka mengkaji apakah hakikat agama nabi Ibrahim, bila mereka dapati nabi Ibrahim adalah nabi yang menyeru kepada tauhid dan menolak syirik maka mereka sepatutnya membuang iktikad syirik yang mereka anuti.

Adapun apa yang dilakukan oleh Yahudi dan Kristian adalah sebaliknya, mereka hanya berbangga dengan nabi itu dan ini tetapi amalan mereka bercanggah dengan amalan nabi-nabi.

Bagi membuktikan sifat buruk mereka itu Allah menyatakan ayat[66]

Kamu telah berbantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (ajaran nabi Musa), maka mengapa kamu membuat dakwaan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Orang-orang Yahudi telah menolak agama nabi Musa bagaimana boleh mereka mendakwa nabi Ibrahim berada dipihak mereka. Orang-orang Kristian pula telah mendakwa nabi Ibrahim dipihak mereka sedangkan mereka menolak kenabian nabi Isa. Oleh itu terdedahlah hakikat dakwaan mereka, mereka bukan mencari kebenaran tetapi sebaliknya hanya mahu mengaburi mata masyarakat.

Setelah mengetahui hakikat ini mudahlah bagi kita untuk memahami firman Allah yang seterusnya yang bermaksud:

[67]Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

Allah menerangkan bagaimana hakikat sebenarnya yang perlu dihayati oleh manusia. Kita bukan bermegah-megah dengan nabi-nabi hanya kerana keturunan, bangsa atau kenegerian, tetapi yang berhak mewarisi kemegahan dan kepimpinan nabi Ibrahim ialah pewaris ketaqwaan dan keimanannya.

[68]Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.

*Sifat buruk Bani Israil itu tidak dimiliki oleh umat nabi Muhammad kerana umat nabi Muhammad dilindungi daripada kesesatan yang umum. Namun demikian cebisan atau percikan dari sifat itu wujud dan tersebar luas.

Banyak pihak yang mendakwa mewarisi kemegahan dan menisbahkan diri mereka kepada sesuatu yang baik tetapi mereka berbuat demikian bukan untuk mengamalkan hakikat kemurnian ajaran yang dibawa oleh tokoh tertentu, yang mereka inginkan ialah sokongan manusia dan pujian yang membawa pengaruh semata-mata. Alangkah ruginya orang yang bersifat demikian.

*Sebenarnya saya ada menyampaikan kuliah tafsir di masjid tetapi tidak direkodkan. Akibatnya tafsir-tafsir itu tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Seorang kawan mencadangkan agar saya merekodkan kuliah-kuliah tersebut. Hasil dari cadangan itu saya cuba untuk menulis sebahagian dari tafsir-tafsir tersebut untuk tujuan manafaat yang lebih besar. Selain itu diharapkan kepada sesiapa yang mengesan kelemahan dan mempunyai komen untuk tidak keberatan menyatakannya.


Pandangan anda dihargai



Tuesday, 1 September 2009

H1N1 di Mekah

Islam Online melaporkan berlaku kekurangan terhadap penghuni hotel mewah di tanah suci Mekah sebanyak 40%. Ini adalah berikutan penyakit H1N1 yang menyerang masyarakat dunia hari ini.Kerajaan Arab Saudi juga telah mengeluarkan arahan supaya kanak-kanak 12tahun kebawah dan orang tua 65 tahun keatas tidak hadir ketanah suci. Ini kerana kedua-dua golongan ini mudah dijangkiti kuman. Pihak berkuasa juga mensyaratkan keadaan kesihatan stabil untuk menmasuki negara Saudi.

Satu fenomena yang sebaliknya berlaku, iaitu kehadiran masyarakat golongan 'biasa' menyaksikan pertambahan sekali ganda ramainya. Hotel-hotel biasa yang didiami oleh orang kebanyakan menyaksikan peningkatan pengunjung ketika mana hotel mewah mengalami kerugian.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga tidak menjangkakan kehadirn ramai yang melebihi 300,000 orang, sekaligus menolak kemungkinan bilangan pengunjung tanah suci pada Ramadan kali ini berkurangan. Sehingga kini 2000 kes H1N1 telah dilaporkan di Arab Saudi melibatkan 14 kematian.

Kehadiran ramai umat Islam dari golongan biasa disebabkan tindakan banyak syarikat pengurusan haji dan umrah yang bertindak menurunkan harga pakej yang ditawarkan. Para penggunjung yang rata-rata terdiri dari 'orang biasa' sanggup menghadapi apasaja risiko asalkan mereka dapat mengerjakan ibadat umrah yang sekian lama dinantikan. Berkata pula sebahagian pegawai haji dan umrah Arab Saudi: Ini buktinya orang kaya takut mati..

Pandangan anda dihargai