Monday, 30 November 2009

Pelaburan Ikan Keli (1)

Soalan: Apa hukum melabur dalam syarikat AZZ Marketing yang bergiat dalam pemeliharaan ikan keli?

Wac ana Ilmuan:
Sebenarnya masa balik cuti raya baru ni saya sempat melawat sendiri tempat operasi syarikat ini di Bunut Susu, Kelantan. Nampaknya syarikat ini pun giat menjalankan promosi melalui radio Kelantan. Masyarakat umum pun sibuk berbincang, apa hukum melabur disana? Nampaknya amat mengguntungkan. Sekali labur terus dapat sampai bila-bila.

Sebelum saya mengulas tentang hukum melabur dalam program yang ditawarkan, ada baiknya kita mengenali sedikit sebanyak tentang syarikat ini. Anda digalakkan melayari web syarikat ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat sebelum kita menganalisis hukum pelaburan yang ditawarkan. Dibawah ini dimuatkan sebahagian daripada maklumat tentang syarikat dan pekej yang ditawarkan.




KATALOG PEMILIK

ANJURAN : AZZ MARKETING (KT0237581- M)

(PEMBORONG IKAN AIR TAWAR & IKAN LAUT,MAKANAN IKAN, BENIH IKAN,IKAN PROSES,BARANGAN RUNCIT,MEDIUM PELIHARAAN, MAKANAN DAN MINUMAN)

TEMPAT TERNAKAN : LOT 765 KG. KIAT,BUNUT SUSU,17020 PASIR MAS

& KG. BANGGOL PETALING,PASIR MAS KELANTAN.(JLN R.PANJANG LAMA).

PAKEJ YANG DITAWARKAN:

(A) PAKEJ 1 : MODAL RM1350, KUANTITI IKAN DIPELIHARA 2500 EKOR

(KEUNTUNGAN BERSIH ANDA AKAN PEROLEH SETIAP 4 BULAN = RM500)

(B) PAKEJ MEWAH : MODAL RM2650, KUANTITI IKAN DIPELIHARA 5000 EKOR

(KEUNTUNGAN BERSIH ANDA AKAN PEROLEH SETIAP 4 BULAN = RM1,000)

(C) PAKEJ PREMIUM : MODAL RM13,050, KUANTITI IKAN DIPELIHARA 25,000 EKOR

(KEUNTUNGAN BERSIH ANDA AKAN PEROLEH SETIAP 4 BULAN = RM5,000)

* MODAL ADALAH TERMASUK KOS BENIH IKAN, DEDAK UNTUK SEKALI HASIL, MEDIUM PELIHARAAN, JARING,& SANGKAR.

SEKIRANYA BERMINAT SILA HUBUNGI : 019-9747787 / 019-9916182 / www.azz4u.com


Sunday, 29 November 2009

Ulasan Artikel

Tauhid tiga serangkai disyariat dalam Islam?

Utusan Malaysia 30/11/09

MINGGU ini kita menyambung kembali persoalan tauhid tiga serangkai yang telah pun diberikan lontaran awal pada dua minggu lepas. Sebelum soalan pertama dilontarkan mengenai tauhid tiga serangkai atau tauhid tiga bahagian yang diformulasikan atau direka oleh Ibnu Taimiyyah ini,

sebaiknya kita melihat dahulu secara ringkas definisi yang diberikan kepada ketiga-tiga tauhid ini.

Tauhid rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatan-Nya serta dalam memberikan suatu kesan.

Manakala tauhid uluhiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah dalam hal peribadatan tanpa mengambil seorang manusia pun bersama Allah sebagai sembahan.

Tauhid Asma' dan Sifat pula didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada apa yang dinamakan dan disifatkan dengan diri-Nya, sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-Nya atau yang didapati daripada lidah nabi-Nya yang telah menetapkan dengan apa yang telah ditetapkan bagi diri-Nya.

Dalam membincangkan pembahagian ini, maka perkara utama yang perlu dipersoalkan dan bincangkan ialah adakah pembahagian ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Adakah pembahagian ini merupakan perkara yang disyariatkan ataupun perkara baru yang dicipta (bidaah)?

Persoalan ini, mengandungi beberapa jawapan:

Jawapan Pertama

Ibnu Taimiyyah yang merupakan pereka pembahagian tauhid ini mendakwa dirinya bermazhab Hanbali.

Namun Imam Ahmad ibnu Hanbal r.a. sendiri, yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bidaah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan tauhid asma' dan sifat.

Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah, tidak dikira makrifatnya tentang tauhid rububiah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin.

Sesungguhnya akidah Imam Ahmad ibn Hanbal r.a telah disusun di dalam kitab-kitab karangan pengikutnya. Misalnya, di dalam kitab biografinya yang ditulis oleh Ibnu Jauzi dan lain-lainnya, tidak terdapat langsung pembahagian tauhid rekaan ini. Maka dari manakah Ibnu Taimiyyah mengambil tauhid ini?

Jawapan Kedua

Tidak berkata walau seorang daripada Sahabat-sahabat Nabi r.a: "Sesungguhnya tauhid itu ialah tauhid rububiah dan tauhid uluhiah, dan sekiranya seseorang tidak mengetahui tentang tauhid uluhiah, maka tidak dikira makrifahnya tentang tauhid rububiyyah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin".

Justeru, saya mencabar kepada setiap orang yang mempunyai ilmu yang mendalam, supaya menaqalkan kepada kami pembahagian yang diada-adakan ini daripada sahabat-sahabat Nabi r.a, sekalipun dengan mengemukakan satu riwayat yang lemah.

Jawapan Ketiga

Tidak terdapat dalam sunnah Nabi SAW yang luas dan menjadi penjelas kepada kitab Allah, sama ada dalam kitab-kitab hadis sahih, sunan-sunan, musnad-musnad dan mu'jam-mu'jam yang menyebut bahawa Nabi SAW pernah bersabda dan mengajar sahabat-sahabatnya, bahawa tauhid itu terbahagi kepada tauhid uluhiah dan juga rububiah yang telah diketahui oleh orang musyrik.

Sekiranya berkumpul jin dan manusia bersama-sama mereka untuk menetapkan bahawa pembahagian ini adalah datang daripada Nabi SAW dengan isnadnya, sekalipun dengan isnad yang lemah, nescaya mereka tidak akan mampu untuk mendatangkannya walaupun dengan satu jalan.

Jawapan Keempat

Telah tercatat dalam sunnah yang banyak, bahawa dalam dakwah Rasulullah SAW mengajak manusia kepada Allah, Baginda SAW menyeru mereka ke arah penyaksian kalimah syahadah: Tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baginda SAW juga mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala.

Di antara hadis yang paling masyhur menyebut tentang perkara ini ialah hadis Muaz ibnu Jabal r.a. Ketika beliau diutuskan oleh Nabi SAW ke Yaman, Baginda SAW bersabda kepadanya: Serulah mereka kepada penyaksian "Bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah". Sekiranya mereka mentaatinya, maka hendaklah kamu khabarkan kepada mereka bahawa diwajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. (riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya)

Diriwayatkan oleh pengarang kitab Sunan dan Ibnu Hibban, bahawa seorang Arab Badawi memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia telah melihat anak bulan. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan supaya berpuasa dan Baginda SAW tidak menyoalnya melainkan tentang pengakuannya terhadap kalimah syahadah. (diriwayatkan oleh Abu Daud, al Nasaei, al Tirmizi dan lain-lain)

Sekiranya tauhid itu terbahagi kepada tiga bahagian sebagaimana yang mereka perkatakan, maka sudah tentulah Nabi SAW menyeru sekelian manusia kepada tauhid uluhiah yang tidak mereka ketahui dan bukannya tauhid rububiah kerana mereka telah mengetahuinya.

Demikian juga, perlulah Baginda SAW bersabda kepada Muaz r.a, "Serulah mereka kepada tauhid uluhiah," dan Baginda SAW bertanya terlebih dahulu kepada orang Arab Badawi yang melihat anak bulan Ramadan, "Adakah kamu mengetahui tentang tauhid uluhiah dan perbezaan di antara tauhid ini dengan tauhid rububiah, dan adakah kamu mengetahui tauhid asma' dan sifat?"

Jawapan Kelima

Di dalam kitab Allah yang ternyata tidak dicemari dengan kebatilan, tidak membezakan di antara tauhid uluhiah dan tauhid rububiah.

Begitu juga tidak dikatakan kepada mereka: Sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah tidak dikira imannya, bahkan dia adalah lebih kafir daripada Firaun dan Haman. Tetapi Allah SWT memerintahkan dengan kalimah tauhid secara mutlak sebagaimana firman Allah SWT kepada Nabi-Nya dalam surah Muhammad ayat 19: Ketahuilah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Begitu jugalah dengan keseluruhan ayat tauhid yang disebut di dalam al-Quran.

Sekiranya kamu kehendaki, maka bacalah surah al-Ikhlas yang menyamai sepertiga al-Quran. Adakah kamu mendapati di dalamnya ayat yang membezakan di antara uluhiah dan rububiah sebagaimana yang mereka sangkakan?

Jawapan Keenam

Melalui pembahagian yang direka ini, memberi kefahaman kepada kita, seolah-olah Allah masih belum lagi menyempurnakan agama-Nya. Kemudian, datang seseorang yang kononnya untuk menyempurnakan agama Allah yang masih lagi mempunyai kekurangan dan menjelaskan tentang tauhid dan pembahagiannya kepada manusia pada kurun ke-7 Hijrah.

Pada kurun ini, lahirnya pembahagian tauhid uluhiah, rububiah, asma' dan sifat yang dicetuskan oleh Ibnu Taimiyyah (661- 724 H). Seolah-olah semua umat tidak mengetahui tentang apa yang diperkenalkan oleh pemuka-pemuka pembahagian tauhid rekaan ini.

Selepas kita mengetahui jawapan daripada soalan pertama ini, yakinlah kita dengan sempurna bahawa tauhid ini tidak mempunyai sumber yang sah daripada al-Quran dan hadis.

Ia menunjukkan bahawa pembahagian ini hanyalah rekaan semata-mata. Persoalan kedua akan dikemukakan pada minggu hadapan, insya-Allah.

Wacana Ilmuan:

Sebenarnya saya muatkan artikel di atas untuk memberikan contoh bagi artikel yang tidak ilmiah. Ada beberapa sebab yang dapat dilihat menunjukkan artikel diatas tidak ilmiah:

1-Tidak berdasarkan kaedah pengistibatan yang betul.

Dengan hanya mendakwa konsep itu tidak ada dalam alquran dan sunnah, konsep itu terus didakwa tidak tepat, sedangkan tidak semua perkara yang berbentuk ijtihadi mesti ada dalam quran dan sunnah secara terperinci.

Konsep yang dianggap betul dan memenuhi tuntutan Islam ialah konsep 20, sedangkan konsep sifat 20 juga tidak disebut secara tepat dalam alquran dan sunnah. Bila ada orang yang bertentangan dengan pendapat kita maka kita akan kata ianya tidak ada dalam sunnah, sedangkan pendapat kita sediripun tidak ada dalam nas secara jelas. Tindakan sedemikian perlu kita jauhi kerana lebih bersifat provokasi sahaja.

2-Menyorok pendapat yang menyokong

Salah satu ciri artikel yang tidak baik ialah bila penulis hanya menyebut pandangan ulamak yang menyokong pendapat penulis, mencari-cari pula pandangan tokoh yang menghentam pihak yang ditolak pendapatnya.

Apabila tidak ada langsung pandangan ulamak yang menyokong pihak yang ditolak maka pembaca menyangka perkara itu menjadi kesepakatan para ulamak. Sebaiknya penulis perlu menyebut bahawa ada ulamak yang tidak menyokong beliau. Contohnya dalam artikel diatas, penulis sepatutnya memberitahu bahawa ulamak tersohor masakini Dr Yusuf Qardawi menerima konsep Tauhid yang dirumuskan oleh Ibnu Taimiah. Kalaupun tidak mahu menyebut barisan ulamak lain cukuplah sekadar menyebut beberapa tokoh sahaja.

3-Menjadikan perkara khilafiah sebagai qatiyah

Antara ciri artikel tidak ilmiah ialah bila penulis membesarkan masaalah khilafiah sehingga mencapai tahap qatie. Dengan itu perbincangan akan tertumpu pada mencari manakah kumpulan yang betul dan mana pula yang sesat walaupun pada hakikatnya perbincangan tertupu pada mana yang lebih tepat.

Mudah-mudahan sedikit komen saya pada artikel diatas akan memberi panduan kepada penulis untuk membaiki mutu tulisan masing-masing.




Pandangan anda dihargai


Friday, 27 November 2009

Selamat Hari Raya Buat Semua dan Terima Kasih Atas Sokongan Anda Terhadap Wacana Ilmuan



Telus, Ilmiah, Berkecuali


Tuesday, 24 November 2009

Potong kuku dan rambut sebelum berkorban


Saya rasa walaupun agak terlambat, tetapi saya akan meghabiskan kupasan saya tentang persoalan diatas. Ramai yang bertanya soalan dalam masaalah ini, kawan-kawan pun minta saya buat sedikit pencarian, ramai yang kurang tahu tentang hukum berkaitan. Selain itu akhir-akhir ini ramai pula penceramah yang mengulas hukum ini sehingga ada juga yang membuat penggumuman pada majlis perkumpulan seperti lepas solat Jumaat dan lain-lain. Mengapa pula persoalan yang sama kurang terkenal sebelum ini? Apakah ianya berdasarkan hadis sahih? Apakah ianya haram dan melakukannya berdosa?

Persoalan tentang mengapa hukum memotong kuku dan rambut kurang diketahui umum disebabkan oleh dua kemungkinan.
Pertama kerana pengetahuan agama orang kita rata-ratanya hanya berkisar dalam beberapa persoalan sahaja. Akhir-akhir ini kupasan hukum-hakam makin melebar dan bersifat pelbagai. Kemungkinan kedua ialah boleh jadi para ulamak kita terdahulu melihat perbuatan itu tidak menjadi masaalah lalu mereka tidak mengupasnya.

Terdapat 2 hadis yang menjadi perbincangan ulamak dalam bab ini.

Hadis pertama ialah hadis Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh Muslim:إذا رأيتم هلال ذي الحجة، وأراد أحدكم أن يضحي فليمسك عن شعره وأظفاره

Maksudnya:Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan kamu mahu berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari membuang rambut dan kukunya

Hadis kedua ialah hadis Aisyah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
كنت أفتل قلائد هدي رسول الله، ثم يقلدها بيده، ثم يبعث بها،
ولا يحرم عليه شيء أحلَّه الله
له حتى ينحر الهدي

Maksudnya:
Aisyah berkata: Aku pernah membawa binatang yang mahu dikorbankan oleh Rasulullah s.a.w. kemudian Rasulullah membawanya sendiri ke Kaabah, baginda tidak mengharamkan keatas dirinya sesuatupun apa yang Allah halalkan sehinggalah dia berkorban.

Inilah dua hadis yang menjadi punca perbincangan ulamak. Setelah membaca pendapat-pendapat ulamak yang bercanggahan, saya dapati mereka terbahagi kepada tiga kumpulan

1- Ulamak yang menganggap memotong kuku dan rambut adalah haram bagi orang yang mahu berkorban, bila masuk 1 Zulhijjah. Antara orang yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Ibnu Hazm al Zahiri dan lain-lain.

2-Ulamak yang menganggap sunat tidak memotong dan makruh berbuat demikian. Orang yang berpendapat demikian ialah Imam Maliki, Syafie dan lain-lain.

3-Ulamak yang menganggap harus untuk meninggalkan atau memotong kuku dan rambut. Orang yang berpendapat demikian ialah Imah Abu Hanifah.

Mengapa para ulamak bersalahan pendapat?

Jawapannya ialah kerana beberapa sebab, saya tidak akan menyatakan kesemua sebab kerana ianya melibatkan perbincangan yang mendalam dan memerlukan pengetahuan yang agak mendalam dalam usul fiqh dan ulum hadis. Saya hanya akan menyatakan sebab yang mudah difahami oleh orang awam sahaja

Sebab-sebab tersebut ialah:

1-Sebahagian ulamak menolak hadis pertama diatas, hadis yang diriwayatkan oleh Muslim itu dianggap daif oleh mereka kerana menganggapnya hadis mauquf. Oleh itu mereka tidak beramal dengan hadis pertama, membuatkan mereka menganggap perbuatan tersebut tidak haram dan tidak makruh. Para pentahkik menganggap hadis ini adalah sahih.

2-Sebahagian ulamak menganggap hadis pertama telah dimansuhkan oleh hadis kedua dan begitulah sebaliknya.

3-Para ulamak bersalahan pendapat apakah larangan dalam hadis pertama bersifat haram atau bersifat makruh?

Dr Yusuf al Qardawi menganggap perbuatan itu hanyalah makruh tanzih dan tidak perlu diperketatkan kepada masyarakat. Saya menganggap pendekatan ini lebih tepat memandangkan ianya hukum yang diperselisihkan dan pandangan mazhab yang diamalkan sekarang telah memadai. Apa yang diperlukan oleh masyarakat sekarang bukanya hukum yang memberatkanmereka, bahkan mereka perlukan sesuatu yang lebih bersifat mudah. Apabila hukum yang mudah dan berdiri daiatas dalil yang kuat maka saya akan memilih hukum tersebut.

Selain itu saya juga ingin berpesan kepada para penceramah supaya tidak mengambil mudah soal hukum, ada yang bila membaca hadis tersebut dalam sahih Muslim terus mewajibkan perbatan itu kepada masyarakat tanpa menyelidik apakah perbincangan ulamak dalam bab ini.

Mengupas hukum hakam tidaklah semudah 1,2,3...terus keluar hukum, dengan hanya mendapati hadis tersebut dalam sahih Muslim masih belum mencukupi, lihatlah paling kurang kitab syarah. Ibnu Hajar mengupas isu ini dalam kitabnya Fathul Bari. Kealpaan dalam mengkaji telah menyebabkan kita mewajibkan kepada masyarakat sesuatu yang kita anggap penting sedangkan hanyalah isu yang diperselisihkan oleh ulamak semenjak zaman silam lagi.

Pandangan anda dihargai


Artikel Minggu Ini

Can you work from home without going to office?

Monday November 23, 2009

THERE was a time in my life when I was a full-time homemaker and a part-time freelancer. I left the workforce to take care of my two boys, and my wife became the sole breadwinner.

I must confess that those were the most cherished years of my life. My wife was also able to take her turn at home when I went back to work.

We learnt to survive on one income. And it was a lot of fun for the boys.

The Public Works Department recently allowed 35 of its draughtsmen to work from home for three months.

The Chief Secretary Tan Sri Mohd Sidek Hassan has given his nod of approval, stating that the work-from-home concept is workable if employees have the integrity to do the work at home as well as it would have been done in the office.


The Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, says: “The civil service is a very big organisation that is outcome-driven, and if working from home will increase productivity, that is something we will definitely recommend to the Government.”

“The civil service is a very big organisation that is outcome-driven, and if working from home will increase productivity, that is something we will definitely recommend to the Government,” he said.

“I also work from home. But I also work from my car, and when I go back to my hometown, I take my work with me. In this age of the Blackberry and Internet, it is not impossible to work from one’s home.”

If you have ever sent Sidek an email, you will learn that he walks the talk because his response is virtually instant. And not just an automated reply, mind you.

Although I spent most of my time at home playing with the boys, I also did the occasional part-time work to supplement the household income and also to keep my brain active.

In those days, such information technology was not available, but that did not prevent me from doing work for an overseas client whom I never even met.

This was a project for a UN body in Cambodia. It involved them sending me the material via a diskette (no CDs or thumb drives in those days) by courier. I edited and laid out the publication and then couriered a draft back to them for approval.

After the okay was given via fax, I proceeded to print the book in Puchong and had the order shipped to Phnom Penh.

They promptly sent me a cheque by mail.

Today, such a project would have seen me fully using the whole plethora of IT tools, including SMS, email and video chat. If the client so desires, I could easily email the book files to any printer in the world. And payment would have been instant through e-banking.

Technology has made so many things possible, not just for the able-bodied people, but also the disabled, and those recovering from serious illness.

Yet, in reality, working from home is not something embraced by most employers.

Somehow, there is the fear that employees cannot be trusted if they are not physically around.

The result is we end up with many employees, not necessarily the most productive ones, hanging around the office way after official working hours, when they could be at home enjoying family time.

The work-from-home concept should be encouraged in both the public and private sectors.

My son, who used to switch off my computer in the midst of work during my stay-at-home days so that I could take him to the park, is now a graduate tutor at a college. When he has to mark the papers, he has the option to do so at home.

It is about integrity, as Sidek rightfully points out. The point is that employers must start to trust their employees more and not just let those who will shirk or shortchange them determine the policy of the company.

Deputy executive editor Soo Ewe Jin believes we can marry modern technology with good old-fashioned values to truly enhance our quality of life in both the workplace and the home.


Pandangan anda dihargai


Sunday, 22 November 2009

Pengumuman

Saya mohon maaf kepada tetamu Wacana Ilmuan kerana kerja-kerja menambah baik blog ini sedang dilakukan. Segala kesulitan amat dikesali.

Pandangan anda dihargai

benmokhtar.blogspot.com


Thursday, 19 November 2009

Renungan Buat Warga KUIS

The New York Times

20 Nov 2009

The University of California Board of Regents approved a plan on Thursday to raise undergraduate fees — the equivalent of tuition — 32 percent by next fall, to help make up for steep cuts in state funding.

The state allocation for the 10-campus system, one of the leading public university systems in the nation, was cut $813 million, or 20 percent, this year, leading to a hiring freeze, furloughs and layoffs.

The impact on the University of California campuses has been dramatic: faculty hiring is not keeping up with enrollment demand, and many course sections have been eliminated. Instructional budgets are being reduced by $139 million, with 1,900 employees laid off, 3,800 positions eliminated and hiring deferred for nearly 1,600 positions, most of them faculty.

Several campuses are planning to admit more out-of-state students, who pay higher tuition, to help close the budget gap. And there is a growing worry that senior faculty may begin to defect to other institutions.

Since the school year began, thousands of students have protested both the budget cuts and the proposal for higher fees, which would bring in-state tuition to more than $10,000 a year. On Wednesday 14 protesters, including 12 students, were arrested at U.C.L.A., for disrupting the meeting of the Regents Finance Committee, which was eventually closed to visitors.

On Thursday, as the Regents met at U.C.L.A.’s Covel Commons, hundreds of demonstrators from campuses across the state gathered outside to protest the fee increases. Some carried signs that said, “Freeze the Fees,” “No to the Cuts” and “R.I.P. Higher Education.”

Some students set up a tent city on campus overnight, and others occupied Campbell Hall, where they remained during the Regents meeting.

There were also large protests on the Berkeley campus by union workers, students and faculty.

Mark Yudof, president of the system, said the University of California now received only half as much support from the state, per student, as it did in 1990. Even with the higher student fees, the system needs a $913 million increase in state financing next year to avoid further cuts. If that extra money is not provided, next year’s freshman enrollment will most likely be cut.

"When it comes to the university’s core support, we have only two main sources — taxpayer dollars from the state and student fees,” Mr. Yudof said. “Even with deep administrative cuts, when one goes down, the other almost inevitably must go up."

To help students who cannot afford the increasing fees, the Regents were also expected to approve the expansion of the Blue and Gold Opportunity Plan, for undergraduates whose family income is below $70,000.

In the public comment period at the Regents meeting, many students spoke out against the fee increase, telling of their families’ struggles to get them a college education, their difficulty affording even the current fees, and the likelihood that higher fees would make the system’s campuses inaccessible to low-income students.

Rebecca Cathcart contributed reporting from Los Angeles.

Wacana Ilmuan:

Tidak mustahil kalau akan datang, orang Amerika datang belajar di Malaysia, kerana dunia mungkin tebalik, hehe..bersediakah kita?

Pandangan anda dihargai


Wednesday, 18 November 2009

Artikel Minggu Ini

الانتحار بالجيش الأمريكي.. رقم قياسي جديد في 2009

إسلام أون لاين

معدل الانتحار في 2009 بلغ حتى الآن 211 حالة

توقع جنرال كبير بالجيش الأمريكي أن تسجل حالات الانتحار بالجيش رقما قياسيا جديدا في عام 2009، في ظل نقص المستشارين المتخصصين لمساعدة الجنود على حل مشكلاتهم النفسية الناتج أغلبها عن المشاركة في عمليات عسكرية خارج البلاد، والتي يتمركز أغلبها في العراق وأفغانستان.

وتظهر النتائج أن عدد حالات الانتحار أثناء الخدمة بلغت حتى الآن في 2009 نفس عدد العام الماضي بالفعل وهو 140 حالة، في الوقت الذي يقترب فيه الرئيس الأمريكي باراك أوباما من إرسال قوات إضافية يبلغ قوامها 40 ألف جندي لأفغانستان.

ونقلت "رويترز" الثلاثاء 17-11-2009 عن الجنرال بيتر تشياريلي نائب رئيس هيئة أركان الجيش قوله: "سجل سلاح البر 140 عملية انتحار لجنود في الخدمة، ما يساوي العدد الإجمالي لحالات (الانتحار) في 2008 فيما يبقى شهر ونصف الشهر لنهاية العام، وسننهي العام بكل تأكيد برقم يفوق العام الماضي".

وبحسب شياريلي فإن الـ 140 هم ضحايا الانتحار للجنود المتواجدين بالخدمة، بينما بلغ عدد المنتحرين من جنود الاحتياط والحرس القومي، منذ يناير الماضي وحتى اللحظة 71 جنديا، ليصبح إجمالي عدد المنتحرين هذا العام 211 جنديا، وفق بيتر شياريلي.
طالع أيضا:

* عام 2008.. أعلى معدل انتحار بالجيش الأمريكي

وأضاف الجنرال: "نود عدم حصول انتحار جديد هذه السنة أو في السنوات المقبلة، لكننا نعلم أنه لن يكون الأمر كذلك".

وأوضح أن الجيش ينكب على دراسة الإفراط في تناول الكحول واستخدام المخدرات أو الأدوية بنسب أصبحت "أكثر ارتفاعا مما كانت عليه قبل ثماني سنوات"، في إشارة إلى بدء الانتشار الخارجي الواسع للجنود الأمريكيين منذ الحرب على أفغانستان في 2001.

ووفق إحصائية الجيش الأمريكي فإن إجمالي عدد المنتحرين في عام 2008 قد بلغ 197 جنديًّا منهم 140 جنديًّا في الخدمة و57 من قوات الحرس القومي والاحتياط، وفي العام 2007 بلغ عدد المنتحرين بالجيش الأمريكي 115 حالة انتحار.

ثلثا المنتحرين

وتشير دراسة للجيش الأمريكي إلى أن عمليات الانتشار المتكررة للقوات المسلحة في العراق وأفغانستان منذ سنوات تعتبر عموما من أسباب ارتفاع حالات الانتحار في صفوف العسكريين، حيث إن ثلثي الجنود المنتحرين تم نشرهم في الخارج.

لكن تشياريلي حذر من تعميم أسباب الانتحار أو افتراض أنها مرتبطة بالضغط على القوات المنهكة من الحرب في العراق وأفغانستان.

وكان الجيش قد كشف في الآونة الأخيرة أن حوالي واحد من كل خمسة جنود من الرتب الأقل يعانون من مشكلات صحة نفسية مثل الإحباط.

عنف أيضا

ولا يقتصر أثر هذه المشكلات على الانتحار بل يتخطاه إلى ارتكاب أعمال عنف وهو ما بدا واضحا في حادث قاعدة "فورت هود" بولاية تكساس الأمريكية، حيث أطلق ضابط في مطلع نوفمبر الجاري النار على زملائه فقتل نحو 13 جنديا أمريكيا وأصاب 31 آخرين.

وتعاني "فورت هود" التي تعد أكبر قاعدة عسكرية على مستوى العالم، من وجود أكبر عدد من حالات الانتحار مقارنة مع غيرها من القواعد الأمريكية.

وبحسب مصادر أمريكية بلغت حالات الانتحار في القاعدة منذ غزو العراق عام 2003 نحو 75 حالة، بينهم 9 حالات في شهر يوليو من عام 2009.

وتستقبل القاعدة الأمريكية عددا غير قليل من الجنود الذين عملوا في العراق وأفغانستان وهم يعانون من ضغوط نفسية بسبب الحروب وطول مدة المهمات التي يتم تكليفهم بها.

Pandangan anda dihargai


Wahabi Sesat? (6)

Nostagia Belajar Tauhid

Sibuk bincang-bincang pasal, Ibnu Taimiah, As'ari, Ilmu Kalam, Falsafah teringat pulak saya kenangan masa belajar sekolah dulu. Saya menghabiskan masa sekolah menengah di SMA Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu. Sebagai penuntut aliran Thanawi (istilah masa tu) maka semua buku yang digunakan ialah teks Arab.

Cerita tentang belajar tu telah saya sebutkan sedikit dalam ruangan nostalgia, tapi hari ni saya nak tambah sikit lagi. Ada kaitan dengan belajar tauhid. Syilibus pengajian tauhid di sekolah ialah kitab Jauharatu al Tauhid. Kami telah diajar dengan Akidah aliran As'ari. Banyaklah perbincangan yang agak sukar sebenarnya di terangkan, selain itu, akidah aliran kalam ni banyak membincangkan perkara yang berbentuk teori dan kurang menghubungkan dengan amalan.

Dalam masa yang sama kami belajar juga dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahman. kami belajar di Kuala Ibai dan kesana dengan mengayuh basikal. Tuan Guru haji Abdul Rahman mengajarkan kami tauhid jugak, kitab yang digunakan ialah kitab al Tauhid, karangan Muhammad bin Abdul Wahab. Aliran yang berbeza disebelah pagi dan petang.

Mungkin dari sudut kefahaman kami masa tu tak lah berapa mendalam sebab masih budak-budak lagi. Tapi apa yang dapat kami rasakan ialah metod yang diterangkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab lebih senang untuk difahami dan boleh applied dalam kehidupan. tak seperti yang diajar disekolah, kami membincangkan tentang tasalsul dan segala macam isu yang berbentuk falsafah. Ustaz yang mengajar kami di sekolah juga bernama Abdul Rahman.

Semasa kami belajar dengan Tuan Guru Hj Abdul Rahman di rumahnya atau di surau berdekatan, ada juga ustaz sekolah kami yang datang mengikuti kelas tersebut, selain kami pelajar thanawi, penuntutnya ialah orang tua-tua.

Selain belajar tauhid di sekolah dan dengan TG Hj Abdul Rahman, kami juga belajar tauhid dari usrah. Semasa kami didedahkan dengan Hasan al Banna, Sayed Qutb, Fathi Yakan, Mustafa Mashur dan ramai lagi aktivis gerakan Islam. Kami belajr tauhid yang mudah. Iaitu tauhid yang dibahagi tiga, uluhiyyah, rububyyah dan asma/sifat.

Kami dapat bandingkan dua metod yang berlainan tapi apa yang menarik dalam pelajaran kami ialah guru-guru kami tidak pernah mengkafir, menfasik dan memurtadkan Imam-imam yang mulia itu. TG Hj Abdul rahman yang mengajarkan kami kitan Tauhid karang Muhammad bin Abdul wahab, dia juga pada hari-hari tertentu mengajarkan kitab al Baijuri syarah Jauharatu Tauhid.

Tidak pernah TG mengeluarkan kata-kata memaki, menghina dan mengkufurkan ulamak-ulamak yang telah silam, sebaliknya perbincangan dilakukan dengan ilmiah, ini pendapat mereka, dan ini pendapat pesaing mereka. Ustaz Abdul rahman di sekolah pun tidak pernah memaki dan mengkufurkan ulamak-ulamak yang bertentangan dengan alirannya.

Apabila saya meningkat ke universiti, saya dapati para ulamak yang menggunakan cara harmoni ialah Dr Yusuf al Qardawi. Beliau mengambil pendekatan tidak melebelkan ulamak silam dengan kekufuran, kefasikan, penghancur islam dan berbagai kutukan. Dr Yusuf mengajarkan adab yang sangat baik iaitu mengupas isu berdasarkan hujjah, dalil dan analisa.

Satu perkara yang patut kita ketahui ialah apabila ada pihak yang menganggap bekas Mufti Mesir, Muhammad Abduh telah kufur kerana beberapa pendapat beliau ketika mentafsirkan ayat Quran, antara orang yang lantang mengutuk Muhammad Abduh ialah Muhammad Qutb, adik Syed Qutb. Dr Yusuf Qardawi membuat kesimpulan yang cukup harmoni, iaitu tidak menghukum ulamak-ulamak terdahulu dengan panggilan kufur dan fasik, sebaliknya menganalisa pendapat mereka dengan ilmu yang benar, jika salah maka ditolak dan jika benar diterima. pendirian inilah yang sepatutnya diambil kerana jika mahu diikuti segala tohmahan itu maka ramai ulamak yang akan dianggap kufur sedangkan mereka telah menjadi benteng Islam semasa zaman mereka.

Alfarabi, al Kindi, al Razi, Ibnu Sina, ibnu Rushd, al Gahazali dan ramai lagi dianggap kufur oleh sebahagian aliran. Ibnu Taimiah, Ibnu Hazm, Daud al Zahiri, Muhammad bin Abdul Wahab, Muhammad Abduh dan ramai lagi dianggap sesat oleh aliran bertentangan pula.

Dr Yusof Qardawi menggunakan mazhab tarjih, penghormatan beliau kepada ulamak-ulamak itu tidak menghalang beliau daripada menjelaskan pendirian beliau dan hasil kajian yang telah dilakukan. Dalam masa yang sama, pertentangan pandangan dan pendapat tidaklah sampai menyebabkan beliau mengkufur dan mengfasikkan ulamak-ulamak itu.

Setelah saya meneliti metod Dr Yusof Qardawi, maka saya katakan bahawa inilah jalan yang paling benar dalam menangani kemelut perbezaan pendapat yang berlaku dalam pemikiran Islam. Jalan ini sahajalah yang dapat membangunkan umah dan meninggikan Islam kerana jalan inilah yang telah dilalui oleh para sahabat baginda s.a.w. yang mulia.

Pandangan anda dihargai


Monday, 16 November 2009

Wahabi Sesat? (5)



Kita telah lihat beberapa contoh yang sempat saya utarakan menerangkan pendirian Ibnu Taimiah dalam fekah dan akidah satu lagi bidang pemikiran yang menjadi polemik adalah:
Ilmu Falsafah: Falsafah asalnya ilmu yang berkembang pesat di Greek.

Setelah Islam tersebar ke negara Irak, Iran dan sekitarnya, umat Islam mula terdedah dengan pemikiran falsafah. Pemikiran falsafah terus menerus memasuki pemikiran umat Islam sehinggalah memasuki ilmu-ilmu Islam penting seperti Usul Fiqh, Akidah dan Tasawuf.

Para ulamak bersalahan pendapat dalam menggunakan Ilmu Falsafah dalam memahami agama, ada yang menganggap ilmu falsafah adalah wajib dipelajari kerana mereka beranggapan falsafah adalah alat untuk sampai kepada kebenaran. Sebahagian ulamak pula beranggapan bahawa falsafah haram dipelajari. Sementara sebahagian ulamak menganggap falsafah boleh dipelajari bagi menolak kekeliruan dan menentang kekufuran yang ditimbulkan dengan menggunakan falsafah.

Ibnu Taimiah beranggapan bahawa ilmu falsafah adalah ilmu yang baik dipelajari tapi bukan dalam bidang mengenal agama. Ibnu Taimiah menolak kumpulan sufi yang tasawufnya menggunakan ilmu falsafah. Ibnu Taimiah juga menolak Falsafah Dalam Akidah.

Untuk pengetahuan kita antara ulamak yang berpendapat ilmu Falsafah boleh dipelajari untuk menggunakannya dalam menolak pemikiran sesat ahli falsafah ialah imam Ghazali. Beliau menulis buku beliau yang terkenal iaitu Tahafut al falasifah.

Ulamak yang mengganggap Ilmu Falsafah adalah ilmu yang baik dan perlu dipelajari ialah Imam Ibnu Rushd. Dia menulis buku menolak pemikiran Ghazali yang banyak menyerang ahli falsafah. Buku itu bernama Tahafu al Tahafut. Imam ghazali bagaimanapun menulis buku usul fiqh beliau yang terkenal 'Mustasfa' dengan menggunakan pemikiran falsafah.

Menolak pemikiran falsafah dan menerimanya bukan sesuatu yang terlalu mudah untuk dihukumkan sesat. Sekiranya Ibnu Taimiah dihukumkan sesat kerana menganggap Falsafah adalah ilmu yang telah merosakkan umat Islam, maka apa yang akan dikatakan kepada generasi awal yang membawa Islam sedangkan ilmu Falsafah belum lagi diketahui oleh masyarakat Islam awal.

Oleh itu tidak layak sama sekali untuk menghukumkan sesat terhadap Ibnu Taimiah kerana pendirian beliau. Apa yang boleh dibincangkan ialah apakah yang lebih tepat? menggunakan Falsafah atau tidak. Perbincangan ini melibatkan perbincangan terperinci dalam bidang yang memerlukan kita memahami terlebih dahulu secara mendalam asas-asas ilmu itu sendiri.

Secara umumnya saya katakan bahawa banyak perbincangan falsafah yang melibatkan ketuhanan sedangkan seorang muslim tidak dituntut untuk memikirkannya, contohnya wajibkah Allah melakukan perkara yang baik? Perbincangan seperti ini tidak diperlukan oleh masyarakat moden yang telah jauh dari ilmu falsafah.

Namun demikian menghukumkan sesat kepada ulamak yang menerima ilmu ini sebagai laras pemikiran mereka juga adalah satu yang tidak dapat diterima secara mudah. Ibnu Rushd yang merupakan antara ulamak yang mahir dalam syariah dan falsafah mengandungi pemikiran yang bersifat benar dan memperjuangkan kebenaran yang berpaksikan kepada quran dan sunah.

Saya berharap benar supaya polemik seperti ini dibincangkan dengan ilmiah bukan untuk menjatuhkan hukuman sesat pada saat ianya mula disebut. Polemik seperti ini layak dibincangkan diuniversiti, bukan dihidangkan kepada orang kebanyakan yang tak tahup un bahawa subjek akidah mempunyai ruang ijtihad dan kajian. Bagaimana pula mahu membincangan masaalah yang lebih mendalam?

Pandangan anda dihargai



Friday, 13 November 2009

Wahabi Sesat? (4)



Kita telah lihat bagaimana perselisihan dalam hukum hakam fekah cabang telah membawa kepada tuduhan sesat. Saya sengaja mengulasnya secara umum kerana perbahasan terperinci telah dimuatkan dalam kitab-kitab para ulamak. Dan telah dipelajari semenjak zaman berzaman. Yang menjadi masaalah bukan ianya tidak diketahui tapi sebab sebenar ialah percubaan untuk memenangkan kumpulan masing-masing.

2-Bidang Akidah:
Jika apa yang saya nyatakan dalam bab fekah adalah hukum cabang syariat, maka macam mana pula pertikaian dalam bab akidah? Akidah adalah asas agama dan terasnya, jika akidah dah terpesong maka sesatlah jawabnya. Inilah kata-kata yang biasa kita dengar dalam mengupas isu akidah.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya nak jelaskan sikit bahawa, tidak semua perbincangan ulamak dalam bab akidah adalah asas akidah yang bersifat teras, antara benar dan sesat. Untuk pengetahuan kita, perbincangan dalam bab akidah juga sama macam perbincangan dalam bab fekah. Dalam erti kata lain, bab akidah pun ada asasnya dan ada pula cabangnya. Yang disepakati ialah hukum akidah yang dasar, dan dalam bab cabang ulamak akan berselisih pendapat.

Sebelum saya menunjukkan apakah perkara asas dan apakah perkara cabang, maka saya ingin memberitahu bahawa perkara asas dan cabang itu dapat diketahui dengan melihat apakah ianya sabit dengan nas qatie atau zanni.

Kalau ianya sabit dengan nas qatie subut dan dalalah maka ianya termasuk dalam perkara pokok, kalau ianya sabit dengan nas zanni maka ianya perkara cabang. Ok, kerja nak tahu ni bukan kerja orang awam, ini kerja orang bidang syariah.(yang berkebolehan le, ramai juga bidang syariah tapi tak tau qatie zanni, yang tu orang awam lah namanya)

Setelah kita faham teori tu maka mari cuba kita tengok satu persoalan dalam bab akidah yang menjadi perselisihan antara kumpulan Wahabi dan Kumpulan Asy'ari ni.

Antara polemik akidah dua kumpulan ini ialah persoalan ayat quran yang menerangkan sifat Allah. Bagaimana memahami ayat-ayat tersebut. Bila Allah menyatakan 'Yadullah' yang bermaksud tangan Allah, maka apakah yang perlu difahami dengan 'tangan Allah'. Kedua-dua sepakat mengatakan Allah tidak sama dengan makhluk kerana firman Allah 'laisa kamislihi syai' iaitu tiada sesuatu yang menyerupai Allah.

Pihak Wahabi yang dikatakan sesat ini menganggap ayat-ayat sedemikian tidak perlu ditafsirkan dengan makna lain. Terserahlah makna tangan Allah itu kepada ilmu Allah. Apa yang mereka katakan ialah tangan itu adalah tangan tetapi bukan tangan yang digambarkan oleh manusia. Sifat yang layak bagi Allah. Akibat berkefahaman demikian kumpulan ini dianggap 'mujassimin' oleh aliran yang satu lagi. Mujassimin maksudnya orang yang menjisimkan Allah, sedangkan jisim itu sifat makhluk dan mahasuci Allah dari menyerupai makhluk.

Pihak kedua pula memahami ayat 'tangan' tadi dengan cara takwil. Apa maksud takwil? Iaitu memahami makna tangan dengan maksud lain. Mereka mentafsirkan makna tangan dengan maksud kuasa. Bila ayat quran bermaksud 'tangan Allah diatas tangan mereka' maka mereka faham ayat ini bermaksud 'kuasa Allah mengatasi kuasa mereka'.

Persoalannya sekarang manakah pihak yang benar dan manakah pula pihak yang sesat kerana perbincangan ini melibatkan bidang akidah? Maka jawapannya ialah bidang ini tidak melibatkan asas akidah. Maka jawapan yang dicari bukanlah antara yang benar dan sesat. Yang dicari ialah manakah yang lebih tepat. Yang tidak tepat juga benar. Atau apakah kedua-duanya adalah benar dan tepat.

Mengapa dengan mudah saya menghukumkan persoalan ini bukan dasar akidah sedangan kumpulan yang bertelagah menyesatkan pesaing masing-masing? Jawapannya ialah kerana :

1-Kedua-dua pihak mengakui ayat yang dibincangkan adalah ayat quran

2-Mereka mengakui bahawa Allah tidak menyerupai makhluk dengan firman Allah 'laisa kamislihi syai'. Maksudnya 'tiada suatupun yang menyerupaiNya'.

3-Kedua-dua pihak masih menggunakan teknik pentafsiran nas quran yang tidak bertentangan dengan kaedah bahasa arab. Bahasa Arab sememangnya boleh difahami dengan dua bentuk iaitu maknanya yang zahir atau kiasan. Apakah 'tangan' dalam ayat quran tadi membawa maksud zahir atau membawa maksud kiasan? Kedua-dua kefahaman itu tidak bertentangan dengan kaedah bahasa Arab.

Bila ianya tidak bertentangan maka kedua-dua aliran itu tadi boleh diterima oleh syariat dan tidak dianggap sesat. Inilah yang dikatakan nas yang zanni atau kabur. Nas menyebut sesuatu tetapi benda yang disebut mengandungi lebih daripada satu makna, makna-makna itu pula tidak bertentangan dengan asas bahasa Arab. Ha, sekarang kita telah faham apa maksud nas yang kabur.

Tidak menjadi kesalahan kepada kedua-dua pihak untuk berpolemik tetapi selagimana nas yang menjadi rujukan adalah nas yang kabur, maka polemik mereka tidak berkisar antara kumpulan sesat atau benar tetapi hanya bersifat mencari maksud yang lebih tepat, tidak lebih dari itu.

Sekarang jelaslah kepada kita betapa besarnya nafsu orang yang mengatakan kumpulan wahabi sesat kerana tidak mentakwilkan ayat quran atau dinamakan mujassim. Kita juga berjumpa dengan orang aliran wahabi yang mengkufurkan orang yang mentakwilkan ayat tadi dengan tuduhan muattil. Iaitu orang yang telah membatalkan maksud quran. Kedua-dua tuduhan itu telah kita lihat, tidak lain dan tidak bukan hanyalah perbalahan untuk memuaskan nafsu sahaja.

Pada hari Sabtu 7/11/09 Utusan Malaysia menyiarkan satu tulisan yang memuatkan hujjah kesesatan Wahabi kerana mereka membahagikan tauhid kepada tiga jenis dan menolak metod sifat 20. Ok, Ibnu Taimiah yang telah membahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu uluiah,rububiah dan asma/sifat. Metod terdahulu mempelajari tauhid dengan menggunakan kaedah sifat 20.

Kumpulan wahabi menolak metod bukan menolak maklumat. Salah satu perbincangan sifat dua puluh ialah wujud iaitu Allah itu wujud. Kalau tolak Allah itu wujud maka tak payah banyak cakap memang kafirlah. Masaalah sekarang ialah yang ditolak bukan sifat wujud tapi yang ditolak ialah metod membahagikan sifat kepada 20. Mengapa mereka tolak? Ini kerana mereka membahagikan tauhid kepada 3 bahagian. Perbalahan sebenar adalah perbalahan tentang bagaimana mempelajari tauhid dan mengajarkannya kepada manusia. Saya tidak faham mengapa Ustaz Mahfuz dalam ruangan rencana utusan Malaysia itu sanggup menghukumkan sesat hanya dengan hujjah yang sedemikian.

Saya menyeru kepada sekelian sarjana Islam dan kepada diri saya sendiri supaya lebih berintegriti, amanah dan ikhlas sewaktu mengupas persoalan agama. Ianya amanah yang akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti!!!!!
Pandangan anda dihargai



Thursday, 12 November 2009

Wahabi Sesat? (3)

Dalam entry yang lepas, saya telah menerangkan sedikit sejarah tentang aliran ini. Kemudian saya telah terangkan dengan ringkas asas pemikiran Ibnu Taimiah. Untuk mengetahui apakah ajaran yang dibawa oleh Ibnu taimiah adalah sesat atau tidak maka kita akan menganalisis beberapa pendapat beliau.

Untuk menganalisis keseluruhan pemikiran Ibnu Taimiah memerlukan beberapa kajian peringkat PhD, dalam ruangan yang terbatas ini saya akan mengambil beberapa contoh sahaja. Contoh-contoh itu pula sudah tentu dari apa yang diberitahu oleh aliran yang menolak pemikiran Ibnu Taimiah.

Disebabkan pemiiran Ibnu Taimiah telah saya bahagikan kepada tiga bahagian, maka contoh-contoh itu juga akan diambil dari tiga bahagian tersebut.

1- Bidang Fekah- Dalam bidang fekah, amat susah untuk membuat tuduhan kepada sesuatu aliran itu sesat kerana hukum hakam dalam bab fekah adalah bersifat zanni. Kecualilah jika mana-mana aliran menolak hukum yang telah sabit dengan nas yang bersifat qatie seperti kewajipan solat, kewajipan puasa ramadan dan sebagainya.

Sewaktu saya menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh pihak berkuasa agama negeri, pembentang telah menyatakan sebab-sebab kesesatan aliran Wahabi. Antara sebab kesesatan yang dinyatakan ialah kerana aliran ini menolak zikir berjamaah selepas solat, menolak bacaan talkin, menolak kunut dalam solat subuh, menolak solat hajat berjemaah dan beberapa hukum fekah lagi.

Adalah amat panjang untuk mengupas setiap satu contoh yang telah disebut diatas. Saya rasa cukuplah kalau saya katakan bahawa hukum fekah yang disebut diatas diulas oleh para ulamak secara terperinci dalam kitab-kitab fekah. Saya pelik kenapa ustaz yang membentangkan kertas kerja sanggup mengatakan sesuatu aliran telah sesat kerana menolak perkara-perkara diatas.

Sebenarnya para ulamak tidak pernah bersepakat dalam persoalan diatas semenjak awal lagi. Membaca kunut subuh adalah pengamalan yang tidak disepakati oleh ulamak walaupun jumhur ulamak mengatakan sunat qunut. Mengapa pula tiba-tiba orang yang tidak menerima pengamalan kunut dianggap sesat sedangkan kitab-kitab fekah penuh dengan perbahasan ini dan tidak ada ulamak yang menyesatkan orang yang tidak menerima qunut.

Agak pelik juga kerana golongan yang menyesatkan kumpulan wahabi juga mengatakan bahawa aliran tersebut sesat kerana menolak amalan tahlil arwah. Saya faham, antara hujah yang paling kuat menghukum aliran wahabisesat ialah bila mereka mengatakan amalan tahlil telah diamalkan oleh ulamak.

Oleh itu menolak pengamalan itu adalah sesat. Hujjah ini nampaknya kuat bagi orang yang tidak mempelajari imu usul fiqh. Tapi bagi orang yang mempelajari usul fiqh walaupun sedikit akan mempersoalkan, apakah dengan hanya menolak apa yang telah diamalkan oleh sebahagian ulamak maka seseorang dianggap sesat?

Jawapanyyan ialah tidak, bahkan ramai ulamak yang berpendapat sedekah pahala membaca quran tidak sampai kepada orang mati. Saya tidak mahu membincangkan isu ini secara terperinci, apa yang saya ingin jelaskan ialah menolak hukum-hukum tersebut tidak membawa kepada kesesatan, sebagaimana menerimanya juga tidak membawa kepada kesesatan.

Pandangan anda dihargai



Monday, 9 November 2009

Wahabi Sesat?(2)

Wahabi: Dari mana datangnya? (2)

ٍSepertimana yang diterangkan, pemikiran Ibnu Taimiah adalah sumber kepada pemikiran Muhammad bin Abdul Wahab. Mungkin disebabkan zaman Muhammad bin Abdul Wahab masih hampir dengan zaman kita, maka aliran yang sebenarnya bersumberkan Ibnu Taimiah lebih dikenali sebagai Wahabi. Selain itu Muhammad bin Abdul Wahablah yang telah mempopularkan kembali aliran ini.

Setelah begitu, barulah kita rasa agak penting untuk tahu lebih lanjut tentang Ibnu Taimiah dan pemikiran beliau. Sebenarnya Ibnu Taimiah adalah seorang ulamak bermazhab Hanbali. Dia hidup dizaman umat Islam Baghdad sedang dilanda perpecahan dan kelemahan. Kumpulan dan ajaran sesat muncul dan tersebar dalam masyarakat. Amalan syirik dan khurafat amat berleluasa. Ibnu Taimiah merasakan inilah sebab kelemahan umat Islam ketika itu.

Ibnu Taimiah bukan sahaja seorang ulamak, tapi dia juga seorang pejuang. Dia terlibat dengan siri peperangan bagi menentang kaum Tatar yang datang dari Monggol. Antara peperangan yang dihadiri oleh beliau ialah peperangan sewaktu menggembalikan bandar Akka yang telah ditawan musuh.

Ibnu Taimiah telah menghaslkan penulisan yang banyak. Namun demikian, pemikiran beliau berkisar dalam tiga bidang:

1-Fekah: Beliau mempunyai fatwa dan dikenali sebagai Majmu'Fatawa dan Fatawa Kubra. Pada dasarnya beliau menggunakan metod pemikiran mazhab Hanbali. Sewaktu saya membaca Fatawa Kubra dan Majmu'Fatawa, saya amat kagum dengan pandangan-pandangan beliau yang sangat praktikal dan banyak bersikap memudahkan dalam perkara yan melibatkan ibadat.

2-Akidah: Penulisan beliau dalam akidah merupakan bahan perbincangan dan pertembungan sengit dengan aliran pemikiran lain. Ini kerana Ibnu Taimiah menggunakan metod zahiri dalam memahami ayat-ayat mutashabiahat.

Perlu diingat bahawa zaman Ibnu Taimiah, aliran akidah mazhab As'ari mendominasi dunia Islam masa itu. Ibnu Taimiah tidak setuju dengan metod pembelajaran tauhid ketika yang menggunakan metod sifat 20. Ibnu Taimiah merasakan perlu ada pembaharuan dalam mempelajari tauhid lalu memperkenalkan metod Tauhid Uluhiah, Rububiah dan Asma'/Sifat.

3-Penentangan terhadap falsafah. Ilmu falsafah telah berakar umbi dalam pengamalan ilmu umat Islam semenjak kurun ketiga hijrah lagi. Namun demikian, Ibnu Taimiah mempunyai pendirian sebaliknya terhadap ilmu kalam atau ilmu falsafah. Untuk pengetahuan kita ilmu falsafah telah menular masuk kedalam ilmu-ilmu Islam samada ilmu, tauhid, usul fiqh dan tasawuf. Pada asalnya ilmu falsafah adalah ilmu yang berkembang diGreek.

bersambung insyaallah....



Sunday, 8 November 2009

Wahabi Sesat? (1)

Wahabi: Dari mana datangnya?

Nampaknya soalan seperti diatas tak habis-habis diajukan kepada saya sehari dua ni. Saya rasa saya terpaksa mencelah ditengah kesibukan untuk buat sikit penerangan tentang kekecohan isu Wahabi.

Seperti yang saya katakan, dalam tulisan lepas saya tak suka panggil Wahabi kerana setahu saya group yang dipanggil Wahabi ni kurang senang dengan panggilan tersebut. Mereka lebih suka kita panggil salafi. Tapi saya terpaksa guna istilah Wahabi untuk memudahkan kefahaman sahabat-sahabat pembaca ruangan ini.

Sebenarnya perkataan Wahabi adalah nisbah kepada seorang yang bernama:

Muhammad bin Abdul Wahhab (1703M–1791M). Beliau dilahirkan di Arab Saudi dan menghabiskan kehidupan beliau disana.

Seperti yang kita tahu Muhammad bin Abdul Wahab hidup di zaman pemerintahan Kerajaan Othmaniah yang berpusat di Turki. Masa tu Kerajaan Turki sudah berada dipenghujung umurnya. Pemerintahan Kerajaan Othmaniah berlangsung antara tahun 1299M - 1924M.

Perlu diingat, sesebuah kerajaan tidak jatuh begitu sahaja. Kehancuran sesebuah kerajaan adalah disebabkan kezaliman, kejahilan, ketamakan dan segala macam penyakit masyarakat lagi.Dalam masa yang sama kekuatan kerajaan Kristian semakin meluas. Pada hayat Muhammd Abdul Wahab jugalah Amerika mendapat kemerdekaan dari Inggeris.

Abdul Wahab menganggap perlu ada pembaharuan dalam negara umat Islam. Beliau juga menganggap kemunduran umat Islam ketika itu disebabkan oleh amalan kesufian yang diamalkan oleh masyarakat yang telah lari dari makna sufi sebenar. Kefahaman ini menyebabkan beliau telah menentang amalan kesufian yang diamalkan secara meluas pada ketika itu ditanah Arab khususnya.

Beliau akhirnya berjaya menguasai beberapa kawasan di tanah Arab, kerajaan Othmaniah tidak sempat untuk mengambil tindakan kerana sibuk dengan perpecahan dalaman dan peperangan melawan Rusia.

Sebenarnya Muhammad bin Abdul Wahab tidak mengasaskan aliran pemikiran baharu. Apa yang dilakukan oleh beliau hanyalah menghidupkan kembali pemikiran yang dibawa oleh Ibnu Taimiah. Untuk pengetahuan kita, Ibnu Taimiah meninggal pada tahun 728H bersamaan 1328M

Ibnu Taimiah hidup di Baghdad dan berhadapan dengan penaklukan Tartar keatas negara Islam. Ibnu Taimiah juga melihat amalan kesufian di zamannya adalah punca yang telah menyebabkan kelemahan umat Islam. Ini kerana beliau berdepan dengan pengamal sufi yang enggan menghadapi musuh negara dengan berjihad. Sedangkan Baghdad memerlukan tenaga mujahidin untuk berjihad menghalau musuh.
bersambung insyaallah.....





Friday, 6 November 2009

Innalillah Wa Ina Ilaihi Rajiuun

فريد الأنصاري.. رائد "مجالس القرآن" إلى رحمة منزِّل القرآن

عبدلاوي لخلافة


صورة للفقيد كان يحبها في حياته كما أسر لمراسل إسلام أون لاين لتواضعها
صورة للفقيد كان يحبها في حياته كما أسر لمراسل إسلام أون لاين لتواضعها

الرباط- انتقل إلى رحمة الله مساء الخميس 5-11-2009 الفقيه والعالم المغربي د. فريد الأنصاري، رائد مشروع "مجالس القرآن"، بتركيا حيث كان في رحلة علاجية، بحسب مقربين منه.

وسيتم نقل جثمان المرحوم إلى المغرب السبت 7-11-2009 ثم ستشيع جنازته الأحد، على أن تقام صلاة الجنازة بمسجد "الروى" قبل أن يوارى الثرى في مقبرة الزيتون بمدينة مكناس.

ووجهت حركة التوحيد والإصلاح تعزية عامة للمسلمين في وفاة الفقيد الذي مات عن عمر يناهز الـ49 عاما.

وقالت في بيان: "بهذه المناسبة الأليمة والحزينة نتوجه إلى الله العلي القدير سائلين إياه أن يتغمد الفقيد العزيز بواسع رحمته ورضوانه، وأن يسكنه فسيح جناته مع الذين أنعم الله عز وجل عليهم من الصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا، وأن يلهمنا جميعا وسائر الأمة الإسلامية وأسرة الفقيد وأهله ومحبيه جميل الصبر والسلوان، ولا يسعنا إلا أن نقول إنا لله وإنا إليه راجعون، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم".


وعرف الفقيد بعطائه العلمي والدعوي، حيث أثرت مؤلفاته الشرعية والحركية المكتبة الإسلامية في المغرب وخارجه، كان آخرها قبل شهر كتابه حول "الدين هو الصلاة والسجود لله باب الفرج"، بعد كتابه السابق قبل شهور: "الفطرية".

وبفقدان الداعية الأنصاري يكون المغرب بهيئاته الرسمية والشعبية والعالم الإسلامي قد فقد منارة من منارت العلم الأصيل.


Dr Farid Ansari Kembali Ke Rahmatullah

Dr Farid Ansari telah meninggal dunia semalam, hari Khamis. Sebaik saja isteri saya memberi tahu kematian Dr Farid, saya terus mengesahkannya dengan melihat laman Islam Online. Berita kematian ini amat mengejutkan terutamanya bagi saya yang memang merancang untuk bertemu beliau akhir tahun ini.

Dengan kematian ini , bumi Maghribi telah kehilangan pendakwah, seorang alim dan pendidik yang banyak menaburkan ilmu dan budinya. Beliau adalahseorang yang tawaduk, tangkas dan penyabar. Saya telah pun menulis berkenaan beliau sebelum ini dan akan saya siarkan semula untuk tatapan kawan-kawan...wadaan ya ustazi al aziz asalullaha an yaftaha laka rahmatahu al wasiah...allahummargfir lahu wa aafihi wa'fu anhu...
untuk mengetahui tentang guru saya sila ke laman nostalgia



Lagi Pasal Dr Asri

Lagi Pasal Dr Asri

Nampaknya glamour benor Dr Asri ni. Mana p pun orang nak ulas pasal dia.Itu yang saya katakan, dalam politik, benda yang kita nampak menakutkan adalah baik untuk mereka. Penahanan itu tak sedikitpun memudaratkan Dr. Orang kampung saya panggil political mileage.

Ada pula kawan yang menghantar email menggandungi kenyataan orang-orang yang dipanggil ulamak menyokong tindakan menahan Dr. Saya baca dan dengar saja. Sebenarnya saya nak katakan bahawa kita masih peringkat mentah dalam berbincang dan berbeza pendapat.

Tindakan menggunakan saluran kuasa dan hukum tidak sesuai kerana ianya melibatkan pemikiran. Mengapa tidak diadakan dialog terbuka, debat dan sebarang yang boleh menyemarakkan pemikiran rakyat.

Selalu juga kita guna kekerasan dengan alasan nak jaga tak bagi berpecah belah. Saya malas nak jawab banyak tapi satu contoh jelas yang berlaku di B.B.Bangi ni ialah bila solat Jumaat tadi. Orang Melayu solat sunat Jumaat dan orang Arab Libya duduk baca quran dan bila khutbah dia berhenti baca.

Bila lepas solat Jumaat dia tak berzikir dia terus bangun sebab mazhab Maliki tak ada solat lepas Jumaat. Ok berpecah belah ke umat kita jika berlainan pendapat dalam masaalah furuk? Jawapannya tidak jika kita terang dengan baik.

Jika kita belajar psikologi kita akan jumpa tentang konflik, konflik tu banyak kebaikannya antaranya ialah ia boleh membangkit, menyedar dan mengaktifkan manusia. Yang ditegur oleh Asri tu ada yang wajar, kalau kita atas dasar takut berpecah tak nak kejutkan masyarakat maka sampai bila pun pengamalan mesti ditakuk lama.

Bila disedarkan tentang hadis maudu' yang tersebar ha! eloklah, supaya berlaku percambahan pemikiran. Saya tidak menyokong semua teguran dan kenyataan beliau tapi yang saya sokong ialah berlakunya percambahan pemikiran.

Kenyataan Dr Asri bahawa permit untuk berceramah berlawanan dengan kebebasan bersuara boleh kita bincangkan kewajarannya. Itu contohnya, bukan soal sokong beliau atau tidak tapi persoalan mengajak masyarakat berfikir dan meningkatkan tahap pengamalan agama, jangan jadi agama sebagai satu amalan 'tuqus' atau upacara saja.

Ini sebenarnya keuntungan daripada polemik, oleh itu konflik dan polemik adalah perlu dalam masyarakat. Apa yang penting kita kena arahkan pada yang baik bukan memadamkannya.

There are advantages to conflict:

  • Conflict fosters an awareness that problems exist.

  • Discussing conflicting views can lead to better solutions.

  • Managing conflict is quicker and more efficient than letting conflicts fester.

  • Challenging old assumptions can lead to changes in outdated practices and processes.

  • Conflict requires creativity to find the best outcomes.

  • Conflict raises awareness of what is important to individuals.

  • Managing conflicts appropriately helps build self-esteem.

  • Managing conflicts well is a sign of maturity.

  • Conflicts are challenging.

  • Conflicts are exciting.

  • Conflicts encourage people to grow.

  • Conflicts create opportunity.

Pandangan anda dihargai


Tuesday, 3 November 2009

Dr Asri Ditahan (2)

Dr Asri Ditahan (2)

Bila melihat cerita surat khabar atau meneliti senario politik, maka saya akan cuba membuat berbagai andaian. Begitu juga dengan peristiwa penahanan Dr Asri. Seperti yang saya katakan, penahanan itu bukanlah perkara besar bagi saya, itu perkara biasa.

1-Pembangkang Selangor cuba memburuk-burukkan kerajaan negeri. Inilah satu kemungkinan yang dapat diletakkan dalam insiden ini. Sebaik sahaja TV3 menyiarkan berita itu, kenyataan PM pun dimuatkan. Kenyataan boleh ditafsirkan sebagai satu kempen untuk memberitahu rakyat bahawa inilah yang akan jadi kalau Pakatan terus berkuasa di Selangor.

2-Ada orang yang berjaya menggunakan pihak berkuasa agama negeri untuk tujuan kepentingan mereka. Ini kerana ada beberapa individu yang telah melakukan banyak seminar dan majlis penerangan tentang bahaya pemikiran Dr Asri. Mengapa saya anggap dia buat atas kepentingan dan nafsu? Sebabnya ialah seorang kawan saya yang tak kena mengena dengan aliran Dr Asri juga pernah ingin diseret dengan menggunakan tuduhan yang hampir sama. Sebenarnya tidak ada apa yang kawan saya lakukan selain dia amat glamour. Akhirnya kawan saya dapat 'membersihkan' dirinya daripada dikaitkan dengan aliran Dr Asri.

3-Dr Asri sendiri yang mendalangi isu ini kerana inginkan publisiti. Jika dia dikaitkan dengan kekerasan pihak kerajaan negeri, sudah tentu kerajaan pusat akan melihat harga Dr Asri dan nilai beliau dalam mennganani kemaraan pembangkang. Perlu diingat Dr Asri dilihat sebagai orang yang ada pengaruh daam PAS, kalau Dr Asri dapat pastikan dia mampu maka ini satu demand yang mahal harganya.

4-JAIS memang sudah lama ingin menamatkan aktiviti Dr Asri kerana aliran beliau tidak disenangai oleh para ulamak tradiional dan kumpulan sufi yang sentiasa diasak oleh Dr muda itu. Inilah masanya untuk bertindak kerana kekalutan ketika ini tidak akan memberi banyak impak kepada PR yang masih belum diketahui bila.

Inilah andaian-andaian yang saya dapat buat bila saya melihat berita penahanan Dr Asri. Apa yang saya ingin utarakan disini ialah sesuat kejadian itu banyak andaian yang dapat kita buat. Janganlah kita cepat membuat keputusan dan menghukum sesuatu perkara sebelum kita berfikir. Disini ada beberapa panduan penting yang ingin saya kongsikan.

1-Berbaik sangka jika sesuatu perkara yang berlaku tidak melibatkan kepentingan umum. Jangan kita cepat menerima apa sahaja yang dipaparkan di akhbar atau media kerana media adalah ibarat seorang yang kita tak kenali peribadinya, kemungkinan berlaku pembongan adalah terlalu tinggi.

2-Janganlah baik sangka kita itu menyebabkan kita diperbodohkan. Oleh itu ,jika perkara yang melibatkan kepentingan rakyat, penyelewengan maka kita kena selidik dan ambil tahu.

3-Kita mesti memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak rakyat untuk bercakap dan mempersoalkan apa yang dibuat oleh pemerintah. Semakin seimbang antara kuasa rakyat dan kuasa pemerintah maka pemerintahan akan lebih adil dan kedua-dua pihak akan lebih terkawal.
Pandangan anda dihargai



Dr Asri ditangkap: Mengapa?

Dr Asri ditangkap: Mengapa?

Bila berjumpa seorang kawan, saya ditanya: Mengapa Dr Asri ditangkap? Emm..sebenarnya saya taklah sangat berminat nat kupas isu ini. Bagi saya, bukan isu besar. Biasalah orang kena tahan dan soal siasat. Ulaslah sikit, kata kawan saya tu.

Sebenarnya dalam entry 'Amal Jam'i 5' saya telah menjelaskan ada beberapa kumpulan mewakili aliran pemikiran yang berbagai dalam masyarakat Islam. Kadang-kadang hubungan antara aliran-aliran ini baik, tenang dan harmoni. kadang-kadang tegang, panas dan berkonfrantasi.

Biasanya kepelbagaian aliran pemkiran ini digunakan oleh tiga pihak untuk mengambik kesempatan:

1-Musuh-musuh Islam yang mahu menghancurkan Islam. Sebab itu setiap kali mereka cuba melemahkan umat Islam maka mereka akan menyokong salah satu pihak dan kebiasaannya yang lemah, lalu puak yang lemah akan bergantung harap dengan mereka. Bila menang dalam percakaran, puak yang lemah mesti membayar balik hutang ehsan itu.

2-Orang muslim yang ingin mengambil kesempatan.
Orang begini biasanya ada agenda peribadi, seperti ingin menonjol, dengki, ingin mendapat projek, mendapat simpati politik dan berbagai-bagai.

3-Orang yang ketiga ialah orang yang taksub dengan pandangan atau puak tertentu. Lalu mereka akan mengganyang puak yang berlainan dengan mereka tak kira apa hkumnya disisi Allah.

Saya rasa dalam kes Dr Asri ni ialah dari jenis yang kedua.
bersambung.......
Pandangan anda dihargai



Sunday, 1 November 2009

Artikel Minggu Ini (2)

Loss of innocence

By MICHELLE CHAN

http://thestar.com.my

Monday November 2, 2009

Enforcement officers hot on the heels of sex traffickers in a bid to curb the thriving flesh trade in the Golden Triangle.

IN the stillness of a juvenile court, Naing, 15, stood motionless with a blank look on her face. She hardly heard the charges as they were being read out, overcome by numbness as she recounted the horrifying three months spent in forced prostitution in a country away from her home in a Myanmar village.

Targeted by human traffickers, some village children easily end up as sex slaves.

The smell of musty bedsheets in poorly-lit rooms lingered in her mind like slow poison. The constant beatings were not half as bad as being forced to entertain three to five men every day. Clients pay 300-700 baht (RM30-RM70) for a 30-minute session, and 1,000 baht (RM100) for an overnight job. But Naing hardly received any of the ill-gotten gains.

Naing shuddered. She was free, but still trapped. In the courtroom, all was cold and sterile. As the television screen buzzed to life, the blurry images slowly formed the close-up side profile of a man. He was sitting in the dock of a separate courtroom nearby.

Naing felt a surge of emotions. First fear, then anger, and finally a rush of hatred and despair. The sight of her former tormentor-cum-sex broker was too much for her. She could hear the distant echo of a question: “Do you recognise this man?” All she could do was burst into tears.

Her reaction was damning evidence against the sex broker (pimp), whose persuasive words and promises of a better job turned into a terrifying nightmare for the naïve teenager. The pimp was jailed and Naing has since been repatriated to her village.

Like many ethnic immigrants ensnared by South-East Asia’s flesh trade, life for Naing is no fairytale, but it is slightly better than the plight of many women and children trapped in the vicious limbo of human trafficking. It is an industry that includes paedophilia, human slavery and to an extent, organ harvesting.

However, not all victims of sex trafficking can find an easy escape.

As law enforcement officers tighten the noose around sex traffickers, sex agents quickly adapt. “Most traffickers know the confines of the law quite well, and can find a loophole rather quickly,” said Duean Wongsa, the project manager at Trafcord, northern Thailand’s anti-trafficking unit.

Mae Sai, on the Myanmar-north Thailand border, is teeming with sex workers who stream in daily via motorcycles, buses, trucks and even on foot.

One of the common ways of avoiding detection is “catalogue-selling” their services where photo albums of girls in various poses are sent out as brochures, instead of conducting the conventional “cattle market” style where the girls are made to parade in front of prospective clients. Another way is to screen the clients before the girls are sent over.

“It is also more difficult to find victims of trafficking, as the sex brokers are extra careful in covering their tracks,” said Duean. These sex agents could be anybody. Many young girls are trafficked by people they know – aunts, uncles, friends and relatives, whose stories and promises of a better life entice them to leave home.

Also, sex agents survive by changing their base of operations. Once a hotbed of prostitution in Thailand, Chiangmai now serves as a hub for the transit of sex workers. The border towns of Tak and Tha Khi Lek – Mae Sai (Myanmar-North Thailand) are teeming with sex workers who stream in daily via motorcycles, buses, trucks and even on foot. Once they are in Thailand, makeshift visas are readied for the passage to Japan, Europe, Bahrain, South Korea and Singapore.

Some of the workers head for the shores of Malaysia, where they end up in brothels working 20 hours and servicing up to 10 clients daily.

In 2005, Trafcord co-operated with Tenaganita for the first time, in a Malaysian case. Ten girls, aged 14-15, were discovered working in a brothel in Johor Baru, servicing Singaporean clients. The girls originated from Thailand, Myanmar and China, and were lured there thinking they would be working as receptionists. The story is all too familiar. They ended up in prostitution and misery.

Regional co-operation is what Trafcord aspires to achieve, to stamp out trans-border human trafficking. Since 2003, MOUs have been signed with Cambodia, Vietnam and Laos to curb the vice in the Mekong area, where rampant trafficking has bedevilled the authorities for years.

Traffickers’ lair: A tribal village where victims are lured away from their families and end up in slavery

But tackling human trafficking is not only the authorities’ job. It involves the effort of social workers, psychologists, lawyers, immigration officers and a network of people to bring one case to a closure. And the road to repatriation and restoration is often laborious and thankless.

“Human trafficking will not disappear in the near future because of economic situations, globalisation and the social fabric of our time,” explained Duean. “Although we try to co-ordinate and push for the process of law to protect victims of trafficking, it boils down to the government to take the lead in stamping out trafficking.”

Pandangan anda dihargai


Fekah Jenayah:Hirabah

Bila bercakap tentang undang-undang jenayah Islam saya mahu tekankan sekali lagi bahawa kefahaman terhadap undang-undang ini amat daif termasuklah orang-orang yang menyeru kearah perlaksanaannya sediri.

Saya menyeru para cendikiawan supaya menggunakan teknik taqarub, atau tasamuh. Maksud saya ialah kita memberikan alternatif undang-undang Islam yang paling hampir dengan pengamalan undang-undang sedia ada demi meringankan atau memudahkan perlaksanaannya.

Contohnya boleh kita katakan bahawa undang-undang hudud Islam dalam hukum hirabah telah diamalkan sekarang. Ini kerana orang yang melakukan jenayah hirabah atau rompakan hukumannya tidak disepakati oleh ulamak. Walaupun ianya sabit dengan ayat quran tapi medan zanninya masih luas lagi. Saya lebih melihat bahawa perlaksanaan hudud di Malaysia telah dijadikan alat politik.

Pandangan anda dihargai