Saturday, 31 October 2009

Soalan: Fekah Jenayah

Beban pembuktian bagi kes hudud amat tinggi kerana ianya dihindari bila ada syubhah. Tapi apakah tepakai kepada semua kes atau untuk kesalahan tertentu seperti zina, mencuri, qazaf dan riddah sahaja. Kalau kes seperti hirabah dan bughah bukankah terserlah syubhahnya? Apakah simply dikatogorikan sebagai takzir?

Jawapan:

Semanjak sekian lama undang-undang Islam telah ditinggalkan. Sebenarnya salah satu faktor undang-undang Islam ditinggalkan ialah kerana sikap jumud sebahagian ulamak yang tidak mahu mengubah suai hukum hakam Islam yang berada dalam katogori ijtahadi mengikut perkembangn semasa. Akibat undang-undang ini tidak digunakan maka mengakibatkan doctrine of judicial precedent sangat terhad.

Dalam kes bughah tak jadi masaalah sangat. Ini kerana bughah hukumannya qital bukan qatl. Iaitu pemimpin berhak memerangi bughah. Memerangi iaitu perkataan qital bukan bermaksud membunuh tetapi bermaksud memerangi. Jika bughah menggunakan senjata pemusnah barulah tindakannya dilawan dengan menggunakan cara yang boleh menundukkan mereka. Bila mereka ditangkap mereka tidak lagi boleh dibunuh.

Dalam kes hirabah pula kita ada teknik pembuktian moden seperti dna, kesan jari, kamera dan sebagainya. Dalam kes seperti ini persoalannya ialah apakah tahap penghujjahannya boleh mencapai tahap qat'i yang boleh membawa pesalah kepada hukum hudud? Jawapannya ialah para ulamak silam telah membincangkan perkara ini tetapi dengan contoh yang sezaman dengan mereka seperti bolehkan mensabitkan pembunuhan dengan mengunakan bahan bukti seperti mendapati ada darah pada pakaian orang yang dituduh membunuh. Atau pisau yang berlumuran darah.

Saya menganggap perbincangan para ulamak semasa mestilah bersifat meneruskan sahaja kajian pembuktian yang telah dilakukan oleh sistem perundangan sedia ada dengan syarat ianya ditapis dari sudut kefahaman syarak.Perlu diingat bahawa roh undang-undang sivil dalam masaalah ini juga ialah menghukum orang yang bersalah jadi tujuannya adalah sama. Cuma keputusan kajian mestilah bersifat mendapat endorsement pihak berkuasa agama dengan mengambilkira tahap ketepatannya. Melalui kuasa perundangan ini sahajalah boleh ditetapkan apakah bahan bukti itu boleh diterima atau tertolak. Dalam ertikata lain ianya termasuk dalam siasah syariyyah.

Adalah tidak mustahil untuk membuktikan jenayah rogol dengan adanya dna dalam kemaluan orang yang dirogol cuma persoalan sekarang ialah apakah tahap ketelusan pembuktian tersebut? Apakah mungkin berlaku penipuan dari pihak pendakwa? Apakah tahap keraguan yang boleh ditimbulkan terhadap laporan perubatan? Dalam bab ini, perlaksanaan telah berlaku dan sentuhan ulamak syarak hanya bersifat meneruskan kajian bukan memulakannya dari kosong.

Pandangan anda dihargai


Thursday, 29 October 2009

Amal Jama'i (5)

Soalan:
Apa pandangan ustaz mengenai gerakan di Universiti ini..seperti Abim,Karisma, Isma dan sebagainya..Ada pula yang menyatakan gerakan mereka yang lebih sempurna, gerakan lain kurang sempurna.....Ada pula macam tarik tali..minta ustaz ulas sedikit.

Jawapan:

Ya, antara halangan dalam berpersatuan ialah perkelahian antara kumpulan-kumpulan dan puak. Bukan di Malaysia saja, bahkan dimana sahaja perkara ni berlaku. Pengalaman masa saya belajar dulu ialah kita tidak menubuhkan persatuan lain selain PMMM. Tapi, itu kerana bilangan kami sedikit bolehlah buat begitu.

Dalam kumpulan yang banyak-banyak ni memang ada yang sesat, seperti Arqam. Saya mulanya memang berbaik sangkan dengan kumpulan ini, tapi setelah saya pergi sendiri berjumpa dengan As'yari, memang saya yakin itulah jawapannya.

Adapun kebanyakan kumpulan lain perbezaan antara mereka dalam beberapa keadaan:

1-Fahaman Kesufian:
Ada kumpulan yang ditubuhkan bagi meneuskan berlangsungnya fahaman kesufian, lalu agenda mereka ialah agenda tarikat dan sebagainya.

2-Fahaman zahiri:
Ada kumpulan yang bergerak bagi mengembangkan kumpulan pemikiran zahiri atau dipanggil salafi atau wahabi (saya suka panggil salafi kerana kumpulan ni tak suka dipanggil wahabi)

3-Fahaman Politik:
Ada kmpulan yang bergerak bagi menyokong dan mengembangkan fahaman politik tertentu, gerakan mereka diasaskan kepada pendirian politik kumpulan tertentu.

4-Model Ikhwan Muslimin
Ada kumpulan yang diasaskan bagi meningut model gerakan Ikhwan Muslimin dan menjadikan gerakan itu sebagai idola. Ikhwan muslim juga mempunyai rangkaian antarabangsa. Tidak mustail kalau ada kumpuln tertentu yang mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka.

Untuk mengetahuikan dengan lebih lanjut mengenai tabiat kumpulan-kumpulan ini saya saya cadangkan anda membaca aliran-aliran pemikiran ini dari sumbernya yang asal. Melihat bagaimana pembawaan pemikiran sufi, salafi,kepartian dan Ikhwan Muslimin.

Masing-masing mempunyai teori gerakan sendiri, gaya tarbiah tersendiri dan kefahaman terhadap asas Islam yang pelu difahami dengan baik. Setakat ini kesempitan masa mengekang saya dari menulis secara terperinci dalam bab ini.

Pada pandangan saya, kumpulan yang mengambil model Ikhwan Muslimin sebagai model adalah paling sesuai dengan pelajar di universiti kerana beberapa sebab:

1-Mempunyai sistem tarbiah yang lebih sistematik dan holistik
2-Tidak terlalu berkonfrantasi dengan pihak kerajaan dan memberi ruang lebih mudah untuk bergerak
3-Tidak menumpukan beberapa isu sahaja untuk dihabiskan masa.
4-Mengambil pendekatan kesukarelawanan yang lebih tinggi.

Namun demikian kelemahan yang saya sebut dalam entry lepas masih berlaku (bukan pada semua orang) antaranya:
1-Budaya berkumpulan sehingga mengabaikan ukhuwah Islamiah yang lebih luas.
2-Gagal memahami tabiat pemikiran kumpulan-kumpulan lain.
3-Menganggap kumpulan mereka sahaja yang betul.

Itu antara kekurangan yang wujud dan perlu diperbaiki. Saya lihat kekurangan ini wujud bukan disebabkan oleh dasar kumpulan tetapi disebabkan kelemahan ahli yang menganggotai kumpulan secara ikut-ikutan.

Pada tahun 80an konflik antara kumpulan-kumpulan ini amat meruncing sampai keperingkat timbulnya fitnah kafir-mengkafir. Alhamdulillah sekarang ni sudah sejuk dah. Tapi masih berlaku dan ada orang yang cuba membangkitkan semula.

Saya ikuti perkembangan melalui blog-blog pelajar dam masih banyak pertikaian dan kebanyakannya berkaitan perebutan ahli. Kalau kita berebut nak berdakwah sudah tentu dakwah dah tertegak dan maksiat telah hilang. Tapi yang kita berebut bukannya dakwah tapi kita berebut adalah ahli, maka dakwah tidak berjalan dengan baik.

Bagi menyelesaikan masaalah ini, satu perinsip yang saya rasa kita perlu pegang ialah: Kumpulan yang kita anggotai bukan mewakili seluruh Islam, tetapi ianya mewakili salah satu aliran pemikiran dalam Islam.

Wallahua'alam.

Pandangan anda dihargai


Boikot Barangan Musuh Islam

Soalan:

Salam ustaz. Apakah wajib sebagai umat Islam boikot semua barang Israel? Ape yang saya tahu DrYusuf Qardawi sendiri pun suruh boikot barangan Israel, tapi ada barangan Israel sesetengah org Malaysia kita susah nak boikot contohnya Milo dan tempat beli pula Tesco.

Jawapan:

Saya rasa isu ini telah agak lama dibincangkan. Boikot memang saju senjata yang kuat untuk melemahkan musuh. Sebenarnya negara-negara maju juga menggunakan senjata boikot. Contohnya Sudan dikenakan tekanan ekonomi daripada Amerika, begitu juga Iran. Sekatan ekonomi tu maknanya boikot kerana Amerika akan melarang syarikat-syarikat Amerika untuk bermuamalah dengan negara-negara tersebut.

Negara China dan Amerika juga ada menggunakan sekatan ini bila mereka bermusuh atau ketika mereka ingin melindungi kepentingan negara masing-masing. Senjata membeli dan menjual adalah senjata yang digunakan semenjak zaman jahiliah menentang nabi s.a.w. lagi.

Agak lucu juga bila ada orang yang mengatakan boikot adalah bid'ah kerana nabi s.a.w. bermuamalah dengan orang Yahudi. Sebenarnya boikot termasuk dalam perkara yang melibatkan siasah syariyyah yang amat bergantung kepada maslahah.

Disebabkan negara Islam amat lemah samada dari sudut kesatuan sesama sendiri atau ketika berdepan dengan negara bukan Islam, maka boikot tidak mendapat sambutan umat Islam. Kerajaan memang tidak mampu memboikot Amerika kerana bila-bila masa Amerika yang boleh boikot negara kecil seperti Malaysia.

Rakyat pula kebanyakannya tidak memberi perhatian kepada isu-isu umat Islam kerana kebanyakan rakyat tidak pernah terfikir tentang nasib jiran sebelah rumah, bagaimana pula nak berfikir tentang orang jauh yang tak nampak depan mata.

Selain dari sebab kelemahan itu, umat Islam juga masih lemah dari sudut pembuatan dan produk. Samada masih banyak barang yang diperlukan tapi tidak ada alternatif atau ada alternatif tetapi terlalu teruk kualitinya.

Oleh itu secara realitinya saya katalan amat mustahil buat masa ini memboikot barangan yang ada hubungan dengan Amerika dan Isreal. Seringkali juga kepentingan kita sendiri lebih banyak dalam barangn tersebut berbanding negara-negara itu. Contohnya KFC adalah milik Johor Corp. Mereka hanya membayar royalti kepada KFC di Amerika.

Banyak pertubuhan yang bersemangat lalu mengajak boikot secara tidak berhati-hati. Satu perkara lagi, kalau kita ajak orang buat benda yang terlalu berat untuk mereka sudah tentu akhirnya ajakan kita itu akan tinggal selogan sahaja. Oleh itu saya lihat tindakan PPIM adalah amat wajar. Kalau kita sokong tindakan ini, maka usaha itu tidak mustahil senang saja untuk berjaya.

PPIM memboikot beberapa barangan ringan saja dan mempunyai alternatif yang baik atau lebih baik. Kepentingan negara juga tidak besar dalam barang-barang yang diboikot itu. Inilah tindakan yang patut kita sokong dan perluaskankesedarannya. Adalah tidak susuah untuk memboikot Colgate, Starbucks, Cocacola dan dollar Amerika.

Oleh itu dalam langkah menyedarkan masyarakat menjadi lebih mudah dan bersifat jangka panjang. Ada juga orang kata, kalau kita haramkan barangan ini mengapa pula barangan lain tidk diharamkan? Jawapannya ialah persoalan sekarangan ialah persoalan strategi. Kita tak guna colgate, bukan sebab dia najis tapi sebab-sebab lain saja. Memang susah menyedarkan masyarakat antara dua jenis manusia. Satu yang sangat tak ambil tahu dan kedua yang sangat semangat tetapi amat jahil dengan tabiat situasi. Kedua-duanya memeningkan kepala.

Mudah-mudahan kita sendiri komited dalam memboikot barangan ini sehingga adanya langkah seterusnya yang lebih besar


Wednesday, 28 October 2009

Amal Jama'i (4)


Di sini, saya mahu sentuh sikit tentang kepentingan amal jama'i. Cuma saya nak gunakan istilah lebih mudah iaitu persatuan, jamaah atau kumpulan. Terlibat dengan persatuan atau jamaah ni memang penting. Penting kepada student, penting juga kepada orang ramai dalam kehidupan biasa.

Berjamaah membuang sikap individualistik. Tak heran bila kita lihat ramai orang yang banyak ilmu tapi tak pandai berkawan. Yang dia tahu ialah aku dan aku. Orang yang macam ni tak akan dapat membina kekuatan umah. Mungkin solatnya baik tapi ukhuwah takde. Kalau bab kepentingan masyarakat, membantu, memberi amat lemah. Berjemaah akan mengajar semua ini.

Kehidupan kita penuh cabaran, kadang-kadang kita gembira dan kadang-kadang kita sedih. Kita mungkin senang tapi kita juga dirundung malang. Kita memerlukan orang yang rapat diwaktu kita senang supaya dapat mengawal kita daripada terlarut dengan kesenangan. Kita perlukan sahabat sewaktu sedih bagi memberi semangat dan semuanya wujud dalam perkumpulan dan jemaah.

Kita juga diajar oleh jemaah unuk melakukan kepada sahabat kita apa yang kita perlukan daripada mereka. Memberi dan menerima. Kita belajar menghormati sebelum kita minta dihormati. Kita belajar berkorban demi sahabat dan saudara seagama, kita belajar bahawa harta dan dan kelebihan yang ada pada diri kita adalah aset yang perlu dikongsikan dengan ramai orang.

Dengan persatuan kita dapat buat kerja-kerja yang tak mungkin dapat dilakukan seorang diri. Nak buat bangunan pun tak boleh buat secara individu, masakan pula kerja-kerja umah.

Persatuan mengajarkan kita kepimpinan. Mengajar kita bahawa tugas manusia bukan sahaja sekadar membina kerjaya, tapi tugas besar ialah untuk menjadi manusia lebih kedepan setiap bakat pun dicungkil setiap kebolehan dipupuk.

Saya lihat diluar sana ramai orang yang ingin menyumbang pada Islam tetapi tak tahu apa mereka perlu buat. Ini kerana mereka melihat diri mereka secara individu. Kalau mereka berpersatuan sudah tentu mereka akan lebih terpimpin.

Kelemahan orang yang berjemaah:
Berikut ini pula saya berikan beberapa kelemahan yang sering terkena kepada orang yang berjemaah atau mengikuti sesuatu kumpulan:

1- Meletakkan kumpulan lebih tinggi dari Islam. Contohnya tentantang ukhuwwah dan persaudaraan. Ramai orang yang aktif dengan sesuatu pertubuhan mengabaikan ukhuwah dan berkasih sayang dengan orang yang bukan dari kumpulan mereka. Sifat mulia yang mereka belajar dalam persatuan dan jemaah habis setakat dalam kumpulan mereka saja. Tidak hairanlah jika kumpulan mereka dibenci oleh orang yang tidak menjadi anggota walaupun amat disayangi oleh ahli-ahlinya. Sebenarnya ukhuwah Islam mengatasi kumpulan dan puak, jemaah hanya tempat belajar berukhuwah.

2- Taksub kepada kumpulan. Siafat ini memang mudah wujud bila jemaah menfokuskan jemaah lebih dari pendidikan ahli dan sumbangan. Pernah satu ketika masing-masing menganggap persatuan lain tidak lengkap dan tidak sempurna, yang sempurna dan wajib dianggotai ialah kumpulan kita. Sebenarnya itulah nafsu yang terpaksa dilawan dalam meniti kehidupan.

3-Memperalatkan kumpulan untuk kepentingan diri. Satu nafsu yang wujud cukup kuat dalam berpersatuan dan jamaah ialah nafsu untuk menjadikannya sebagai alat. Alat untuk mendapat pengaruh, alat untuk berniaga dan sebagainya. Dalam mana-mana persatuan ada orang macam ni, yang penting unsur-unsur ini perlu diketepikan seboleh mungkin.

4-Kasta dalam jamaah. Ini satu masaalah juga. Orang kaya-kaya akan diberikan tempat dan keistimewaan sebab mereka boleh menaja itu dan ini walaupun komitment mereka teruk. Ahli biasa tidak dihormati atau dipergunakan untuk buat kerja-kerja berat dan dianggap hina. Akhirnya jamaah jadi macam syarikat sendirian berhad.

5-Satu kelemahan yang paling ketara ialah apabila seseorang berada dalam satu-satu kumpulan, dia mudah terkongkong pemikirannya dengan satu trend pemikiran sahaja, contohya jika dia terlibat dengan kumpulan yang mengambil pendekatan politik, maka keseluruh masaalah dilihat melalui perspektif politik. Kumpula yang mengambil pendekatan dakwah misalnya sering menganggap pendekatan politik tidak penting atau salah. Sebenarnya ianya tidak demikian. Semua pendekatan adalah perlu dan sesuatu kumpulan tidak mampu melakukan semua perkara.

Pandangan anda dihargai



Tuesday, 27 October 2009

8 Lagi Terbunuh

Tentera Amerika di Afghanistan terus dirundung malang bila 8 rang tenteraberjaya dibunuh oleh tentera Taliban. Rekod bulan September sebagai bulan paling malang semenjak menjajah Afghanista 2001 telah di atasi, 51 kematian pada September dan 53 kematian setakat ini untuk bulan Oktober.

Dick Cheney

Akibat pukulan teruk ini, beberapa pihak mahukan askar-askar tambahan dihantar segera, sementara Presiden Obama yang sememengnya tidak berminat untuk menembah bilangan tentera masih menyepi. Beliau tidak mahu tergesa-gesa. Tindakan Obama dikeritik hebat oleh Dick Cheney.

Pandangan anda dihargai






Amal Jama'i (4): Sedikit Ulasan

Setelah kita tengok pandangan-pandangan dari ulamak, maka mungkin ada juga yang bertanya, habis apa kesudahannya? Tidak kurang juga yang menyalahkan ulamak lalu berkata: Ini masalah ulamak Islam, tak pernah bersatu.

Melalui pengamatan saya ada beberapa sebab berlakunya perselisihan ulamak yang jika difahami mungkin akan membawa kepada kefahaman yang lebih tepat:

1-Hadis iltazim jamaatal muslimin. Bermaksud lazimilah jamaah muslimin.
Ramai yang memahami hadis ini secara tidak tepat. Mereka menganggap hadis ini mewajibkan seseorang muslim untuk berpegang dengan jemaah, kumpulan atau persatuan tertentu. Sebenarnya jamaah muslimin yang dimaksudkan oleh hadis ialah hendaklah kamu bersama orang-orang Islam. Sememangnya seorang muslim itu mestilah mewala'kan muslimin. Menyertai perkumpulan mereka dan menjandi benteng kepada kaum muslimin yang lain. Selagi mana sesuatu kumpulan itu benar akidahnya sahih amalannya maka merekalah perkumpulan orang muslin yang diberitahu oleh rasul s.aw.

2-Pada zaman nabi, nabi bergerak dalam bentuk jemaah sehinggalah beliau memerintah dan pemerintahan beliau disambung oleh khulafa al rashidin. Begitulah seterusnya pemerintah Islam silih berganti dari semasa kesemasa. Berlaku juga berbagai perkumpulan umat Islam dalam memperbaharui penghayatan umat Islam terhadap agamanya.

3-Orang yang paling ketara sekali membawa perubahan dalam amal jama'i ialah Hasan al Banna. Ini kerana beliau bukan sahaja menyeru kearah amal jama'i tetapi telah mewujudkan organisasi yang tersusun dan menamakannya dengan Ikhwan Muslimin.

Zaman itu juga menyaksikan penjajahan kuasa Eropah terhadap dunia Islam. Aktivis Islam ketika itu menganggap gerakan Islam telah menggantikan peranan pemimpin negara Islam. Ini kerana mereka menganggap pemerintahan Islam telah tumbang dengan tumbangnya kerajaan Othmaniah. Tanggapan ini sebenarnya boleh di perbincangkan lagi. Saya tidak mahu membincangkan apakah tindakan mereka itu betul kerana perbincangannya panjang. (Kalau ada yang berminat saya boleh bincangkan lain kali).

Yang saya mahu jelaskan disini ialah hubungkait antara situasi ketika itu dengan tanggapan bahawa menganggotai gerakan Islam adalah wajib. Ikhwan Muslimin meminta dari penyokongnya bai'ah sebagaimana Rasulullah mengambilnya daripada para sahabat. Pemikiran ini jugalah yang tersebar dalam gerakan Islam di kebanyakan tempat termasuk di Malaysia.

Kumpulan yang menganggap amal jama'i adalah bid'ah lahir dari tanggapan mereka bahawa negara yang diperintah oleh pemimpin Islam masih lagi negara Islam dan merekalah yang berhak mendapat taat setia daripada rakyatnya. Disebabkan kebanyakan gerakan Islam bersifat anti pemerintah maka mereka menganggap tindakan tersebut bertentangan dengan Islam. Kerana pada mereka negara masih Islam dan pemimpin Islam tidak boleh ditentang oleh rakyatnya.

Saya berpendapat amal jamaa'i adalah satu bentuk amal yang perlu diberikan penekanan. Umat Islam perlu disedarkan dengan pentingnya penggabungan kerja dan tugas. Ini kerana pengalaman puluhan tahun menunjukkan bahawa sesuatu perkara yang dilakukan secara berkumpulan adalah lebih baik kesannya.

Namun demikian saya berharap agar gerakan Islam melakukan beberapa perubahan:

1-Tidak menganggap negara yang ada adalah negara sekular atau tidak Islam berdasrakan pemerintah Islam dan penerimaan negara terhadap agama Islam. Menganggap negara sebagai tidak Islam adalah negetiv dan banyak merugikan umat Islam sendiri.

2-Meluaskan skop amal jama'i yang dituntut oleh syarak. Syarat melakukan amal jama'i bukanlah bila seseorang itu menganggotai kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Bahkan amal jama'i adalah meliputi keseluruhan gerak kerja memartabatkan Islam dalam berbagai aspek secara berkumpulan atau berpersatuan.

3-Asas bagi amal jama'i ialah sumbangan kearah memartabatkan Islam, bukannya mewujudkan budaya bertenggek diatas sesuatu gerakan tanpa melakukan apa-apa sumbangan. Ramai juga ahli gerakan Islam yang merasa tanggungjawab mereka hanyalah menjadi penonton tidak lebih dari itu.



Monday, 26 October 2009



Helikopter Jatuh, 14 Tentera Mati
(Chinook 47)

Tajuk di atas menceritakan nasib tentera Amerika yang menggempur Afghanistan. Walaupun terdapat lebih 100,000 orang tentera penjajah, namun penentangan yang ditunjukkan oleh Taliban akan menjadi kebanggaan yang akan tetap dikenang oleh sejarah.

26Oktober 2009adalah hari paling malang bagi tentera Amerika. Bilangan askar paling ramai mati dalam sehari tercatat pada terik tersebu semenjak penjajahan Afghaniastan.

Sumber Amerika mengatakan bahawa kekuatan Taliban berjumlah 25,000 orang diseluruh pelusuk Afghanistan. Setiap kali helikopter mereka terhempas, kenyataan yang dibuat ialah berlaku kerosakan atau perlanggaran. Mereka amat takut untuk mengakui bahawa mereka tidak dapat menguasai susana dan gagal menangkis serangan pejuang Taliban.

Presiden Amerika pula sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggantikan Hamid Kharzai dengan keldai tunggangan lain yang dilihat boleh menguasai suasana. Akibatnya keputusan pilihanraya lepas dianggap tidak sah dan disahkan berlaku penipuan.

Mengapa Amerika benar-benar mahu menguasai Afghanistan? Kesian rakyat Amerika yang memang rata-ratanya benci kepada peperangan. Mereka ditipu oleh pemimpin mereka. Mereka diberitahu bahawa Afghanistan melindungi al Qaeda dan sumber pengeluaran dadah dunia.

Pada hakikatnya ada beberapa sebab penting kerajaan Amerika benar-benar ingin menguasai Afghanistan:
1- Laluan minyak.Kedudukan Afghanistan akan menyebabkan Amerika dapat menguasai laluan minyak yang penting.
2-Amerika tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada bonekanya di Saudi kerana bimbang jika perubahan mendadak berlaku dalam kepimpinan Saudi akan melumpuhkan kekuatan Amerika.
3-Menguasai Afghaanistan bererti mengepung Iran dan Pakistan yang kedua-duanya merupakan kuasa nuklear.
4-Peperangan akan menjamin pelaburan berbilion dollar akan terus menjana keuntungan dan ujian terhadap teknoloji baru. Dalam peperangan ini Amerika telah menggunakan kapalterbang tanpa pemandu yang boleh melancarkan peluru berpandu.

MQ-9 Reaper berharga US10.5 juta,
tanpa pemandu, membawa peluru berpandu,
pengesan bunyi, dapat mengambil gambar waktu malam.

Obama telah dimaklumkan bahawa Taliban tidak akan dapat dikalahkan walau seramai manapun tentera asing dihantar ke Afghanistan. Untuk itu Amerika sedang mengkaji cara memecahkan saf Taliban dari dalam. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan menawarkan perkongsian kuasa antara puak Taliban dan puak pro Amerika. Sudah tentu tawaran ini jika diterima oleh sebahagian Taliban akan menimbulkan kemarahan terhadap haluan radilkal dalam kumpulan itu. Kat mana Amerika belajar strategi baru ni? Kat Malaysia kot.

Inilah antara tentera sukarelawan Taliban
yang digeruni oleh tentera bersekutu di Afghanistan





Amal Jama'i (3)

Kumpulan ketiga: Mereka berpendapat amal jama’i adalah harus selagi menepati syarat-syarat berikut:

1-Tidak melakukan perkumpulan yang menyimpang dari perinsip Islam seperti melakukan bid'ah atau maksiat.

2-Tidak menentang pemimpin Islam yang berkuasa secara sah.

3-Tidak meletakkan kumpulan yang dianggotai lebih tinggi dari kebenaran. Jika berlaku penyelewegan dalam jamaah mestilah diperbetulakan.

Antara ulamak yang berpendapat demikian ialah Dr Sulaiman al Audah dan Ben Baz

Pandangan anda dihargai
bersambung.....


Sunday, 25 October 2009

Amal Jama'i (2)

Pandangan kedua: Amal Jama’i adalah wajib dan meninggalkanya pula berdosa.
Hujjah-hujjah kumpulan ini ialah:

1-Hadis-hadis yang menyeru kearah beriltizam dengan jamaah muslimin seperti yang dijadikan hujjah juga oleh kumpulan pertama.

2-Allah dan rasul s.a.w. menyuruh orang beriman melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kedua-dua tanggungjawab itu tidak akan mampu dilaksanakan kecuali secara berkumpulan.

4-Rasulllah telah menyampaikan Islam secara berjemaah iaitu bekumpulan. Adanya bai’ah antara nabi dan para sahabat.

3-Kaedah syarak yang diterima oleh para ulamak ialah: ‘Sesuatu tuntutan syarak yang tidak dapat dilakukan kecuali dengan adanya sesuatu perkara lain, maka perkara yang kedua itu juga wajib.

Dengan memahmi kaedah itu tadi, mereka berpendapat mewujudkan kumpulan atau persatuan tertentu adalah wajib memandangkan amal ma’ruf dan nahi mungkar tidak dapat dilakukan secara bersendirian. Kebanyakan ulamak menerima pendapat ini. Antara ulamak yang menyeru kearah amal jama’i ialah Dr Yusuf Qardawi dan ramai lagi.

bersambung.....


Saturday, 24 October 2009

Amal Jama'i

Soalan:
Apa hukum amal jama'i? Apa pula hukum amal fardi?

Jawapan:
Mungkin ramai juga pembaca laman ini yang tak tahu apa itu makna amal jama'i. Sebenarnya amal jama'i ini bermaksud terlibat dengan persatuan atau pertubuhan. Apakah hukumnya wajib atau tidak. Persoalan ini timbul apabila disana terdapatnya hadis sahih muttafaq alaih bermaksud 'bergabunglah dengan jemaah Islam dan pemimpinya.

Kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia dan seluruh dunia menjadikan hadis ini sabagai satu bukti wajibnya individu muslim menyokong mereka, tidak peliklah ada kumpulan yang menfasikkan orang tidak menyokong kumpulan mereka.Apakah pendapat sarjana Islam dalam hal ini?

Para sarjana Islam tidak bersepakat dalam isu ini. Mereka terbahagi kepada beberapa aliran:

Pandangan Pertama:
Amal Jama'i dalam bentuk kumpulan dan jemaah yang berbagai adalah bidah, ini kerana:

i-hadis-hadis yang ada tidak bermaksud menubuhkan jemaah seperti yang dilakukan pada hari ini, bahkan jemaah yang dimaksudkan ialah perkumpulan umat Islam yang memberi ketaatan kepada kepimpinan Islam yang mempunyai kuasa dan pengaruh.

ii- Perbuatan menubuhkan jemaah-jemaah yang berbagai ini telah membawa kepada perpecahan umat Islam dan pertelingkahan yang tidak berkesudahan dan melemahkan sokongan kepada kepimpinan negara Islam yang berkuasa dan mempunyai pengaruh.

iii-Hadis dari Huzaifah bin Yamaan yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Orang bertanya nabi s.a.w. tentang kebaikan dan aku bertanya baginda s.a.w. tentang kejahatan kerana takut terjatuh kedalamnya....jika tiadak ada jemaah dan imam? Sabda nabi s.a.w: Jauhilah kumpulan-kumpulan itu semuanya.

iv-Jemaah yang diwujudkan akan mengundang kecelakaan perpecahan dan dalam masa yang sama menyenangkan muasuh-musuh Islam menghentam kumpulan yang lemah ini. Oleh itu baiah terhadap jemaah adalah bidah yang tidak pernah dilakukan leh salafu soleh dan baiah hanya dilakukan kepada pemimpin Islam yang berkuasa sahaja. Antara sarjana yang berpendirian begini ialah Dr Solah Shawi dalam bukunya Jamaah Muslimin dan Bakr Abu Zaid dalam bukunya Hukm al Intima' Li al Ahzab wa al Jamaat al Islamiah

Pandangan anda dihargai


Wednesday, 21 October 2009

Misteri Alam Ghaib

Berkurangkah Iman Orang yang Tidak Percaya?

Kita orang Islam dituntut percaya tentang perkara ghaib. Sekali lagi saya jelaskan, maksud perkara ghaib yang wajib dipercayai oleh orang Islam dan menjadi asas iman mereka ialah perkara ghaib yang disebut oleh quran dan hadis yang sahih.

Megenai perkara ghaib yang tidak disebut maka ianya tidak perlu dipercayai kerana manusia adalah sama dalam keadaan ini. Dalam erti kata lain, manusia semuanya tidak tahu tentang alam ghaib. Ini kerana alam ghaib adalah perkara yang hanya dapat diketahui melalui kenabian.

Sebab itu kita percaya adanya syurga dan neraka walaupun kita tidak dapat membuktikannya dengan kajian fizikal. Kita percaya adanya dosa dan pahala. Kerana ianya ada dalam nas yang qatie. Kita percaya kepada alam jin kerana ianya disebut dalam quran dan hadis.

Namun demikian alam jin tidak disebut secara terperinci oleh quran dan hadis. Manusia hanya dituntut untuk percaya apa yang ada dalam nas sahaja. Dalam masa yang sama, nas-nas yang disebut pula banyak yang bersifat zanni.

Ada banyak kepercayaan tentang alam ghaib yang bertentangan dengan nas samada quran dan hadis. Selain itu ada banyak pula kepercayaan alam ghaib yang sebenarnya tidak disebut oleh nas tetapi dianggap sebahagian daripada kepercayaan yang dituntut oleh Islam. Ini kerana masyarakat umum akan menerima ulasan 'orang agama' sebagai suatu fakta yang tidak boleh ditolak lagi.

Dato' Dr Harun Din sendiri sewaktu menyampaikan kuliah perubatannya pernah mengajarkan ubat bagi perempuan yang terkena penyakit 'meroyan' ialah arang kayu daripada keranda budak perempuan yang mati sewaktu dilahirkan, abu itu disediakan dengan mengetam kayu keranda dengan ketam tradisional, habuk yang didapati digoreng sehingga menjadi arang dan kemudiannya dijadikan celak kepada perempuan yang diserang penyakit meroyan.

Sudah tentu ajaran seperti ini adalah pengamalan tradisional yang diamalkan oleh para ustaz bomoh yang kemudiannya dianggap sebahagian daripada ajaran Islam. Terus-terang saya katakan saya tidak dapat menerima pengajaran seperti ini kerana pada dasarnya saya percaya penyakit itu bukan disebabkan oleh hantu jembalang sebagaimana yang diiktikadkan oleh ustaz-ustaz bomoh.

Pandangan anda dihargai



Tuesday, 20 October 2009

Gempar 35 sejadah berdiri di surau

Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

Wacana Ilmuan:

Sekali lagi berita ini menjadi buah mulut media di negara kita. Terkejut juga lipuatan yang dibuat oleh TV3 menunjukkan sejadah-sejadah yang dikatakan misteri.

Saya tidak tahu apakah tujuan cerita ini disebarkan. Apakah untuk mengalih pandangan masyarajat daripada sesuatu isu atau hanya sekadar untuk melariskan akhbar. Untuk menganggap perkara seperti ini misteri, maka ianya tidak termasuk dalam kotak pemikiran saya.

Bagi saya para ulamak kena buat kenyataan. Para mufti kena segera mengejutkan rakyat yang sedang hanyut dengan cerita misteri dan hantu. Pada saya , jika sekiranya dadah diharamkan kerana boleh menghilangkan akal, mempercayai kepercayaan seperti ini juga boleh menghilangkan akal. Dimanakah akal orang kampung yang percayakan keajaiban dalam perkara remeh ini?

Saya tetap menganggap kepercayaan seperti ini disebabkan oleh faktor aliran khurafat yang luas tersebar dalam masyarakat. Ada beberapa faktor mengapa khurafat tersebar dengan suburnya:
1-Media yang menayangkan cerita hantu dan tayul. Bayangkan semenjak adanya TV cerita hantu dan khurafat pun disebarkan dengan berleluasa.

2-Saki-baki ajaran agama syirik. Bila seseorang memeluk Islam, maka tidak semua jahiliah akan tercabut dalam dirinya. Untuk menjadi seorang muslim yang baik dia memerlukan ilmu, pengorbanan dan amalan. Saki-baki jahiliah itu tidak masih tidak tercabut kesemuanya dalam masyarakat kita. Ada juga yang telah tercabut disesetengah zaman tetapi kembali tertanam disebabkan kejahilan.

Keadaan ini terasa sangat bila saya masuk menemui orang asli, kita meninggalkan mereka Islam seadanya, proses menggilap keislaman mereka memerlukan usaha berterusan dari generasi ke generasi.

3-Sebab yang paling penting dan bahaya ialah sebab ketiga ini. Iaitu peranan orang-orang agama. Tidak kira orang agama tu betul-betul alim atau orang yang berpakaian agama tetapi jahil. Khurafat tersebar atas nama agama. Ini kerana ramai orang ugama yang saki-baki kepercayaan karut masih menebal. Seorang kawan ingin membuat liputan untuk menyediakan rancangan misteri TV, dia ingin menemuramah seorang yang berjawtan tersohor (saya tak dapat sebutkan disini), salannya ialah betulkah burung cenderawasih mempunyai kuasa ajaib. Jawapan 'orang alim' ni ialah : ooo saya tak dapat jawab sebab untuk mengetahuinya memerlukan ilmu yang tinggi!!!

Inilah yang saya katakan saki=baki jahiliah yang masih ada. Sebenarnya amat mudah untuk membuat keputsan terhadap soalan tersebut. Tapi, apakan daya jahiliah dan khurafat masih menguasai pemikirannya.

Kerana sudah rimas dengan tajuk seperti ini, maka saya akn memperuntukkan perbincangan mengenai alam ghaib bagi beberapa hari. Muga-muga selepas itu segala persoalannya boleh menjadi rujukan yang mudah. Insyaallah.
Pandangan anda dihargai


Monday, 19 October 2009

Artikel Minggu ini



How Accurate Are Medical TV Shows?

By Robert Isenberg
Special to MSN TV

Let's face it: We love doctor shows. And we like our doctors too, be they smart, sexy or full of sass. We can't wait to see another patient pulled open so a pair of gloved hands can massage a heart back to life. There's nothing as intense as a fresh gurney rolling through the halls -- frantic physicians fight against time.

Physicians themselves are getting passé, which is why nurses and first-responders are getting more airtime than ever. And this fall, we have three new medical series debuting in primetime, not to mention a pair of cable shows with A-list stars which debuted over the summer.

But as much as we love hospital dramas, actual healthcare professionals tend to roll their eyes at them. After all, TV producers want to explore emotion and character, but real hospital work can be very different from the Hollywood version seen on the small screen. Since "ER" has been beaten to death by doctors, we wondered how the latest series measured up. So we asked a few healthcare workers about how well these shows mimicked the real inpatient experience. Here's what they had to say:
'Trauma'/NBC

Series: "Trauma"
The gist: Paramedics in San Francisco race to rescue victims on the street.
Health care professional: Jim Holman, Administration Chief, Pittsburgh EMS Bureau Paramedics
What they got right: Many of the technical aspects are accurate: Use of endotracheal intubation, use of a special drill -- an intraosseous infusion line into the tibia. Paramedics use a "log-rolling" technique on a patient to keep the spine intact. And much of the mass casualty incident (MCI) scenes were realistic.
Want they got wrong: Keeping an accident scene safe is an emergency responder's highest priority: The fire in the MCI was a little hokey, because responders would assess the scene for hazards, such as leaking fuel. The depiction of a chest compression was terrible: At one point, the hand placement on a patient's chest looked like the Heimlich maneuver. A helicopter wouldn't be used for a woman whose only injury was a fractured arm, nor would a helicopter be used in high-density urban environments, nor would the ground crew be along for the helicopter ride. Helicopters don't just land on the roof of a building that is not a designated and licensed helipad. Meanwhile, ambulances do not drive up to trauma hospitals fast and slam on the brakes -- it's way too dangerous and there's no need. Finally, an intern who talked to a veteran paramedic in manner depicted in the premiere would be reprimanded. An intern is there to learn.
'Nurse Jackie'/Showtime...............................

Wacana Ilmuan:
Tengok TV jgn sunnguh2 sgt, kena ada skill gak

Pandangan anda dihargai


Sa'du Zarai'e

Sa'du Zarai'e

Istilah diatas bunyinya payah, sebenarnya tak lah payah sangat. Maksud Sa'du Zarai'e ialah menyekat jalan. Istilah ini digunakan oleh para ulamak Usul Fiqh. Ulamak Islam dapat memahami ada hukum yang disyariatkan oleh Allah sebenarnya bagi bertujuan mencegah daripada berlakunya satu benda lain yang lebih buruk.

Contohnya, kita dapat lihat quran mengatakan jangan kamu menghampiri zina. Allah murka kepada perbuatan zina dan Allah melarang manusia melakukan perbuatan yang membawa kepada perzinaan. Adalah tidak berhikmah sekiranya melarang zina tetapi tidak melarang perbuatan yang boleh membawa kepadanya.

Dengan hikmat dan kebijaksanaa Allah, serta sifat rahmat yang ada padanya, Allah telah mensyariatkan Islam dengan tuntutannya yang mudah. Adalah lebih mudah menjauhi zina bila perbuatan berdua-duaan dengan bukan mahram, berpakaian seksi dan menonton bahan lucah telah dijauhi. Oleh itu mengamalkan tuntutan Islam menjadi lebih mudah dan menceriakan.

Selain dari hukum zina begitulah juga dengan hukum-hukum lain seperti larangan nabi dari duduk dalam majlis dan hidangan yang menghidangkan arak, semua itu tidak lain dan tidak bukan mempunyai objektif untuk mencegah dari meminum minuman haram tersebut.

Setelah para ulamak memahami adanya unsur pencegahan dalam mensyariatkan hukum melalui nas-nas quran dan hadis, maka para ulamak cuba mengaplikasikan kaedah tersebut dalam perkara-perkara yang tidak disebut oleh Allah dalam nas.

Bilamana berdepan dengan situasi yang mana sesuatu perbuatan itu tidak buruk, tapi jika dibairkan dilakukan oleh seseorang boleh menyebabkannya jatuh dalam perkara haram. Jika situasi ini wujud maka kaedah ini mungkin akan digunakan.

Namun begitu, para ulamak berselisih pendapat bilakah kaedah ini patut digunakan dan sejauh mana ianya patut digunakan. Imam Malik menganggap sesiapa yang berzina, maka dia tidak boleh lagi mengahwini perempuan yang telah dizinainya. Hukum ini beliau pilih demi mengelakkan orang dari berzina. Dalam kes yang sama, ulamak lain tidak menggunakan kaedah itu, sebab itu Imam Syafie menganggap perkahwinan antara orang yang telah berzina adalah sah. Itulah antara sebabnya ijtihad ulamak berbeza-beza.


Sunday, 18 October 2009

Purdah: Sedikit Ulasan

Nampaknya isu purdah memang isu yang menarik minat, mengapa ya? Kalau kita lihat ada juga jamaah yang menjadikan pakaian purdah sebaga teras kepada pengamala kumpulan mereka. Kalau dulu jamaah Arqam memang 'mewajibkan' purdah. Dalam pengamalan masyarakat asia barat pun begitu juga.

ٍSebenarnya persoalan niqab ni wajib ke, sunat ke, harus ke takkan, takkan berkesudahan. Sebabnya memang tidak ada dalil qatie. Bila ulamak mentarjih, masing-masing mentarjih pendapa yang berlainan. Saya pilih pandangan yang mengatakan ianya bukan dari pensyariatan berdasarkan kejelasan hujjahnya. Antara kajian menarik ialah kitab Tahrir Mar'ah fi ahdi al Risalah, Karangan Abdul Halim Abu Syuqqah.

Dalam entry lepas ada sahabat yang mengatakan mengapa purdah sedangkan ramai orang tak akai hijab. Memang benar, tapi isu purdah pun perlu dikupas juga sebab benda penting tu bukan satu, kita takkan bila ada satu polemik,maka polemik lain tak boleh ulas langsung. Kalau kira mcm tu isu hijab pun takpayah bincag lah sebab ada orang tak masuk Islam lagi, Islam lebih penting dari hijab.

Sebenarnya yang dikatakan sesuatu isu itu tidak penting dalam beberapa keadaan:

1- Bila mencurahkan seluruh perhatian dan kekuatan kepada isu kecil, menumpukan seluruh atau kebanyakan masa untuk tujuan itu.- kita hanya bincangkan isu ini sebagai isu sampingan dan dalam ruangan sempit saja kerana percaya masih banyak isu besar.

2-Menjadikan isu kecil sebagai asas ajaran dan meninggalkan asas agama-ini yang ingin kita perbetulkan melalui perbincangan ini

3-Memincangkan isu tidak kena pada orangnya, seperti mengajak orang yang tidak solat untuk pakai niqab contohnya.- Kita percaya sahabat kita bukan dari kumplan yang tidak mengamalkan asas agama.

Pandangan anda dihargai


Friday, 16 October 2009

Purdah: Beberapa pandangan sahabat kita......

Anonymous said...........
senario lAnonymousarangan pemakain purdah di azhar mesir.tertarik ana kepada persoalan dalam shoutbox tentang larangan pemakaian purdah.keputusan ini dikeluarkan oleh badan tertinggi al-Azhar yang dianggotai oleh para ulamak azhar dan dipengerusikan oleh Sayyid muhammad Tantawi.

Larangan ini terpakai di Maahad perempuan,di kuliah2 pelajar perempuan dan di semua cawangan univ. al-azhar untuk perempuan.Larangan ini telah menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan ulamak.Ada yang menyokong ada yang menentang.di Malaysia TGNA nampaknya menyokong saranan ini kerana beberapa sebab yang telah disebut oleh TGNA dalam satu temubual dengan wartawan akhbar malysia beberapa hari yang lalu.

Asal masalahnya ialah,adakah memakai purdah itu wajib atau sunat ?Masalah ini khilaf ulama dahulu dan sekarang.setelah ana membaca pandangan beberapa ulama azhar,dapatlah ana buat kesimpulan bahawa:1) memakai purdah bukanlah wajib kerana tidak ada dalil al-quran dan sunnah qat`i yang mewajibkan pemakain purdah.manakala memakai tudung(hijab)adalah wajib.

2) muka dan tangan perempuan bukan aurat yang wajib ditutup.seorang salafi syeikh muhaddith Nasiruddin al-Albani dalam bukunya"Hijab wanita Islam" telah mengambil kesimpulan berdasarkan kajiannya terhadap dalil-dalil syara bahawa purdah adalah sunat.cuma dalam keadaan tertentu sahaja purdah menjadi wajib sekiranya muka yang terdedah boleh menjadi fitnah kepada lelaki.
fitnah dalam erti kata wajahnya terbayang-bayang tidak boleh dilupai sehingga dalam sembahyang pun teringat wahjahnya yang cantik.

3)perintah larangan ini bukan dari seorang ulamak tetapi ia adalah keputusan ramai ulamak yang menganggotai badan tertinggi azhar.Larangan ini agak munasabah kerana telah mengambil kira dari berbagai aspek samada dari sudut hukumnya atau dari sudut maslahahnya.

Dari sudut hukumnya ia bukanlah wajib syar`i, larangannya hanya tempat2 tertentu iaitu tempat belajar yang tak ada pelajar lelaki pun.dan dari sudut maslahahnya ditakuti adanya lelaki yang cuba menyelinap dengan memakai purdah berada dalam kawasan yang dikhususkan untuk perempuan.sangat-sangat bahaya.kaedah saddu zara`i diguna pakai. Syeikh azhar tak mengharamkan tetapi melarang.ada beza haram dengan larang.-nuar kenitri.

Anonymous said................

loh tak da sape kata wajib. persoalannya benda ni sunat! bkn makhruh or harus. SUNAT. kalau ada yang kata bukan sunat, takpe la larang. kata purdah ni bidaah! takpe la larang. benda sunat nak larang buat ape. pasal menyusahkan? dah lama ada peraturan kalau nak berurusan ngan pjbt buka niqab tu, dah selesai pakai balik. ok je takde masalah pun.

azhar tu sama lah ngan majlis fatwa kita, ada tekanan politik, kena ikut k'jaan mesir yang dok sibuk bodek amerika pasal hal keganasan.. so kita yang tak kena bodek ni jangan la nak ikut buta. ada baiknya pikir pasal yang ramai lagi tak pakai tudung langsung or pakai tudung macam tak pakai cth bdk2 IPT Islam kat M'sia pakai sekarng ni.

Wacana Ilmuan:

Saya rasa kita kena kaji kesan pemakaian purdah terhadap personaliti pemakainya. Disebabkan budaya pakai purdah bukan budaya Melayu dan pemakainnya pula bukan suruhan syarak (bagi saya inilah yang lebih tepat), maka tak salah kalau kita kaji, ana cadang sapa yang berminat bidang pendidikan atau psaikologi, kajilah.

Mengapa saya cadangkan begitu? Sebabnya ramai yang saya jumpa org pakai purdah yg ada masaalah dari sudut akhlak dan emosi. Mereka juga mengalami masaalah stress, dan beberapa masaalah lain. Saya rasa menarik juga kalau dikaji. Mungkin berlaku sebab orang lain tak buat tapi mereka saja yang buat.

Kalau dalam kelas, pelajar yang memakai purdah bukanlah mewakili pelajar yang popular, atau excellent. sebaliknya mewakili pelajar yang kurang baik pencapaiannya (kebanyakan yang berlaku dan pengalaman mengajar) pada lojiknya orang yang sanggup buat sesuatu yang lebih adalah orang yang lebih tabah atau ada personaliti lebih cemerlang. Mengapa keadaan sebaliknya yang berlaku? Jangan terkejut jika saya katakan saya pernah ditipu oleh dua orang kawan yang telah lama kenal dan kedua mereka berpurdah...Saya tak kata semuanya begitu tapi patut menjadi bahan kajian jika sapa-sapa berminat.

Pandangan anda dihargai



Thursday, 15 October 2009

Ustaz Produk: Fenomena membimbangkan

Bila masa pula ada nama jawatan ustaz produk? Sebenarnya gelaran ini hanya rekaan sahaja. Ini kerana akhir-akhir ini saya lihat makin ramai ustaz-ustaz yang dulunya berceramah dan terkenal dengan kupasan terhadap isu-isu agama dan kemasyarakatan, tiba-tiba bertukar menjadi duta produk kepada barangan komersial seperti makanan, barangan kosmetik dan sebagainya.

Mengapa pula saya katakan fenomena ini sesuatu yang membimbngkan? Bukankah beniaga itu sumber rezeki yang halal dan nabi sendiri masa remajanya seoang peniaga yang berjaya? Sejak bila pula para ustaz dilarang terlibat dalam perniagaan?

Saya rasa soalan-soalan itulah yang akan anda ajukan kepada saya sebaik saja membaca tajuk diatas. Tidak pelik juga mungkin soalan-soalan yang lebih kasar mungkin diajukan kepada saya oleh para ustaz produk tersebut. Maklumlah ianya melibatkan individu-individu ikon masyarakat, lebih-lebih lagi iaya melibatkan pendapatan.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut polemik ini, ingin saya katakan ada beberapa perkara yang perlu kita sepakat terlebih dahulu. Pertama: Isu yang akan saya ulas ini bukannya isu yang ada dalam ayat quran atau hadis secara jelas dan terang melarangnya, apa yang ada hanya kupasan dan pandangan dalam perkara yang tidak dijelaskan secara qatie oleh nas. Ianya satu medan perbincangan, dimana pandangan dan pendapat boleh diterima dan ditolak.

Kedua: Perkar yang kita kena sepakati dan sememangnya telah kita sepakati ialah golongan agama bukannya manusia yang maksum dan terpelihara dari kesilapan dan kesalahan. Menegur ustaz, ulamak atau mana-mana tuan guru, bukanlah satu perkara biadab atau menentang agama yang seringkali dimomokkan dengan balasan bala segera atau musibah yang akan menimpa sesiapa yang melakukannya. Bahkan nasihat-menasihati secara harmoni adalah satu tuntutan agama dan kerja mulia yang mesti dibuyakan oleh kita semua insyaallah. Bersambung.....
Pandangan anda dihargai


Wednesday, 14 October 2009

Rancang Sebelum Cuti

Pelajar di beberapa buah universiti berada di penghujung semester. Masing-masing sibuk bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan akhir. Hari ini saya tidak berminat menyentuh tentang peperiksaan tersebut.

Pada saya isu peperiksaan adalah rutin kehidupan pelajar, apa yang saya ingin sentuh sedikit pada hari ini ialah perancangan semasa cuti nanti. Antara perkara menarik yang boleh memberi faedah kepada para pelajar ialah menggunakan separuh daripada cuti panjang mereka untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan.


Semangat ini masih terlalu kurang dalam masyarakat pelajar ipt. Sedangkan melakukan kerja sukarelan akan membantu pelajar mencari pelajaran sebenar dalam kehidupan selepas belajar. Mereka akan dapat pengalaman dan terjun dalam dunia kehidupan sebenar.

Pendek kata melakukan kerja sukarela nampaknya saja merupakan sumbangan kepada orang lain, sebenarnya pelajar lebih banyak menyumbang kepada diri sendiri dengan meningkatkan daya jati diri, kepimpinan dan pengalaman.

Bagi pelajar yang berminat untuk tinggal beberapa minggu (boleh dibincangkan) bersama orang asli, untuk mengajar mereka tentang Islam, saya boleh menunjukkan anda kepada beberapa pertubuhan yang amat memerlukan sukarelawan yang mahu menyumbangkan tenaga mereka, mudahan tenaga yang dicurahkan merupakan amal jariah yang menjana pahala berterusan dan keredaan Allah.

Pandangan anda dihargai



Friday, 9 October 2009

Soalan:

Salam Ustaz. Apa pandangan ustaz sesorang yang ingin faqih dalam sesuatu ilmu agama khususnya bidang fiqh amat penting menghafal al Quran. Jika di lihat ulama2 mereka menghafal Quran. Benarkah penguasaan sesuatu ilmu tak lengkap dicapai jika tidak menghafal Quran. Syukran

Jawapan:

Sebenarnya perkataan menghafal merupakan terjemahan kepada perkataan hifzu dalam bahasa Arab. Namun demikian hifzu dalam bahasa Arab maknanya lebih luas. Hifzu bermaksud menjaga supaya tidak hilang samada dengan cara mengingat atau menulisnya.

Diawal Islam cara paling mudah menjaga quran dari hilang ialah dengan menghafalnya dengan ingatan. Alat tulis amat terhad dan kemahiran itu juga tidak tersebar. Tambahan pula orang Arab telah disediakan oleh Allah untuk itu. Mereka mempunyai daya ingatan yang kuat. Dalam masa yang sama mereka juga menulis pada alat-alat yang amat primitif.

Penjagaan terhadap quran bertujuan untuk:

1-Menjaganya dari hilang
2-Menjaganya dari penyelewengan
3-Rujukan

Pada hari ini tuntutan mengingat semakin berkurangan kerana quran telah banyak tersimpan samada secara biasa atau digital. Oleh itu para sarjana boleh membuat rujukan dengan mudah. Oleh itu tidak hairanlah bila ditanya apa hukum menghafal quran? Bin Baz Mufti Arab Saudi yang lalu telah berkata, hukumnya sunat.

Jika yang dimaksudkan menghafal ialah memelihara quran daripada hilang dan diselewengkn sudah tentu ianya wajib. Para ulamak Islam tidak meletakkan syarat menghafal quran sebagai syarat ijtihad. Namun demikian orang yang menghafal lebih cepat untuk mendapatkannya ketika memerlukannya. Bagi yang mengatakan penguasaan ilmu tidak lengkap tanpa menghafal quran maka kurang tepat, menghafal quran bukanlah tanda seseorang menguasai sesuatu ilmu.

Di Malaysia hari ini ramai orang yang menghafal quran tetapi imunya amat daif sekali. Dalam banyak keadaan mereka bercakap tentang agama sedangkan ilmu agama mereka sangat lemah. Saya tidak mengatakan menghafal quran tidak perlu, tetapi ianya bukan syarat penting dan penilaian terhadap penguasaan ilmu.

Terlanjur berbincang tentang hafal quran ni, mhu juga saya sebutkan juga ada sesetengah masyarakat yang mahu supaya quran dihafal oleh golongan profesional seperti doktor, akauntan dan lain-lain. Mereka masukkan silibus hafal quran dalam pelajaran golongan ini.

Melalui pemerhatian saya, tindakan ini ada gunanya tapi tidak banyak. Ini kerana sebahagian besar pelajar yang menghafal itu tidak dapat mengekalkan hafalan mereka khususnya bila mereka keluar belajar ke tempat lain. Ini kerana menghafal quran amat berkait rapat dengan keinginan individu. Seseorang murid boleh menghafal masa belajar, tapi lupa balik sebaik sahaja cuti sekolah jika dia tidak minat.

Adalah lebih tepat bagi saya mengajarkan kepada mereka kefahaman agama yang sangat mereka perlukan dalam kehidupan. Adapun menghafal quran maka serahkan ianya kepada orang yang menceburi bidang tersebut secara khusus atau kita namakan mereka hafiz.

Mintak maaf banyak jika saya katakan bahawa melalui pengalaman saya, saya dapati ramai orang yang menghafal quran tetapi penguasaan ilmunya amat lemah. Ini amat memudaratkan kerana orang yang bergelar hafiz di anggap alim oleh masyarakat kita, saya amat mencadangkan pusat-pusat tahfiz spaya membaiki sistem pendidikan mereka supaya mampu melahirkan hafisz alim bukan hafis jahil.







Soal Jawab Agama

Soalan:

Salam. Soalan yang ingin saya ajukan berkaitan dengan fekah kontemporari adakah berbeza dengan fatwa kontemporari?


Fatwa ialah penerangan terhadap sesuatu soalan yang diajukan kepada seseorang sarjana , samada soalan itu telah berlaku atau belum berlaku. Orang yang bertanya pula dinamakan mustafti. Orang yang ditanya iaitu seseorang sarjana yang menjawab soalan itu dinamakan mufti. Kalau saya jawab soalan anta, maka saya mufti pada makna bahasanya lah.

Adapun fekah ialah satu subjek yang menerangkan sesuatu perkara berkaitan hukum amali, ianya dipanggil hukum fekah. Adapun makna fekah pada asalnya bermaksud kefahaman. Kitab fekah bab solat misalnya, menerangkan tentang solat bukan jawapan kepadasesuatu soalan yang diajukan kepada penulis.

Dari sudut perundangan pula, fatwa berbeza dengan qada'. Pada permulaannya fatwa bermaksud jawapan seseorang sarjana terhadap soalan yang diajukan kepadanya, dalam keadaan dia tidak mempunyai kuasa perundangan.

Sementara qada' pula bermaksud sesuatu keputusan sarjana yang memutuskan sesuatu permasaalahan dalam keadaan beliau mempunyai kuasa perundangan. Orang itu dinamakan hakim pada ketika ini.

Sebab itulah kita dapati banyak kitab fatwa dikarang semenjak zaman dahulu, apabila istilah mufti telah menjadi satu jawatan ulamak yang menjadi rujukan kerajaan dan mempunyai kuasa perundangan maka, timbullah persoalan bolehkah orang selain mufti untuk mengeluarkan fatwa.

Maka jika kita katakan fatwa itu ialah sekadar jawapan terhadap persoalan orang yang bertanya dan tidak mempunyai kuasa perundangan maka jawapannya ialah boleh, sekiranya maksud mufti disitu ialah mengupas hukum dengan mempunyai kuasa perundangan maka sudah tentu tidak boleh kerana kuasa pentadbiran merupakan hak pemerintah dan orang yang dilantik oleh pemerintah.

Bagi menyelesaikan krisis ini saya berpendapat orang Islam dan para sarjana Islam sendiri mesti sedar, jika sekiranya sesuatu persoalan melibatkan hukum yang bersifat pentadbiran maka sarjana yang tidak mempunyai kuasa boleh mengupas tetapi hanya sebagai sumbangan idea sahaja. namun demikian dalam perkara yang tidak melibatkan persoalan pentadbiran maka pandangan sarjana lain boleh dikira sebagai satu pendapat yang boleh diamalkan oleh masyarakat. Pendapat ini saya rasakan lebih sesuai demi menyemarakkan budaya ilmu yang memerlukan garapan dari para sarjana dengan tidak menghadkan kepada beberapa individu sahaja.


Pandangan anda dihargai



Wednesday, 7 October 2009

Jadilah seperti pokok,
mereka melemparkan kamu dengan batu,
kamu melemparkan mereka dengan buah
`Hasan al Banna'


Malaysia tetap bantu

  • Malaysia akan terus menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia meskipun ada segelintir rakyat republik itu mempunyai pandangan negatif terhadap negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Malaysia menafikan dan tidak sesekali tergamak memberi makanan yang telah luput tarikh kepada mangsa gempa bumi di Padang.
  • Sekumpulan orang dilaporkan telah bertindak merampas bantuan dari negara luar untuk diberikan kepada mangsa-mangsa gempa di Padang Pariaman, Padang.
  • Pusat Rawatan Kemanusiaan Malaysia di tengah bandar Padang, Indonesia sentiasa menjadi tumpuan masyarakat setempat.


  • Wacana Ilmuan:
    Perangilah nafsu dan syaitan, jangan teragak-agak untuk menghulurkan bantuan

    Pandangan anda dihargai


    Tuesday, 6 October 2009

    Senna Plus Capsul 400mg can be harmful to health

    2009/10/06

    KUALA LUMPUR, Tues: The public has been advised not to buy and use a traditional product called Senna Plus Capsule 400mg as it can endanger health.

    The Health Ministry's Pharmaceutical Services' senior director, Eisah A.Rahman, said the product contains the scheduled poison Sibutramine and is not allowed for medicines classified as traditional medicines.

    "Registration of the product has been cancelled by the Drug Control Authority at its 219th meeting on Aug 27," she said in a statement here today.

    The registration for the product is held by Winson Health Product Marketing and the manufacturer is TST Packaging Sdn Bhd.


    Eisah said consumers should not use traditional products that contain Sibutramine as its can cause serious health effects like high blood prerssure and other cardiovascular complications if not properly monitored.

    She said there were several products that were registered with the Drug Control Authority which contained Sibutramine and all of them had undergone evaluation to ensure they were safe, effective and quality products.

    "Medicine that has Sibutramine can only be supplied by doctors or be bought at pharmacies with a doctor's prescription," she said.

    Eisah advised anyone who had stock of Senna Plus Capsule 400mg to cease it's sale, distribution and use immediately.

    She also reminded sellers that possession for its sale was against the Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984.

    Individuals who committed an offence under the regulation can be fined up to RM25,000 or three years' jail or both for subsequent offence.

    Companies that commit the offence can be fined up to RM50,000 for the first offence and fined up to RM100,000 for subsequent offence, she said. -- BERNAMA Pandangan anda dihargai


    Monday, 5 October 2009



    Suami isteri dera anak sampai mati

    GOMBAK - Polis memburu pasangan suami isteri warga Indonesia yang menghilangkan diri selepas disyaki mendera bayi lelaki mereka yang baru berusia dua bulan sehingga mati di Jalan 2/10 Taman Garing Utama, Rawang dekat sini Jumaat lalu.

    Bayi malang tersebut, Muhamad Iman Mohd. Sonel meninggal dunia pada pukul 3.25 petang Jumaat lalu selepas mengalami pendarahan serius di kepala akibat dipercayai dihentak dengan kuat selain ada kesan lebam pada matanya.

    Pandangan anda dihargai


    Saturday, 3 October 2009


    Jawapan Al-Hadharah terhadap beberapa komen saya dalam keluarannya yang lepas:

    BULETIN الحضارة~*BIL:68/Syawal 1430

    AL - HADHARAH

    Haruskah Politik Yang Meruntuhkan `Originality` Islam ?

    Subhanallah! Maha suci Allah swt yang telah menurunkan Agama Islam. Sabda Nabi bermaksud `Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi darinya` Rawahul Bukhori. Selawat dan salam penghormatan kita berikan kepada Nabi serta Rasul, Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat Baginda yang dimuliakan semuanya insyaAllah.

    Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan kepada semua khalayak pembaca sekelian bahawa bicara kali ini, saya fikirkan perlu untuk kita kembali membincangkan perkara atau topik yang saya timbulkan dalam

    Your browser may not support display of this image. buletin-buletin yang lepas terutamanya Bil 64 & 65 kerana apa yang saya dapati telah menjadi perbincangan beberapa orang individu yang tidak boleh saya nak `ignore` begitu sahaja terutama dalam blog Kedah Lanie dan blog seorang saudara kita dari Bangi.

    Perlu diperjelaskan di sini, bukanlah niat perbincangan kali ini ataupun sebelum ini, malah insyaAllah yang akan datang untuk menabalkan sesiapa pun pemenangnya, yang kita akan angkatnya sebagai jagoan. Jika pun perlu untuk diangkat atau ditabalkan sebagai jagoan ialah pemikiran ummah itu sendiri yang perlu sedar bahawa merekalah paling berkuasa (selain Allah swt ) di bumi ini bukan `pemikiran rakyat` untuk menentukan untung nasib ummah sendiri. Pemikiran ummah yang bebas dari segala rangkaian belenggu tirani, thoghut, taasub, ulama` ussu` cari makan, jumud, jahil, jahat, berkepentingan yang bukan kepentingan ummah dan lain-lain lagi. Sebagaimana di dalam hadith yang bermaksud: “Dibawa ilmu ini (agama) dari setiap generasi (ke generasi lain) oleh golongan yang adil (pertengahan), mereka menyekatnya dari penyelewengan golongan pelampau, ciplakkan golongan pendusta dan tafsiran golongan jahil”

    Dr Yusuf al-Qardhawi Buku Kebangunan Islam Di Antara Tentangan & Extremisme

    Pertama, merujuk kepada saudara kita, difahamkan seorang pensyarah serta beberapa orang blogers yang memberi komentar dalam Kedah Lanie, meminta saya yang bukan ulama` supaya tidak terus mengupas persoalan-persoalan besar dalam agama seperti Negara Islam, kepimpinan Islam, Harakah Islam dan perjuangan Islam itu sendiri. Seterusnya ada yang menyatakan saya cuba menyuburkan kembali budaya mengkufurkan saudara sesama Islam (Nauzubillah..memang berat telahan yang telah disandarkan kepada tulisan-tulisan saya). Malah ada pula yang mungkin berfikiran sekular Artatuk mengisytiharkan `perang` dengan orang-orang yang seperti saya.

    Walau apapun telahan mereka.. rakan, musuh atau saudara ummah sendiri, saya terpaksa menghadapinya jua kerana bukan kemampuan saya untuk mengubah `hati-perut` seseorang. Sebagai seorang individu ummah yang insyaAllah berpegang dengan tunjuk ajar Nabi saw dan generasi awalan, walaupun saya memang bukan dari kalangan ulama` tetapi saya berkeyakinan berdasarkan pengetahuan saya yang serba sikit, tidak pernah ada larangan untuk setiap ummat dari berfikir dan berbincang dari yang sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besar perkara di dalam ajaran Islam.Yang adanya ialah tuntutlah ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad, berguru dan bertanyalah kepada yang lebih tahu. Kerana Islam itu hak ummah dan untuk menjaga kepentingan ummah, maka ummat Islamlah yang lebih berhak untuk `memungut` kembali barangan (ilmu) yang telah hilang darinya selama ini, di mana saja ummah menjumpainya.

    Bagi saya kebenaran mutlak itu hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Tetapi bagi kita sebagai makhluk belajar, berfikir, berbincang, pembacaan, tulisan dan sebagainya adalah jalan-jalan untuk mendekatinya dengan izin Allah. Seorang Arab Badwi bebas memberikan pandangannya kepada Rasul saw, seorang individu ummah marhean pernah menghunuskan pedangnya di depan Khalifah Umar sebagai amaran kepada penjaga amanah. Kebebasan bersuara ummah dengan kepimpinan ummah (pemimpin) satu hal yang berlainan tetapi ada kaitan jangan terkeliru. Kebebasan bersuara ummah tidak boleh disekat atau disakat maupun untuk disekeh, ianya perlu disuburkan. Baru ummah sentiasa terjurus untuk menjadi lebih cerdik dan matang bagi memilih pemimpin-pemimpin dikalangan mereka. Pada ketika itu, bila orang-orang yang matang dan cerdik-cerdik belaka memilih tentulah yang `tip-top` menjadi pilihan mereka. Sebab itu sampai bila pun demokrasi tak akan sama 100% dengan ajaran Islam. Mereka mengeksploitasi suara orang ramai yang lemah dan kurang cerdik bukan nak bagi orang ramai sentiasa cerdik.

    Fahaman yang membeza-bezakan atau mengujudkan kasta-kasta atau protokol-protokol tertentu bagi menyekat manusia berfikir serta berbincang perihal agama untuk kepentingan manusia sejagat hanya ada dalam ajaran jahiliyyah seperti Kristian, Hindu dan segala ajaran kufur. Mereka cuba menyekat kerana mereka takut manusia tidak akan menyembah dan menafikan `ketuhanan` atau kekuasaan mereka di atas bumi ini. Mereka takut dan cemas jika manusia beriman hanya kepada Allah swt sahaja tanpa sekutu-sekutu lagi. Segala sistem yang mereka pertahan dan sayang itu tidak akan terpakai akhirnya..

    Seterusnya kepada mereka yang mempertahankan juga sistem demokrasi yang berjalan di Malaysia dan beranggapan perjuangan politik mereka untuk menguasai parlimen boleh merealisasikan cita-cita mengujudkan Negara Islam walaupun bercanggah dengan sunnah yang Nabi saw tunjukkan iaitu menolak tawaran menguasai parlimen Mekah (Darun Nadwah) tetapi berusaha dan membangunkan Daulah Islam Madinah dengan usaha serta titik peluh keimanan dan keyakinan ummah sendiri. Golongan yang masih menganut fahaman ini bagi saya, sebenarnya begitu lama `tertidur`.. kemudian apabila terjaga lalu bingkas bangun dan mendapati kuasa pemerintahan ummat Islam telah hilang dari tangan ummah.

    Ummah secara keseluruhannya seperti `kerasukan` atau tidak sedarkan diri bagaikan orang mabuk, dengan budaya asing atau pengaruh barat dan kebendaan terlebih dahulu lagi (sebelum kehilangan), dalam keadaan yang begitulah sebenarnya mereka `kehilangan` kuasa politik tersebut. Keadaan ini menjadikan mereka terpinga-pinga dalam separa sedar, mereka menyangka bahawa langkah pertama mereka mestilah mendapatkan kuasa politik itu kembali. Sebenarnya ummah harus menyedari kuasa politik yang hilang itu bukan yang pertama, bukan yang pertama tetapi yang terakhir sekali hilang atau terlepas ke pihak musuh!

    Jadi untuk ummah seluruhnya mendapatkan kembali semuanya itu perlulah kita mulai dari titik atau garis permulaan kita yang sebenarnya. Sebagaimana semua permulaan seruan para Nabi dan Rasul kepada ummat mereka dahulu. Seruan mentauhidkan Allah swt, membina kembali kekuatan ukhuwah dan semua asas-asas kehidupan ummah. Sebab itu ulama`-ulama` terdahulu yang sedar mereka enggan menghimpunkan angka-angka `0` jika banyak mana sekalipun didarabkan `0` = 0 hakikatnya. Buletin al-Hadharah Bil 11

    Golongan ini masih percaya untuk mengembalikan semua kehebatan serta kegemilangan Islam yang telah sirna itu dengan mengambil terlebih dahulu politik atau pemerintahan ummat ke tangan mereka sedangkan kuasa pemerintahan Khilafah Othmaniyyah yang hilang di awal kurun ini adalah yang terakhir sekali jatuh dan terlepas. Kekuasaan Islam yang terlepas atau jatuh tersebut bukan seperti benda atau barangan yang boleh kita pungut semula begitu sahaja kerana untuk mengembalikan semula kekuasaannya itu perlulah mengikut peraturan fitrahnya kembali `back to the starting point`.Lihat kembali, susun semula bagaimana Nabi saw, generasi awalan asaskan perjuangan sehingga dinikmati ummat beribu tahun lamanya. Barulah ketentuan Allah swt mengkehendaki Khilafah Othmaniyyah itu jatuh sebagai pengajaran dan iktibar bagi ummat.

    Maaf atas keterbatasan ruang dan insyaAllah saya akan sambung semula perbincangan ini pada keluaran seterusnya. Dari Ibnu Ramadhan. ``qulil haq walau kana murron``

    -katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

    Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 8A, Kg Permatang Saga, Pinang Tunggal 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/


    WACANA ILMUAN:

    Saya rasa tak ada apa yang perlu saya jawab kerana telah saya sentuh dalam ulasan saya yang lepas, point sama saja. Saudara kita masih menggunakan terma yang sama, sapa yang berminat lihat dalam komen-komen saya yang lepas
    Pandangan anda dihargai


    Friday, 2 October 2009

    Hasrat Shahruddin tanding bebas
    tidak tercapai...

    Malaysiakini
    3 Oktober 2009

    Hasrat Shahruddin Abdul Hamid untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, hari ini tidak kesampaian.

    Beliau memasuki pusat penamaan calon di pejabat perbandaran Port Dickson untuk menyerahkan pencalonannya.

    Bagaimanapun, tidak lama kemudian, beliau keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang. Semasa meninggalkan dewan itu, Shahruddin memberitahu pemberita yang beliau sedang mencari seorang penyokong dari kawasan DUN itu untuk menyokong pencalonannya.

    Shahruddin tidak muncul lagi selepas itu.


    Wacana Ilmuan:

    Ada juga dalam dunia ni orang macam ni, eh eh eh...

    Pandangan anda dihargai






    Handsome Boy


    Siapakah yang kacak bergaya di atas? Haa...inilah sebenarnya datuk kepada Darwin. Darwin menganggap manusia berasal daripada beruk. Sudah ramai sarjana yang menolak teori ini. Apa yang menariknya ialah satu penemuan baru.

    Aljazeera telah menyiarkan satu berita penemuan rangka manusia yang hidup 4,400,000 (4 juta 400 ribu tahun) yang lampau. Perjumpaan ini adalah hasil penyelidikan dari dua buah universiti , Kent State dan Univ California.

    Jika penemuan ini benar, ia menunjukkan bahawa umur manusia ini lebih lama dari apa yang di gambarkan sebelum ini. Adapun teori Darwin tu tak kesah sangat kerana ianya bertentangan dengan nas alquran.

    Quran menerangkan manusia dari Adam dan Adam berasal dari tanah. Adapun sesetengah orang yang ingin menyesuaikan teori Darwin dengan quran, lalu mengtakan bahawa manusia menjadi beruk dan menjadi manusia kembali, maka kita katakan kepada mereka bahawa kita tidak perlu bersusah payah mentakwilkan teori itu kerana ianya tiada sebarang sokongan ilmiah, itulah pemahaman alquran yang dianggap takkaluf iaitu memberat-beratkan kefahaman dalam perkara yang tidak disuruh.

    Namun demikian di tengah-tengah semangat umat Islam menolak teori evolusi Darwin, maka mereka menolak juga teori evolusi yang berlaku kepada pokok dan haiwan lain. Mereka juga mengaitkan evolusi itu dengan pertentangan terhadap akidah Islam.

    Sebenarnya teori evolusi pada haiwan dan tumbuhan tidak bertentangan dengan akidah Islam. Ini kerana nas quran dan hadis hanya menyebut asal usul kejadian manusia daripada Adam, adapun jika ada teori yang mengatakan zirafah bertengkuk pendek atau dahulunya adalah kuda dan kemudiannya tengkuknya menjadi semakin panjang sedikit demi sedikit kerana perubahan persekitaran, maka kepercayaan itu tidak sedikit pun menjejaskan akidah dan tidak bertentangan dengan Islam. Ini kerana perbincangan tidak termasuk dalam perkara agama dan tidak bertentangan dengan nas quran dan hadis. Persoalan apakah ianya benar atau salah dari sudut kajian kemanusiaan tidak boleh disamakan dengan sesuatu yang bertentangan dengan quran dan sunnah.
    Akibat dari sebahagian sarjana kurang cermat dalam mengupas persoalan seperti ini, mereka telah meletakkan teori atau persoalan yang bukan berbentuk keagamaan sebagai persoalan agama yang tidak boleh dipertikaikan. Jika sifat ini tidak diubah maka umat Islam akan mengalami fenomena penguasaan golongan agama yang cuba menguasai penyelidikan dan memonopoli perkembangan pemikiran manusia.
    Tindakan Harun Yahya yang menolak teori evolusi yang berlaku kepada binatang dan mengaitkannya dengan akidah Islam adalah sesuatu yang perlu diperbetulkan. Anda boleh menolak teori itu tapi untuk mengatakannya bertentangan dengan akidah maka ianya sesuatu yang tersasar. Sudah tentu sifat ini akan memudaratkan umat Islam dan akan membawa mereka kearah kemunduran yang di benci oleh agama suci ini.

    Pandangan anda dihargai