Thursday, 28 January 2010

Buku terbitan Malaysiakini dirampas

Dua buku terbitan anak syarikat Malaysiakini, Kinibooks, dirampas dalam dua serbuan yang dijalankan di Pulau Pinang dan Melaka.

Buku - 1FunnyMalaysia (1Malaysia Lucu) dan Where is Justice? (Di mana Keadilan?) - dirampas dari kedai buku Popular di Melaka Shopping Centre, di Melaka, semalam. Sebuah lagi cawangan kedai buku itu di Gurney Plaza, Pulau Pinang diserbu pada 7 Januari lalu.

Menurut pihak berkuasa, kedua-dua buku berkenaan “boleh mendatangkan ancaman kepada ketenteraman awam dan keselamatan serta memudaratkan soal moral.”

Sejumlah 64 naskhah buku dirampas dalam kedua-dua operasi.

Pada serbuan di Melaka, semalam, sepasukan anggota polis dari ibu pejabat di Melaka melawat kedai buku Popular dan merampas 33 buku berkenaan.

Menurut polis, serbuan dijalankan menurut seksyen 18, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

1Funny Malaysia adalah rangkuman kartun karya Zunar's manakala Where is Justice? pula menceritakan mengenai kematian dan kekejaman polis ketika dalam tahanan. Ia memfokus kepada empat kes utama yang membabitkan Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu, dan Anwar Ibrahim.


Wacana Ilmuan:
Wacana Ilmuan menolak sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang bertentangan dengan hak kebebasan bersuara dan menganggap peristiwa di atas bertentangan dengan prinsip negara demokrasi. Tindakan seperti ini bukan sahaja merupakan satu kekerasan terhadap individu tertentu tetapi merupakan satu jenayah kepada jenerasi akan datang. Ini kerana negara yang kehilangan sitem kebebasandan hak akn mengundang suasan tidak stabil dikemudian hari. Tindakanyang bertentangan dengan kebebasan adalah kezaliman yang tidak boleh dipandangan ringan.
Pandangan anda dihargai


Tafsir Jumaat: Surah Ali Imran 78-82

78-

وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

79-

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَكِن كُونُواْ رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

80-

وَلاَ يَأْمُرَكُمْ أَن تَتَّخِذُواْ الْمَلائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا أَيَأْمُرُكُم بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنتُم مُّسْلِمُونَ

81-

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُواْ أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُواْ وَأَنَاْ مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ

82-

فَمَن تَوَلَّى بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


Allah menceritakan lagi kepada kita umat Islam keburukan yang dilakukan oleh Bani Israel, keburukan yang dibentangkan kali ini juga melibatkan amanah.

Jika dalam ayat lepas Allah menerangkan hilangnya amanah dalam hubungan muamalat maka kali ini Allah menerangkan pula bahawa amanah ilmu juga telah dilanggar oleh Bani Israel.

[78]
Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

Allah mendedahkan teknik penyelewengan ilmiah yang berlaku:
1- Mereka mentafsirkan Kitab Taurat dengan makna yang salah dan mengaburi masyarakat.
2-Mereka mereka-reka sesuatu yang tidak ada dalam agama lalu mendakwa ianya adalah dari Allah.

Kejahatan golongan peniaga melanggar amanah dalam muamalat akan meruntuhkan ekonomi, sementara kejahatan golongan agama melanggar amanah ilmu akan meruntuhkan pegangan agama masyarakat.

Kebiasaannya sifat tidak amanah dikaitkan dengan orang yang tidak berilmu, mengapa pula ulamak juga boleh terkena dengan penyakit yang merbahaya ini? Jawapannya ialah kerana ketaqwaanlah yang menjadi fokus sebenar. Ilmu pula adalah penunjuk jalan. Jika orang berilmu boleh terpesong maka alangkah senangnya bagi orang yang tidak berilmu untuk terpesong lebih jauh lagi.

Apabila ketaqwaan yang tersimpan dalam hati sudah tidak ada, maka agama juga boleh dipergunakan oleh seseorang untuk mencapai kepentingan peribadinya.

Agama yang pada dasarnya menjadi alat untuk mendekatkan diri kepada Allah akan dipergunakan untuk mendapat tujuan keduniaan.

Melalui kedua-dua teknik yang dilakukan oleh Bani Israil itu tadi, dapat juga dibayangkan bahawa orang yang melanggar amanah ilmu itu sebenarnya ialah orang-orang yang jahil.

Ini kerana mereka telah mentafsirkan kitab Taurat denan maknanya yang tidak sebenar!! Mungkin sebenarnya jahil, tidak berilmu, tetapi disebabkan kepentingan tertentu cuba juga mentafsirkan kitab kerana mereka disangka oleh orang-orang yang jahil sebagai ulamak.

Orang-orang yang yang jahil juga dengan mudah boleh mereka apa-apa sahaja yang mengguntungkan mereka lalu dikatakan ianya dari ajaran agama.

Sekarang ini kita semakin faham mengapa Allah telah mengubah kenabian yang semenjak sekian lama dipilih dari kalangan Bani Israel tetapi ditukar kepada bangsa Arab. Kita telah mula faham sabab musababnya ialah kerana Bani Israel telah kehilangan hemah, akhlak dan kemuliaan.

Mana sahaja bangsa yang tidak memiliki hemah, akhlak dan kemuliaan maka mereka tidak layak untuk menerajui dunia, inilah sunah alam yang berlaku disepanjang zaman.

Beberapa penyelwengan jenis ini, telah berlaku juga dalam kehidupan umat Muhammad. Kalaulah tidak kerana jaminan Allah bahawa umat inilah yang akan mewarisi bumi ini, maka sudah tentu mereka juga telah menemui kehancuran sebagaimana Bani Israel.

Lahirnya berbagai ajaran sesat yang bermula dengan dakwaan kenabian, rekaan hadis-hadis palsu, penyebaran amalan bidah, penggunaan agama untuk kepentingan puak, pangkat dan kedudukan. Ianya berlaku disepanjang sejarah umat Muhammad.

Namun apa yang membezakan umat ini dari Bani Israel ialah umat Muhammad tidak sepakat dalam kejahatan dan maksiat. Akan tetap ada orang yang bangkit dari umat ini untuk memerangi segala penyelewengan yang berlaku terhadap agama tercinta ini. Kesan dari pendirian sebahagian orang yang sanggup menegakkan kebenaran ialah umat ini tetap terpelihara dari kehancuran yang menyeluruh.

Namun demikian dari semasa kesemasa timbul juga percuabaan mempergunakan agama walaupun tidak sampai ketahap Bani Israel. Antara peristiwa yang terakhir berlaku ialah apabila kerajaan Mesir telah menggunakan fatwa al Azhar untuk membenarkan perbuatan pihak berkuasa membina tembok disempadan Mesir Palestin bagi mengepung rakyat Palestin. Walau bagaimanapun ulamak dan orang-orang Islam seluruh dunia membantah tindakan dan fatwa yang dianggap satu pembohongan dan pencerobohan terhadap hak kemanusiaan dan kesucian Islam.

Di Malaysia, saya melihat perbuatan memperniagakan air-air jampi dan doa, perbuatan memperniagakan barangan makanan yang didakwa mengandungi jampi dan bacaan quraan tertentu termasuk dalam ertikata penyelewengan terhadap agama dan satu penggunaan terhadap kitab Allah atas tujuan keduniaan.

Penjualan kopi dan teh misalnya yang mempunyai unsur agama seperti gambar orang sedang berdoa atau solat adalah percubaan pemasaran yang kotor dan keji kerana menipu masyarakat yang jahil seolah-olahnya kopi dan teh tersebut termasuk dalam urusan keagamaan yang dituntut oleh Islam. Hasil yang sebenarnya ialah keuntungan yang melimpah ruah kepada 'ulamak-ulamak Bani Israel' yang sedang memperdagangkan agama mereka.

Selain itu, terdapat para penceramah, penganalisa dan berbagai nama lagi yang dengan tidak segan-segan mengupas dan mengulas perkara berkaitan agama sedangkan merka tidak mempunyai keahlian dalam urusan tersebut.

Amanah ilmiah sebenarnya bukan sahaja perlu ditekankan dalam persoalan keagamaan, tetapi dalam semua bidang, kediktoran, kejuruteraan, ekonomi dan sebagainya. Akibat nasihat dan consultasi yang bersifat tidak amanah dan berkepentingan peribadi, syarikat-syarikat besar dan pentadbiran negara sendiri akan musnah.

Semasa saya belajar subjek Strategic Management, pensyarah yang bepengalaman dalam bidang korporat berkata, ramai CEO yang bila masuk kesesebuah syarikat mula merangka strategi untuk membuat keuntungan peribadi, apabila mereka meninggalkan syarikat yang diterajui, syarikat mengalami kerugian besar sementara poket mereka sarat berisi emas.

Di zaman Rasulullah, orang-orang Yahudi Bani Najran datang berjumpa Rasulullah dan cuba bertolak ansur dengan baginda. Mereka ingin merasuah baginda s.a.w. dengan kuasa agama, kuasa yang sering dikejar-kejar oleh manusia selepas kuasa politik. Mereka menawarkan untuk menyembah baginda.

Penegasan terhadap kesucian Islam ditetapkan oleh Allah, menjelaskan bahawa Rasulnya s.a.w. adalah manusia yang bukan mengejar kuasa agama sebagaimana yang disangkakan.

[79
]
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

[80]
Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?

Para nabi dan rasul adalah orang-orang yang menjaga amanah, mereka tidak mempergunakan agama untuk tujuan peribadi, mereka tidak menjadikan taraf kenabian untuk mendapat kuasa dan pangkat, meraka menjaga amanah tersebut kerana mereka telah menerimanya dari Allah sebagai tanggungjawab yang dipersoalkan.


[81]
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu."


[82]Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.


Pandangan anda dihargai


Tuesday, 26 January 2010

Apa Yang Penting Dalam Isu Nama Allah??

Satu soalan yang saya mahu anda jawab. Mengapa pelajar wajib pakai baju putih dan seluar biru untuk ke sekolah? Apakah rahsia warna putih dan biru? Apakah pelajar sekolah tidak akan lulus atau susah nak pandai kalau mereka pakai baju merah?

Jawapannya ialah sudah tentu tidak, sama saja kalau kita pakai baju merah atau baju biru atau baju putih. Habis mengapa kementerian wajibkan baju putih? Jawapannya ialah untuk penyeragaman. Rahsia disebalik penentuan itu bukan terletak disebalik warna yang dipilih, atau kalau adapun resionalnya maka bukanlah sebab utama, tapi rahsia sebenar ialah kerana anak-anak yang hendak ke sekolah mestilah diseragamkan.

Bila mereka seragam maka senanglah orang mengenali mereka ketika mereka ada masaalah dijalanan atau ketika mereka ponteng kelas. Mereka juga tidak dapat dibezakan antara siapakah yang kaya dan siapakah yang miskin. Mereka juga mudah dihalang dari menunjuk-nunjuk fesyen terkini dan berbagai sebab lain lagi.

Apa hubungan dengan penggunaan nama Allah? Nanti dulu, sabar, sebenarnya saya juga mahu menjelaskan bahawa setiap undang-undang mestilah bersifat resional, ada justifikasinya.

Dalam kes pakaian sekolah tadi apa kata kalau pelajar pada hari itu tak dapat pakai baju sekolah kerana semua bajunya basah, bolehkah dia pakai baju lain untuk masuk kelas? Saya percaya ramai yang akan kata ok boleh, sebab yang penting ialah belajar dan bukan bajunya.

Dalam satu kes lagi ialah undang-undang pakai topi keledar. Apa yang penting pada undang-undang ini? Mengapa tidak ditetapkan warna yang wajib dipakai? Jawapannya ialah objektif undang-undang ini berlainan dari objektif yang pertama.

Jika undang-undang yang pertama bukan diwajibkan pada perkara itu sendiri tetapi ada tujuan lain, maka pakai topi keledar berbeza sedikit. Ini kerana undang-undang ini sememangnya menjadi tujuan. Rahsia mewajibkan pemakain topi keledar terletak pada pemakaian itu sendiri iaitu menjaga kepala penunggang. Oleh itu dalam kes ini tidak ada kompromi dalam siapa yang tidak memakainya.

Dalam entry yang lepas saya jelaskan bahawa penggunaan nama Allah oleh agama lain tidak menggangu kesucian Islam.Sebab-sebabnya telah saya nyatakan dalam entry lepas. Namun demikian saya jelaskan juga bahawa pemerintah boleh mengenakan larangan bukan atas dasar ianya mencemarkan kesucian Allah tapi atas dasar bimbang ianya dijadikan alat untuk mendakwah orang Islam kepada Kristian.

Sekali lagi mungkin anda bertanya apa hubungannya dengan analogi baju sekolah diatas. Sekarang saya ingin mengaitkan dengan pertikaian dalam masaalah ini, sebahagian mengatakan boleh dan sebahagian mengatakan boleh. Saya lihat kepentingan paling tinggi dalam konteks umat Islam di Malaysia hari ini bukan pada boleh atau tidak bolehnya penggunaan tersebut.

Kepentingan paling penting dalam kes ini ialah tauhid al ummah. Menyatukan ummah. Para ahli politik dan cendikiawan mesti melihat bahawa kejayaan mereka mencari pendapat yang dipersetujui atau dalam konteks lain kejayaan mereka menyatukan pendapat orang Islam dalam bab ini lebih penting dari jawapan kepada boleh atau tidak boleh.

Mengapa saya berpendapat demikian? Ini kerana dalam kecelaruan yang berlaku sehingga ada wakil rakyat saling cabar-mencabar, maka mereka kehilangan kekuatan sedangkan apa yang mereka cari dari keputusan boleh atau tidak adalah untuk membina kekuatan.

Saya yakin sekiranya umat Islam sedar dengan kepentingan keputusan yang disepakati maka walaupun kita tidak setuju dengan sesuatu keputusan maka kita akan akur dan menganggapnya ra'yun marjuh yang kita tunduk dan patuh.

Mungkin pendapat ini akan menyebabkan anda bertanya apakah pulanya kepentingan satu pendapat sedangkan saya dalam banyak hal menyeru kearah kepelbagaian? Jawapannya ialah kerana hukuman ini melibatkan bidangkuasa pentadbiran, maka kepelbagaian akan berkisar dalam sudut akedemik sahaja tidak lebih dari itu. Jika ianya melibatkan pentadbiran apakah kesannya? Kesannya ialah undang-undang yang tidak dipatuhi oleh sebahagian manusia dan hanya dipatuhi oleh sebahagian sahaja maka lebih baik undang-undang itu tidak wujud kerana ianya tidak sampaikepada objektif yang dikehendaki.

Kesepakatan yang saya katakan lebih penting itu sebenarnya mernjelmakan kepada kuasa agama yang masih utuh dan tidak boleh diganggu gugat. Kesepakatan adalah lebih penting kerana itulah yang akan melindungi kepentingan umat Islam dari sudut kewibawannya.
Pandangan anda dihargai


Saturday, 23 January 2010

Hukum Menceroboh Masjid

4 ditahan berkaitan kes bakar surau di Muar

Empat orang ditahan di Johor kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 28 tahun. Seorang daripada mereka yang ditahan itu dipercayai anak seorang anggota polis. Pada 21 Januari lalu, dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer. Mereka ditahan di tempat yang berasingan pagi semalam - kurang 48 jam selepas insiden tersebut.

Ismail berkata, suspek, termasuk seorang daripadanya bekerja sebagai pelayan dan seorang lagi penganggur, tinggal berdekatan surau tersebut.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan motif sebenarnya perbuatan tersebut belum diketahui. Menurutnya, polis telah mendapat perintah reman ke atas mereka. Penangkapan mereka dibuat selepas 15 orang ditahan reman ekoran insiden serangan ke atas gereja.

Wacana Ilmuan:

Wacana Ilmuan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menceroboh masjid dan surau sepertimana yang telah berlaku. Menceroboh dan memusnahkan masjid tidak seharusnya disamakan dengan tindakan menceroboh dan memusnahkan tempat-tempat lain seperti dewan orang-ramai, pasar atau kelab. Menceroboh masjid dan membakarnya adalah satu keganasan terhadap agama Islam yang menjadi tonggak pemerintahan di Malaysia. Hukuman sekeras-kerasnya perlu dijatuhkan kepada orang yang bertindak demikian kerana beberapa alasan:

1- Masjid dan surau adalah tempat suci umat Islam yang mana tindakan mencerobohnya dianggap satu pencerobohan terhadap kesucian Islam, kedaulatan raja-raja dan negara.

2- Perbuatan memusnahkan masjid dianggap satu pengishtiharan perang terhadap Duli Yang Dipertuan Agong kerana baginda adalah penaung agama Islam di Malaysia. (Jika tafsiran ini diterima maka pesalah boleh dihukum mati)

3-Pencerobohan terhadap masjid akan menimbulkan malapetaka kekacawan perkauman yang sangat merugikan rakyat Malaysia seluruhnya.

4-Pencerobohan keatas masjid adalah pencerobohan terhadap maruah Islam dan pencerobohan terhadap kuasa pemerintahan Islam.

Oleh ituWacana Ilmuan menuntut agar sekeras-keras hukuman dikenakan kepada orang yang didapati bersalah membakar tempat ibadat dan simbol kekuasaan umat Islam.

Dalam ruangan ini saya ingin mengajak orang yang sensitif dengan isu penggunaan nama Allah, sekarang inilah masanya untuk anda menggunakan tenaga anda mesti sensitif dengan pembakaran surau!!!

Pandangan anda dihargai


Allah Untuk Semua: Dr Yusuf Qardawi

Dr Yusuf Qardawi, ketua persatuan ulamak Sedunia tellah mengecam tindakan menceroboh gereja yang berlakudi beberapa buah negara Islam seperti Maaysia, Negeria dan Mesir.

Dalam khutbah Jumaat beliau 22 Januari 2010 di Masjid Umar al Khatab, ibu negara Qatar, beliau telah menekankan bahawa penggunaan nama Allah adalah untuk semua manusia. Beliau telah melandaskan pendapat beliau dengan ayat surah al Fatihah, al Hamdulillah Rabil Alamin. Maksudnya ialah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.

Dr Yusuf Qardawi menganggap pertikaian yang wujud dan pencerobohan terhadap tempatsuci agama lain adalah disebabkan kejahilan umat Islam. Dalam khutbah beliau, Dr Yusuf Qardawi menggesa umat Islam supaya tidak menggunakan keganasan sebagai penyelesaian dalam hubungan dengan agama lain, bahkan menggunakan teknik dialog, perbincangan dan berbagai cara aman yang menarik.
Sumber: Islam Online

Pandangan anda dihargai


Friday, 22 January 2010

Takziah & Tazkirah Atas Kemangkatan Sultan Johor

Takziah diucapkan kepda seluruh kerabat Diraja Johor dan sekelian rakyat jelata atas kemangkatan baginda Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Kami mendoakan semoga roh baginda dikembalikan oleh Allah bersama orang-orang yang berjaya. Amin.

Coretan ini ditujukan buat diri dan sahabat guna sebagai bekalan dalam perjalanan.....

Kematian bukan satu penghujung kepada kehidupan manusia, tetapi ianya satu permulaan bagi kehidupan sebenar yang panjang. Kematian hanyalah penghubung antara alam dunia dan alam akhirat.

Apabila tiba sahaja detik kematian menemui kita, maka terlucutlah segala kedudukan, pangkat, harta, kuasa, kemegahan dan segala kemuliaan di dunia. Detik kematian menjadikan kita manusia yang sama tiada bezanya.

Pada hari kematian menjemput kita, maka bertukarlah segala keperluan dan harapan. Pada hari itu tidak bergunalah lagi segala kemewahan dunia. Menjadi hinalah segla pujian dan sanjungan, menjadi rendahlah segala darjat dan kebesaran.

Pada hari kematian menjemput kita, maka tercari-carilah kita amalan mulia ketika di dunia. Terlihatlah kita pada besarnya iman dan islam, terpegunglah kita pada besarnya ibadah dan taat.

Pada hari kematian menjemput kita, kemegahan adalah pada iman, ganjaran adalah pada pahala, kedudukan adalah pada syurga. Pada waktu itu tercari-carilah kita amalan di dunia. Manakah solatku?. Manakah puasaku? Manakah jihadku? Manakah dakwahku? Manakah amar marufku dan manakah nahi mungkarku?

Pada hari kematian menjemput kita, bermegahlah kita dengan ganjaran taat, bergembiralah kita dengan ganjaran adil, bersukarialah kita dengan ganjaran amanah. Pada hari kematian menjemput kita menggununglaha harapan pada sedekah, menggununglah harapan pada ilmu yang dimanafatkan, pada saudara muslimin yang mendoakan.

Pada hari kematian menjemput kita, nyatalah sahabat berkekalan ialah mu'minin. Nyatalah pemimpin sebenar adalah baginda s.a.w. Nyatalah penguasa hakiki adalah tuhan sekelian alam.

Pada hari kematian menjemput kita, bertukarlah kelalaian yang dulunya indah menjadi sesuatu yang mengerikan. Bertukarlah nafsu jahat menjadi sesuatu yang menakutkan. Bertukarlah kealpaan menjadi sesuatu yang memilukan.

'Kembalikan kami kedunia!!' rintih orang yang zalim. 'Aku akan beramal soleh' kata orang yang engkar. 'Kalaulah aku menjadi tanah' ujar orang-orang yang lalai.

Pada hari kematian menjemput kita, bertanyalah kita pada diri apakah harganya artis pujaan ku? Apakah harganya bintang bolasepak ku? Apakah harganya rakan bersukaria ku? Apakah harganya??

Pada hari kematian menjemput kita, terputuslah segala hubungan, terhentilah segala amalan. Terpedayalah manusia dengan bedilan meriam, tertipulah manusia dengan upacara perbarisan, dengan irama kesyahduan. Tertipulah manusia dengan andaian dan angan-angan.

Pada hari kematian menjemput kita, bermegahlah kita dengan amal soleh yang ada, bermegahlah kita dengan dakwah, dengan jihad, dengan solat, dengan sabar, dengan ilmu, dengan sedekah...bermegahlah dengan duri-duri yang menusuk sewaktu menyelunsuri jalan dakwah.

Bbermegahlah dengan kepahitan amar ma'ruf nahi mungkar, bermegahlah dengan liku-liku tarbiah, bermegahlah dengan kebenaran yang pahit dikerongkongmu, bermegahlah dengan kesempitan mu, bermegahlah dengan kesakitan, bermegahlah dengan kematian ini... karana ianya untuk Allah...

http://benmokhtar.blogspot.com


Tafsir Surah Ali Imran 3

75-
ومِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لاَّ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

76-
بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

77-
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلاً أُوْلَئِكَ لاَ خَلاقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dalam ayat-ayat yang lepas alqurnan telah menceritakan keburukan yang telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi. Satu lagi keburukan yang diamalkan oleh mereka ialah tidak amanah. Apabila mereka berurusan dalam harta mereka akan memakan harta orang secara zalim. Tidak mahu membayar balik hutang orang adalah kerja jahat yang di lakukan oleh mereka.

Alangkah banyaknya sifat ini dikalangan orang Islam sekarang. bank Islam pernah memperkenalkan pinjaman yang dinamakan qardul hasan. Pinjaman ini tidak bersifat menghasilkan keuntungan. Sesiapa yang pinjam RM1000 maka bayar balik RM1000. Akhirnya skim ini terpaksa ditutup kerana terlalu ramai orang yang tak bayar. Begitu juga dengan hutang-hutang lain.

Sewaktu Allah mahu menceritakan keburukan Yahudi yang tidak amanah, Allah juga menceritkan bahawa dikalangan mereka ada juga yang amanah. Ayat ini memberi pengajaran tambahan kepada kita supaya berakhlak dengan akhlak yang mulia, janganlah menyembunyikan kebaikan orang yang kita marahi dan janganlah menukarkan fakta. Ramai orang Islam yang apabila marah terhadap sesuatu kumpulan maka semua yang dilakukan oleh kumpulan itu dianggap salah walaupun pada hakikatnya betul. Ini adalah salah satu perlanggaran terhadap amanah.

75-Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

Orang-orang Yahudi rata-ratanya berangapan menzalimi orang lain selain Yahudi adalah harus. Bila mereka melakukan kejahatan kepada orang-orang Arab mereka menganggap perbuatan itu tidak berdosa.

Dalam kehidupan umat Islam masakini sikap ini juga tersebar. Ramai orang yang menganggap menipu pelancung tak bersalah atau inilah peluangnya untuk menipu, kalau ada orang luar yang datang ke negara kita atau ada sesuatu masaalah yang melibatkan orang yang tidak kita kenali maka sebahagian ahli masyarakat tidak teragak-agak untuk menzalimi . Perbuatan ini disangkal oleh Allah dengan memberikan kaedah umum.

76-Bahkan (mereka berdosa), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

Ayat diatas menggunakan perkataan 'sesiapa' untuk menunjukkan kaedah ini terkena kepada seluruh manusia dan bukan kepada orang Yahudi sahaja. Sesiapa yang bertaqwa dia akan dikasihi Allah, sesiapatidak bertaqwa dia akan dimurkai.

Sesiapa yang bersifat juga dengan perangai buruk yang telah disebutkan maka mereka akan mendapat murka Allah:

77-Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Murkanya Allah kepada orang yang melakukan berbagai kejahatan yang telah diterangkan sehinggaAllah menjelaskan bahawa mereka tidak akan mendapat kebahagiaan di akhirat, Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka, Allah tidak memandang mereka, Allah tidak akan mengampunkan mereka dan untuk mereka azab yang pedih.





Wednesday, 20 January 2010

Hidup Semula Setelah Mati


ZIZI meneguk air selepas dia dibawa keluar dari celah runtuhan sebuah gereja di Port-au-Prince kelmarin.

Kosmo 21 Januari 2010

PORT-AU-PRINCE - Seorang wanita warga emas, Ena Zizi antara empat mangsa yang masih hidup dan berjaya diselamatkan kelmarin setelah dia terperangkas dalam runtuhan sebuah bangunan selama seminggu akibat gempa yang melanda Haiti pada 12 Januari lalu.

Nenek berusia 69 tahun itu ditemui terperangkap di sebuah gereja Roman Katholik di sini oleh pasukan penyelamat Mexico namun paderi Joseph Serge Miot yang berada dekat dengan wanita tersebut ketika gempa pada minggu lalu ditemui terbunuh.

Pandangan anda dihargai


Tuesday, 19 January 2010

Rahmat Islam Mengatasi Segalanya



Gambar di atas telah disiarkan sehari dua lepas dalam Kosmo. Gambar ini menceritakan bagaimana marahnya orang Haiti kepada pencuri yang dapat ditangkap. Di tengah-tengah suasana tidak menentu yang dihadapi oleh rakyat negara itu ekoran gempa bumi dan kelewatan bantuan makanan dan air bersih.

Apabila melihat gambar ini, saya mula bertanya kepada diri saya sendiri, apa agaknya yang akan berlaku pada dunia ini jika yang menghukum pencuri itu adalah orang Islam? Sudah tentu segala macam ulasan dan amaran akan dikeluarkan. Orang Haiti rata-ratanya beragama Kristian mazhab Khatolik. Hukuman ini tidak sedikitpun dikaitkan dengan keganasan Kristian.

Islam menghukum pencuri yang cukup syaratnya dengan hukuman potong tangan, kemudian mereka dirawat. Selain itu Islam melarang perlaksanaan hukuman di laksanakan ketika suasana masyarakat tidak mementu, ketika ketiadaan makanan, kemiskinan, kebuluran, kemarau dan peperangan. Larangan perlaksanaan hukuman juga dikenakan ketika tiadanya institusi keadilan yang berwibawa.

Gambar di atas bukan sahaja menceritakan kepada saya kerahmatan Islam tetapi menceritakan kepada saya betapa umat Islam telah mengabaikan aspek penyiaran. Apabila keaiban umat Islam di sebarkan dan diperbesar-besarkan oleh media barat sementara umat Islam terduduk kelesuan seperti harimau tua yang telah kehilangan taringnya.

Umat Islam Malaysia pula memikul dua keaiban. Pertama kerana gagal mewujudkan sumber imformasi peringkat antarabangsa dan keduanya kegagalan menguasai media dalam negara sendiri. Akibatnya umat Islam Malaysia melihat apa yang 'orang lain' mahu kita lihat.

Kesilapanya ialah samada kerana kegagalan kita mewujudkan orang kaya yan mampu membeli kepentingan media untuk sajian umat atau wujudnya orang kaya yang tidak pernah terfikir untuk mengorbankan harta dan masanya bagi memenangkan agama Allah yang tercinta.

Tidak hairan kalau sajian media sentiasa berbentuk negetif, samada kisah cinta yang tidak terarah, pemujaan melampau terhadap artis, cerita seram yang memaparkan ustaz hanya sebagai penghalau hantu atau cerita ganas yang membunuh naluri kerahmatan.

Gambar diatas adalah lukisan kehidupan yang bukan sahaja menceritakan keganasan di Haiti, tetapi juga menggambarkan betapa alam ini sedang menjerit kepada muslim, bangkitlah dari tidurmu dan ambillah amanah khilafah dengan tanganmu!!! Hanya rahmat Islam mengatasi segalanya!!!

Pandangan anda dihargai


Monday, 18 January 2010

Cukai Pintu Bertentangan Dengan Syariat: Ulamak Azhar


Ahli Majlis Majma' Buhus di al Azhar sepakat mengatakan cukai pintu yang bakal dikenakan kepada rakyat Mesir adalah sejenis cukai yang bertentangan dengan syariat Islam.

Dr Muhammad Mokhtar Mehdi salah seorang ahli Majma' Buhus menerangkan, antara sebab ianya bertentangan dengan syariat ialah:

1- Keperluan asasi: antara perkara yang tidak dikenakan cukai ialah keperluan asasi rakyat seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian.

2-Bukan Komersial: Tempat tinggal atau rumah persendirian yang didiami oleh pemiliknya tidak digunakan untuk menjana pendapatan dan keuntungan maka ianya tidak boleh dikenakan cukai.

Dr Mehdi menjelaskan lagi bahawa cukai dalam Islam diambil dengan kadar yang sangat minima dan dalam aktiviti yang mendatangkan keuntungan.
Syeikh Fauzi Zafzaf yang juga salah seorang ahli Majma' Buhus al Azhar menjelaskan:
Cukai pintu menzalimi pemilik rumah walaupun dia mendapat pendapatan daripada rumahnya, ini kerana pemilik rumah telah dikenakan cukai pendapatan, jika cukai pintu dikenakan, maka pemilik akan dibebani dengan dua cukai terhadap satu pendapatan.

Para ulamak Majma' Buhus al Azhar yang beribu pejabat di Kuwait sepakat mengatakan cukai pintu merupakan pencerobohan terhadap harta orang ramai dan balasannya ialah azab Allah...

Namun demikian sehingga kini masih belum ada resolusi resmi yang dikeluarkan oleh Majma' Buhus dan al Azhar sebenarnya tidak berniat untuk membincangkan isu ini dalam suasana kerajaan Mesir sedang mengkaji untuk mengenakan cukai pintu kepada rumah yang dimiliki oleh rakyatnya.
Sumber: islamonline.net

Pandangan anda dihargai


Kanak-kanak Gaza Menyumbang Untuk Haiti



Walaupun kanak-kanak Gaza telah menjadi mangsa kepungan Yahudi semenjak 2007, mereka masih mampu menunjukkan rasa simpati terhadap mangsa gempa bumi Haiti. Mungkin bantuan yang di kumpulkan tidak membri banyak impak pada rakyat Haiti, tapi risalah lain yang dapat disampaikan kepada dunia ialah hanya rakyat Gaza yang kesusahan dapat menyelami beratnya musibah yang menimpa Haiti. Anak-anak kita pernah terfikir?

Pandangan anda dihargai


Sunday, 17 January 2010

Perkahwinan: Wali Mujbir & Thayib

Soalan:Apakah illah yang membuatkan wanita yang telah bersetubuh samada dari perkahwinan yang sah atau tidak untuk tidak lagi tertakluk kepada wali mujbir?

Wacana Ilmuan:

Illah adalah sebab kepada hukum. Para ulamak membina hukum hakam berdasarkan illah yang dijumpainya berdasarkan cara-cara menetapkan illah.

Dalam kes wali mujbir, para ulamak bersalahan pendapat dalam menanggapi siapakah yang layak untuk menjadi wali mujbir? Adakah ayah dan datuk atau datuk sahaja? Imam Syafie berpendapat Ayah dan datuk sementara Imam Hambali menganggap bapa sahaja yang memiliki kuasa memaksa anaknya berkahwin.

Para ulamak bersalahan pendapat tentang illah ijbar, apakah wali mujbir dibolehkan memaksa orang yang di walikannya kerana perempuan itu masih kecil atau kerana dia masih dara? Dalam ertikata lain apakah illah ijbar? Bakarah atau sughr?

Ulamak yang mengatakan bakarah maka mereka akan melihat setiap wanita yang telah tidak dara maka dia tidak boleh dipaksa oleh wali mujbir. Ulamak yang melihat sebabnya ialah sughr (tidak cukup umur) maka mereka akan menganggap wali mujbir tidak boleh memaksa apabila perempuan telah baligh.

Satu soalan ialah mengapa mereka mencari illah dalam kes ini? Jawapannya ialah sebenarnya para ulamak ingin mencari apakah yang paling baik bagi perempuan? Sebenarnya para ulamak mahu menjaga kepentingan wanita. Ini kerana wanita agak sukar menentukan pasangan yang paling baik baginya, terutamanya dalam masyarakat yang wanitanya tidak mempunyai pengalaman dalam kehidupan luar.

Apakah wanita boleh menanggapi kepentingannya sebaik sahaja dia baligh atau bila dia telah mempunyai pengalaman dalam berhubung dengan lelaki? Imam Hanafi menganggap wanita telah mampu menentukan kemaslahatn dirinya sebaik sahajadia baligh. Syafie enganggap wanita yang telah pernah bersetubuh telah mempunyai pengalaman dalam menentukan kemaslahatan untuk dirinya.

Saya lihat kelainan ijtihad ulamak ini sesuatu yang normal berdasarkan kehidupan dan kematangan masyarakat yang berlainan mengikut tempat dan zaman. Para ulamak silam berijtihad mencari kemaslahatan untuk wanita sesuai dengan zaman mereka dan ulamak zaman ini perlu berijtihad untuk memnuhi kemaslahatan wanita sesuai dengan zaman ini.

Kedua-dua unsur itu wujud dan berkemungkinan besar di zaman kita satu ijtihad baru perlu diwujudkan memandankan meluasnya sikap tidak bertanggung jawab yang agak ketara di pihak ayah dan datuk kepada anak dan cucunya.

Pandangan anda dihargai


Friday, 15 January 2010

Gerhana Dari Perspektif Islam


Lebih kurang pukul 3.06 petang tadi telah berlaku gerhana matahari. Samada gerhana matahari Solar Eclipse atau gerhana bulan Lunar Eclipse, kedua-duanya adalah fenomena alam yang mengajak manusia untuk merenung sejenak tentang alam.

Bagi Islam , kedua-duanya adalah tanda kesuasaan Allah. Manusia sering lupa dan tertipu dengan kebiasaan. Jika dilihat dalam perkara yang berlaku seharian, ianya sudah cukup untuk memperlihatkan kehabatan Allah.

Lihat pada matahari yang beredar, lihat pada bulan, lihat pada kejadian manusia, tumbuhan dan haiwan. Ianya tanda kebesaran Allah. Disebabkan kebiasaan itu telah menyebabkan akal manusia imune dengan suasana yang penuh menunjukkan kebesaran penciptanya.

Berlakunya gerhana merupakan salah satu kejutan tehadap akal manusia yang sekian lama lali dari kebesaran Allah. Langit yang cerah di sinari matahari menjadi malap dan terpadamlah cahaya yang membahang.

Itulah antara pengajaran dari gerhana yang biasa didengari dalam khutbah, dan ceramah. Hari ini saya ingin memanggil pembaca dengan satu lagi kehebatan Islam. Islam adalah agama yang membuka minda, agama yang mengajak manusia melihatkepada alam yang lebih luas dengan tabiatnya yang sebenar.

Ketika gerhana berlaku di zaman nabi, bersamaan dengan kematian anak baginda Ibrahim, adayang masih menganggap bahawa gerhana tidak berlaku kerana kematian sesiapa. Nabimeyedarkan bahawa fenomena alam merujuk kepadahukum alam ang telah di tetapkan oleh Allah, bukanya fahaman karut yang diada-adakan. Alangkah perlunya masyarakat kita kepadagerhana, jika sekalilagigerhana mampu memecahkan tembok khurafat yang kian menebal.

Islam adalah agama sains, agama yang menghubungkan cakerawala dengan ibadat. Puasalah bila kamu melihat anak bulan dan berhari rayalahh bila kamu melihat anak bulan. Solatlah ketika bulan dan matahari gerhana...tiba-tiba lantaran kelemahan umat Islam cakerawala bukan menjadi milik mereka. Muslim tidak lebih sebagai pengguna yang palin baik dikalangan mereka hanyamampu membayar tambang untuk menumpang sama gerakan mencari alam maya yang luas.

Jet, roket, sains dan cakerawalabukannya milik umatIslam yang puasa dan hari rayanya berlaku dengan melhat pada cakerawala. Berhajatnya umat ini pada gerhana. Pandangan anda dihargai


Tuesday, 12 January 2010

Senarai Kes Jenayah Mengikut Mahkamah Rendah



Sekadar berkongsi maklumat:.....


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM3,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.


BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
1 4 Pemujaan Salah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
2 12 Menghina Pihak Berkuasa Agama Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
3 13 Menyebarkan Pendapat Bertentangan Dengan Fatwa Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
4 14 Mengajar Tanpa Tauliah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
5 15 Mengingkari Perintah Mahkamah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
6 16 Penerbitan Bertentangan Hukum Syarak Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
7 17 (1) (2) (3) Judi Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
8 18 (1) (2) Minuman Yang Memabukkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
9 29 (a) (b) Khalwat Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
10 33 Menghalang Pasangan Yang Sudah Bernikah Daripada Hidup Sebagai Suami Isteri Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
11 37 Pemungutan Zakat / Fitrah Tanpa Diberi Kuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM2,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.


BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
12 19 (a) (b) Tidak Menghormati Ramadhan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
13 27 Hubungan Jenis Antara Orang Yang Sama Jantina Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
14 38 Penyalahgunaan Tanda Halal Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
15 210 Penghinaan Mahkamah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
16 211 Maklumat, Keterangan @ Pengakuan Palsu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
17 212 Pegawai Agama Yang Mengingkari Arahan Undang-Undang Dengan Niat Hendak Menyebabkan Bencana Kepada Mana-mana Orang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 6 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.


BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
18 20 Tidak Menunaikan Solat Jumaat Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
19 30 Lelaki Berlagak Seperti Perempuan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
20 31 Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
21 35 Tidak Hadir Di Hadapan Pendaftar Dalam Masa Yang Ditetapkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
22 124 Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
23 125 Perceraian Di Luar Mahkamah Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
24 126 (1) (2) Tidak Membuat Laporan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
25 127 Meninggal Langsung Isteri Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
26 128 (1) (2) Menganiayai Isteri / Suami Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
27 129 Tidak Memberi Keadilan Yang Sewajarnya Kepada Isteri Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM100.00 (Untuk Kesalahan Yg Pertama)
TIDAK MELEBIHI RM500.00 (Bagi Kesalahan Yg Kedua & Seterusnya)


BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
28 130 Isteri Tidak menurut Perintah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


HUKUMAN: TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA


BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
29 131 Percubaan Menjadi Murtad Untuk Membatalkan Perkahwinan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
30 133 (1) (2) Kecuaian Dengan Sengaja Untuk Mematuhi Perintah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM500.00 @ TIDAK MELEBIHI 3 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.


BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
31 132 (1) (2) (3) Persetubuhan Luar Nikah Antara Orang Yang Bercerai Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


HUKUMAN @ DENDA SAMA SEPERTI KESALAHAN YANG DIPERUNTUKAN DALAM KESALAHAN ITU.


BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
32 134 Percubaan Dan Subahat Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


TATACARA JENAYAH


BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
33 224 Pampasan jika tuduhan tak berasas Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003


Sumber:
http://www.esyariah.gov.my/portal/page?_pageid=185,1&_dad=portal2&_schema=PORTAL2

Wacana Ilmuan:
Ada hukuman yang tak masuk akal seperti hukuman bagi kesalahan zina...

Pandangan anda dihargai


Monday, 11 January 2010

Kutuk Keganasan Keatas Blogger dan Wartawan

Wacana Ilmuan menolak dan mengutuk keganasan yang telah dilakukan kepada blogger laman Kickdafella dan wartawan Malaysakini. Sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara adalah bertentangan dengan norma kemanusiaan dan bertentangan dengan perinsip keadilan.

Berlandaskan kepada perinsip Ilmiah, Telus dan Berkecuali, Wacana Ilmuan menyeru semua pihak supaya tidak mengambil keganasan sebagai jalan penyelesaian. Sebaliknya sebarang salahlaku blogger perlulah atau wartawan perlulah melalui prosedur pengadilan yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara.


Malaysiakni:
kemaskini 12.41pm 12/1/10
Seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan mendakwa polis bertindak kasar selepas mewawancara seorang wanita yang dikatakan ada pertalian keluarga dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor kelmarin.

Malaysiakini:kemaskini 3.34pm 11/1/10
Seorang penulis blog popular diancam dengan "kapak terbang" malam tadi, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan.
Pandangan anda dihargai


Doa Keatas Muslim


Soalan: Saya ingin mengetahui pendapat ustaz berkenaan hukum mendoakan keburukan kepada seorang Muslim.

Jawapan:

Lebih dulu mohon maaf kepada Syeikh Nasrul kerana lambat respon soalan ni. Doa kepada Allah adalah satu ibadat, dengan berdoa seseorang itu sebenarna telah merendah diri dihadapan Allah. Allah suka kepada orang yang memohon dan berdoa kepadanya kerana doa menggandungi unsur ketundukan dan pengabdian. 'Berdoalah kepadaku aku akan akan mempekenankannya'.Maksud quran

Persoalannya sekarang ialah bolehkah seseorang muslim meminta kepada Allah untuk diberikan keburukan kepada seorang muslim yang lain. Persoalan ini sebenarnya memerlukan sedikit perincian.

1-Mendoakan keatas seseorang Muslim dengan keburukan disebabkan perasaan dengki dan hasad. Dalam keadaan ini sudah tentu ianya ditegah kerana perbuatan dengki dan hasad adalah terkutuk. Rasulullh mengumpamakan hasad seperti bara api yang memakan kayu api.

2-Disebabkan kejahatan dan kezaliman yang telah dilakukan.
Dalam keadaan ini para ulamak masih-masing bersalahan pendapat dalam membenarkan atau melarang perbuatan tersebut. Sebahagiannya membolehkan dan sebahagian melarang berdasarkan hujah masing-masing.

Bagi yang melarang mereka berhujjah dengan hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad Termizi bahawa nabi memohon kabilah tertentu seperti Thaqif dan sebagainya supaya di beri hidayah walaupum mereka berlaku zalim.

Bagi yang membenarkannya pula mereka berhujah dengan doa nabi melaknat penerima rasuah dan sebagainya.

Saya berpendapat bahawa mendoakan keburukan kepada orang yang melakukan kezaliman adalah satu respon yang cukup tabie, ini kerana keperitan dalam menghadapi orang yang zalim membuatkan seseorang itu mengadu kepada Allah. Jika kejahatan yang dilakukan ialah berkaitan dengan hak Allah maka Allahlah yang lebih berhak, tetapi jika kezaliman dan penganyayaan terhadap sesama manusia, maka manusia seringkali kehilangan kesabarannya.

Dalam generasi para sahabat kita lihat peristiwa fitnah yang menimpa Sad bin Abi Waqas yang di riwayatkan oleh Bukhari. Dia dituduh oleh seorang lelaki tidak pergi berperang, tidak adil membahagikan harta rampasan perang dan ketika memutuskan perbicaraan. Kecewa dengan tuduhan itu Sad telah mendoakan lelaki itu dengan tiga perkara, panjangkan umurnya, miskan sepanjang hidupnya dan fitnahkan dia.

Jika dilihat dalam kes Sad dia telah berada dalam situasi kedua, adapun rasulullah memilih untuk berada di peringkat paling afdal. Selepas peperangan Uhud baginda di minta mendoakan puak mushrikin yang memeranginya tapi baginda menyatakan bahawa baginda dibangkitkan bukan untuk melaknat tetapi untuk mengajar manusia.

Rasulullah menunjukkan contoh paling mulia tetapi perbuatan Sad adalah respon kemanusiaan yang biasa berlaku, jika dilihat dalam kes Sad, dia dizalimi secara individu. Sesuatu kezaliman itu lebih besar dan dahsyat jika dilakukan bukan terhadap individu tetapi dikenakan kepada penduduk daerah, negeri atau negara tertentu. Sudah tentulah kejahatannya lebih dahsyat dan lebih besar disisi Allah. Kejahatan seperti ini amat berat pada diri orang-orang yang prihatin dengan nasib agama, bangsa dan negara. Akhibatnya setelah kesabaran dan pergelutan yang panjang, mereka mengangkat tangan kelangit lalu meluahkan perasaan didepan Allah...yaAllah...ya Allah....

Pandangan anda dihargai
Pandangan anda dihargai


Sunday, 10 January 2010

Sambutan 2010: Kegembiraan Yang Tak Berasas (2)



Rakyat Malaysia baru saja menyambut kedatangan tahun baru 2010. Sepertimana rakyat negara lain, rakyat Malaysia mula belajar bagaimana menggunakan malam itu untuk menghalalkan arak dan zina. Perayaan yang saya sifatkan sebagai kegembiraan yang tidak munasabah dan dibuat-buat.

Sambutan itu sebenarnya perlu diisi dengan ceramah kesedaran dan motivasi, kerana bagi saya, tahun 2010 menjanjikan suasana yang lebih sukar, dalam situasi ekonomi dunia yang tidak menentu, dalam suasanakantong negara yang semakin mengucup.

Belumpun sampai sebulan sambutan gilang gemilang dibuat, harga gula pun dinaikkan, harga petrol akan naik beberapa bulan lagi. Minyak dan gula adalan alat untuk menggerakkan dua jenis makhluk. Manusia perlukan gula sebagai tenaga dan jentera pulaperlukan minyak, bila kedua-dua bahan asasi ini naik harga, maka pertengahan tahun 2010 dijangka akan menyaksikan pesta naik harga sebagaimana hangatnya pesta sambutan 2010 atau lebih hangat lagi.

Selamat menyambut pesta kedua dan berembiralah!!!

Pandangan anda dihargai


Hukum Bakar Gereja

Soalan: Apa hukum membakar atau menyerang gereja?

Islam sebenarnya satu agama yang sangat bertoleransi. Islam tidak memaksa manusia untuk menganut Islam secara kekerasan. Sebaliknya Islam menggunakan pendekatan dakwah dan menerangkan kehebatannya.

Sehubungan dengan itu quran menerangkan bahawa tidak ada paksaan dalam agama. Selain dari itu orang bukan Islam yang hidup dalam negara Islam bebas mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selagimana tidak bertentangan dengan kepentingan negara dan masyaraka Islam.

Perbuatan menyerang dan membakar gereja dalam menangani konflik penggunaan nama Allah adalah tidak wajar. Sebagaimana yang saya telah terangkan dalam entry lepas, penggunaan nama Allah tidak melibatkan perlanggaran terhadap kesucian Islam. Walaupun saya berpendapat kerajaan patut melarang penggunaan tersebut, tetapi larangan itu lahir dari perinsip sadu zaraie, atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud 'menyekat keburukan'. Apa yang dibimbangi ialah penggunaan itu akan digunakan untuk megelirukan masyarakat Malaysia yang kurang berpengetahuan.

Hasil dari punca larangan tersebut, percubaan menggunakan nama Allah bukanlah pencabulan terhadap kesucian Islam secara langsung. Oleh itu gereja tidak boleh diceroboh dan dibakar. Sementara para paderi tidak perlu diambil sebarang tindakan.

Dalam banyak sejarah peperangan antara orang Islam dan bukan Islam, pejuang Islam telah menunjukkan sikap toleransi yang cukup tinggi lalu tidak membunuh paderi dan tidak pula mengapa-apakan gereja. Tidak pernah direkodkan dalam sejarah Sepanyol tindakan orang Islam merampas gereja dari orang Islam meskipun umat Islam mampu menundukkan kuasa Kristian dibawah pimpinan Tariq bin Ziad.

Keadaan sebaliknya telah berlaku dimana orang-orang Kristian telah menunjukkan contoh yang tidak baik bila mereka merampas masjid-masjid umat Islam, sebaik sahaja mereka dapat menguasai semula tanah Sepanyol. Sungguhpun sebahagian masjid adalah berasal dari gereja, tapi dizaman pemerintahan Islam, pihak pemerintah membeli gereja-gereja yang mahu dijual oleh pihak Kristian.

Semenjak saya kecil lagi, saya mendengar cerita dan pendapat beberapa ahli masyarakat yang menganggap harus melakukan kejahatan dan jenayah kepada orang kafir. Pendapat ini tidak benar. Dalam tafsir al Manar karangan Rashid Reda, beliau menolak sekeras-kerasnya kepercayaan ini ketika mentafsir Surah Ali Imran.

Namun demikian islam membenarkan tindakan diambil jika gereja dan paderi dijadikan alat untuk menyerang dan melakukan kekacawan dalam masyarakat Islam. Oleh itu saya menggesa supaya tindakan diambil oleh kerajaan dengan menutup gereja dan menghukum paderi yang menyebarkan dakwah mereka kepada umat Islam di Malaysia.

Hukuman sekeras-kerasnya perlu diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung gejala murtad dikalangan umat Islam. Dalam fekah Islam, sesiapa yang bertindak memurtadkan umat Islam jika sabit kesalahannya boleh dijatuhkan hukuman bunuh. Begitulah besarnya kesalahan memurtadkan orang Islam dalam negara Islam. Malangnya jenayah ini tidak mendapat perhatian pihak berkuasa. Sepatutnya walaupun tidak ada undang-undang yang boleh menjatuhkan hukuman mati, paling kurang tindakan dibawah ISA boleh diambil bagi paderi-paderi yang bertindak menyebarkan dakwah mereka kepada orang Islam.

Mengapa tindakan ini perlu? Jawapannya ialah bagi menjaga keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Kontrak sosial yang disepakati antara kaum di Malaysia ialah agama rasmi negara adalah Islam dan penganut agama lain bebas menjalankan aktiviti agama mereka dengan tidak menyebarkannya kepada orang-orang Islam. Kita bimbang, perlanggaran terhadap kontrak ini akan mencetuskan kemarahan oleh masyarakat dan menggalakkan keganasan yang tidak berkesudahan. Oleh itu pihak kerajaan perlu bertindak tegas kepada sesiapa yang berani melanggar kontark sosial yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia.



Pandangan anda dihargai


Friday, 8 January 2010

Perlu Bakar Gereja?(2)

Dalam entry lepas kita telah melihat dua kemungkinan yang ada bagi membolehkan penggunaan nama Allah dilarang bagi agama lain.

Kemungkinan pertama disebabkan penggunaan itu mungkin akan digunakan untuk mengelirukan umat Islam atau digunakan untuk penyebarann agama Kristian. Kemungkinan kedua ialah berkaitan kemarahan umat Islam yang tidak biasa dengan keadaan itu.

Sementara kemungkinan penggunaan itu menggangu kesucian Islam telahpun tertolak dengan tindakan Rasulullah yang tidak pernah mengeluarkan arahan pengharaman kepada orang bukan Islam semasa baginda hidup.

Melalui tiga asas diatas, bolehkah kita katakan bahawa tindakan sesetengah khatib yang mengapi-apikan kemarahan umat Islam sebagai tidak tepat? Perlukah diadakan demostrasi menentang penggunaan nama Allah dilakukan seolah-olah ianya satu malapetaka? Persoalan perlukah dibakar gereja saya rasa tidaklah sukar untuk dijawab setelah melihat hakikat yang telah diutarakan.

Dalam ruangan ini saya ingin menegur segelintir penceramah yang amat suka munggunakan gimik. Pantang ada masaalah sikit maka mereka akan menggunakan semangat yang melampau untuk membangkitkan perasaan rakyat. Sementara pemuda yang perihatin dengan agamanya akan menyahut seruan dan gesaan penceramah, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi agama. Semangat yang tidak berpijak pada hikmah dan tidak berpandu pada cahaya ilmu dalam banyak keadaan akan merugikan umat Islam sahaja.

Oleh itu apakah kita perlu setuju dengan penggunaan tersebut? Jawapannya ialah tidak semestinya. Yang saya mahu tekankan sekarang ialah masyarakat tidak perlu dilibatkan dengan isu ini. Kalau mereka nak dilibatkan juga maka biarlah mereka tahu apa yang mereka hadapi. Sejauh mana bahayanya benda yang dihadapi dan dimanakah letaknya konflik ini dalam neraca agama. Kita tidak perlu menggunakan emosi sehingga ada penceramah yang menangis kerana sedih kerana pada tanggapannya ini adalah penghinaan yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah umat Islam.

Persoalan sebenar ialah disekitar strtegi umat Islam mematahkan usaha pihak gereja untuk menyebarkan dakyah mereka. Alhamdulillah masih ramai umat Islam di Malaysia yang prihatin dengan agama mereka. Mereka sepatutnya digerakkan hanya untuk memberi tekanan sepaya nama Allah tidak digunakan oleh pihak gerja kerana itu akan membahaya, mengelirukan dan dipergunakan untuk penyebaran agama Kristian.

Dari satu sudut, hujah diatas masih boleh dipertikaikan. Sampai bila umat Islam perlu ditakutkan dengan tindakan orang? Mengapa umat Islam tidak disedarkan dengan kepentingan dakwah? Bahkan penggunaan itu sekaligus menjadi tiket kepada orang Islam untuk menggugat akidah orang Kristian.

Dari sudut realiti, tindakan melarang adalah lebih tepat, ini kerana memang orang Melayu suka menggunakan teknik menakut-nakutkan. Bermula dari mereka mendidik anak sampailah mereka memerintah negara, semuanya menggunakan kaedah menakut-nakutkan. Semasa kecil kita diajar jangan menangis ada hantu, jangan duduk atas bantal akan keluar bisul, jangan cakap politik nanti kena ambil tindakan, jangan dan jangan...

Berdasarkan realiti usaha dakwah umat Islam amat lemah dan ramai orang yang akan dikelirukan, berdasarkan kebebasan agama Kristian menyebarkan dakwah mereka tanpa ada sekatan (satu ketika dulu rumah saya pun sering mendapat risalah menceritakan tentang agama Kristian. Berdasarkan kemarahan umat Islam yang melonjak-lonjak maka saya amat setuju jika penggunaan nama Allah dilarang dari digunakan oleh agama lain. Tapi tindakan yang saya rasa lebih benar ialah biarlah ianya dilakukan oleh pihak kerajaan sebagai sebahagian daripada tuntutan menjaga sensitiviti masyarakat.

Pandangan anda dihargai


Guna Nama Allah: Perlu Bakar Gereja?(1)



Benarkah bila agama lain menggunakan perkataan Allah maka ia akan menghina kesucian Islam? Saya rasa inilah soalan yang patut kita jawab dahulu sebelum kita bincang lebih lanjut tentang tajuk di atas.

Bagi sahabat yang telah membaca entry 'Nama Allah: Haruskah dikongsi Bersama 1-3, berkemungkinan besar mereka akan mengatakan tidak. Penggunaan itu tidak menghina Islam.

Dari sudut sejarahnya ianya telah digunakan semenjak zaman kenabian lagi. Masakan Rasulullah berlengah dalam membenteras sesuatu yang menceroboh kesucian agama Allah.

Jadi, setakat ini sudah dua hujjah telah terbatal. Adakah sebab-sebab lain yang membolehkan penggunaan itu dilarang? Mari kita lihat kepada andaian-andaian berikut:

1-Penggunaan ini akan memberi ruang mudah bagi penyebar agama lain untuk menyebarkan dakwah mereka kepada umat Islam. Penduduk pendalaman, orang asli dan para muallaf akan mudah dikelirukan.

2-Penggunaan nama Allah bagi agama bukan Islam akan membangkitkan kemarahan orang Islam di Malaysia yang tidak biasa dengan penggunaan tersebut. Sensitiviti ini perlu dijaga bagi menjamin keamanan negara. Tambahan lagi negara ini negara Islam,maka hak rakyat Islam perlu diutamakan.

Saya rasa dua hujjah ini sahajalah lagi yang ada bagi membolehkan usaha menyekat penggunaan nama Allah.
Pandangan anda dihargai


Thursday, 7 January 2010

Tafsir Surah 'Ali Imran 2

Tafsir Surah Ali Imran: Ayat 69-73

وَدَّت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلاَّ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
وَقَالَت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُواْ بِالَّذِيَ أُنزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُواْ وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُواْ آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
وَلاَ تُؤْمِنُواْ إِلاَّ لِمَن تَبِعَ دِينَكُمْ قُلْ إِنَّ الْهُدَى هُدَى اللَّهِ أَن يُؤْتَى أَحَدٌ مِّثْلَ مَا أُوتِيتُمْ أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِندَ رَبِّكُمْ قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَاء وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لاَّ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِين

Maksudnya:

[69]
Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).

Orang beriman perlu sedar, sebahagian orang bukan Islam mempunyai hubungan baik dengan orang Islam. Mereka tidak menaruh dendam dan membenci kita, namun demikian sebahagian pula tidak begitu, kita mesti peka dengan usaha-usaha menyebarkan kesesatan dan kemaksiatan dalam masyarakat Islam. Ketika para sahabat bersemangat mengamalkan Islam mereka diberikan gesaan oleh Allah supaya berhati-hati. Salah satu sifat buruk ialah menyebarkan kesesatan.

Di zaman ini penyebaran maksiat dan kesesatan mungkin telah dilakukan oleh orang yang mengaku Islam sendiri. Sudah tentulah sifat ini sifat yang tercela dan mendapat kemurkaan Allah. Rasulullah menerangkan bahawa sifat orang Islam ialah bila melihat kemungkaran maka mereka akan mencegahnya. Perlu diingatkan juga bahawa kemungkaran yang dimaksudkan oleh Allah ialah segala bentuk penyelewengan dalam segenap sudut kehidupan manusia samada kemungkaran sosial, kemungkaran politik dan kemungkaran ekonomi. Kemungkaran individu atau organisasi kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat atau dilakukan oleh pemerintah.

Satu lagi sifat buruk bani Israel ialah kufur dan engkar dengan kebenaran walaupun mengetahui hakikatnya
[70]
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?

Bani Israel dianggap oleh Allah mengetahui ayat kebesaran Allah kerana mereka mendengar dan mempercayai cerita nabi-nabi terdahulu. Mereka telah mengetahui cerita kehancuran yang menimpa kaum-kaum yang menentang Allah. Dalam masa yang sama mereka tetap kufur dan engkar dengan ajaran nabi Muhammad.

Umat Islam diingatkan dengan sifat buruk ini. Seseorang yang melakukan kesalahan dan kesilapan kerana tidak sengaja dan jahil mungkin dimaafkan. Sabda Rasulullah bermaksud Seseorang itu tidak dikira bersalah jika dia berada dalam tiga situasi
1-Ketika tidur sehinggalah dia jaga
2-Ketika kanak-kanak sehinggalah dia dewasa
3-Ketika gila sehinggalah dia kembali siuman.

Kesemua situasi diatas dimaafkan oleh Allah kerana manusia tidak dapat menggunakan minda dan ilmunya untuk menimbang antara baik dan buruk. Sementara orang yang waras, mengetahui dan dapat membezakan kebenaran dan kesalah jika masih melakukan kekufuran dan kesalahan maka itu buktinya kejahatan tersebut berpunca dari hatinya.

Selain itu, salah satu sifat yang boleh memusnahkan kehidupan individu dan masyarakat ialah apabila gololongan berilmu tidak bertanggungjawab. Sifat ini telah berlaku dalam masyarakat Bani Israil.

[71]
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?

Sifat buruk ini jika diamalkan oleh masyarakat Islam maka mereka juga akan binasa sepertimana binasanya masyarakat Bani Israel. Sifat menyembunyikan kebenaran dan fakta, lalu bertindak mengikut kepentingan diri dan kumpulan akan menghancurkan individu dan masyarakat. Jika kebenaran disembunyikan maka orang yang salah akan terlepas dan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Jika fakta dan kebenaran disembunyikan nescaya manusia akan hidup dalam ketakutan kerana bahaya akan berada dimana-mana. Kita pernah melihat bagaimana bahan berbahaya milamin terdapat dalam susu. Ini kerana ada pihak yang menyembunyikan kebenaran. Kebenaran bukan sahaja perkara agama tetapi semua kebenaran dalam segenap kehidupan manusia.

[72]
Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): “Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula”.

Dalam perkara yang melibatkan perinsip hidup umat Islam disuruh supaya berterus terang dan bertegas. Jangan jadi seperti orang-orang Yahudi yang sanggup berpura-pura beriman sedangkan mereka kufur. Sifat berpura-pura adalah sifat yang keji. Lantaran itu Islam membahagikan orang yang kufur kepada dua jenis: pertama kufur yang zahir dan kedua kufur yang tersembunyi iaitu munafiq.

Sifat munafik mungkin boleh mengenai orang Islam bila mereka sanggup berpura-pura. Ada orang yang berpura-pura baik bagi mendapat sesuatu manafaat seperti sokongan orang, belas kasihan, bantuan dan sebagainya. Walaupun sifat kepura-puraan itu tidak menyebabkan kekufuran tetapi masyarakat umat Islam yang dipenuhi dengan sifat ini akan menjadi tidak berwibawa dan lemah.

Pandangan anda dihargai


Nama Allah: Haruskah di Kongsi Bersama (3)


Kita ketahui dalam dua entry lepas bahawa asal usul manusia adalah Islam, perbuatan syirik adalah sesuatu yang kemudian. Kita juga telah mengetahui bahawa penggunaan nama Allah berlaku bukan sahaja dalam Injil bahasa Arab dizaman kita, tapi nama Alah digunakan oleh tiga agama samawi dizaman nabi s.a.w iaitu Kristian, Yahudi dan Islam. Selain itu masyarakat Arab yang menyembah berhala juga menggunakan nama Allah. Buktinya terdapat syair Arab jahiliiah yang menyebut Allah sebaai tuhan.

Satu persoalan ialah apakah orang Arab musrikin, Yahudi dan Kristian di zaman nabi percaya kepada Allah sebagaimana orang Islam beriman kepada Allah. Jawapannya ialah t'idak' dan 'mustahil'. Ini kerana kesemua agama lain selain Islam adalah agama syirik yang percaya kepada Allah sebagai salah satu tuhan yang disembah dan mereka percaya tuhan2 lain selain Dia. Quran sendiri murka kepada mereka dengan ayat yang banyak.

Tujuan saya menekankan point ini ialah kerana ramai orang yang menolak penggunaan nama Allah kepada orang bukan Islam mengunakan hujjah, orang bukan Islam tidak percaya kepada Allah sebagaimana sifatnya yang sebenar, sebaliknya mempunyai falsafah sendiri yang bertentangan dengan kebenaran.

Seperti yang telah kita lihat, bila masanya orang Yahudi, Kristian dan Mushrikin Arab di zaman nabi, beriman kepada Allah dalam konteksnya yang sebenar? Oleh itu hujah ini tidak boleh dipakai. Ianya tidak lebih dari hujah yang emotional dan tidak berpijak di alam nyata.

Nampaknya menghalang penggunaan nama Allah kepada agama lain tidak terdapat dalam quran dan tidak pula terdapat dalam sunnah. Namun begitu, ini tidak bermakna cadangan untuk menghalang itu salah dan perlu ditolak. Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah perbincangan akan berlaku dalam konteks ijtihad. Ini manaknya ia akan berkisar dalam kontek dalil-dalil zanni, dalil yang kabur dan bersifat mungkin betul dan mungkin salah. Bersifat mencari kemaslahatan yang dapat memelihara kepentingan Islam dan bersifat mencari keadilan kepada semua. (bercakap pasal ijtihad ni teringat pula saya pada orang-orang yang alergik dengan ijtihad, apa yang mereka nak buat dalam isu ini kerana mereka anti ijtihad)

Setelah kita sepakat dalam perkara di atas, barulah sesuai untuk kita berbincang dalam peringkat lain, perbincangan seterusnya ialah apakah yang paling baik dalam menjaga kesucian Islam? Apakah yang paling adil bagi agama lain? Benarkah penggunaan nama Allah akan membahayakan Islam? Apakah benar ianya akan digunakan untuk memurtadkan umat Islam? Apakah agama Kristian perlu menggunakan nama Allah sedangkan Kristian Eropah tidak menggunakan istilah tersebut? Itulah antara persoalan yang perlu dijawab bagi mengatakan boleh atau tidak.





Pandangan anda dihargai


Tuesday, 5 January 2010

Nama Allah: Haruskah di Kongsi Bersama (2)

Dalam entry lepas kita telah ketahui bahawa asal usul manusia adalah beriman kepada Allah. Oleh itu masyarakat pertama manusia mengenali Allah dan selepas jenerasi bertukar manusia mula menyembah tuhan lain selain Allah. Adalah amat lojik jika kita katakan bahawa kesyirikan yang berlaku selepas zaman tauhid bukannya dalam bentuk meninggalkan kepercayaan kepada Allah secara menyeluruh tetapi kesyirikan berlaku dengan meninggalkan sebahagian asas kepercayaan kepada Allah tuhan sekelian alam.

Setelah kita faham situasi ini, barulah kita faham kenapa dizaman kenabian, Rasulullah tidak memeranggi penggunaan nama Allah dalam kehidupan orang bukan islam. Tidak ada sebarang larangan terhadap penggunaan ahli kitab samaada Yahudi, Kristian dan masyarakat arab musyrikin.

Selepas kita ketahui tindakan nabi itu, dapat kita fahami bahawa cadangan sesetengah pihak supaya penggunaan nama Allah disertai dengan nota bahawa ianya merujuk kepada Allah yang esa adalah satu cadangan yang tidak berlandaskan tindakan nabi.
Pandangan anda dihargai


Sunday, 3 January 2010

Nama Allah: Haruskah di Kongsi Bersama (1)


Isu penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian telah menjadi perbincangan hangat dan panas. Entry ini adalah kupasan pertama saya tentang isu yang pada mulanya kurang mendapat perhatian.

Saya dimaklumkan bahawa ada pertubuhan yang akan membuat pendirian resmi esok dan perbincangan antara cerdik pandai masih diteruskan sehingga kini. Yang dapat kita perhatikan ialah mahkamah telahpun membenarkanpenggunaan lafzul jalalah seperti yang dilaporkan.

Persoalannya ialah apakah hukum Islam dalam persoalan ini? APakah nama Allah atau dalam bahasa Arabnya lafzul jalalah hanya dibenarkan kepada umat Islam sahaja? Apakah yang telah diamalkan oleh umat Islam terdahulu dan mengapa isu ini kecoh di Malaysia dan bukan dinegara-negara lain.

Tidak kurang juga yang saya dapati ada orang yang mengatakan perkataan Allah tidak ada dalam kitab injil, mereka menggunakan lafaz lain seperti father, lord dan god. Sebelum meneruskan perbincangan ini, terlebih dahulu saya katakan bahawa tanggapan itu tidak tepat. Perkataan Allah digunakan dengan meluas dalam injil bahasa Arab.

Dari sudut sejarahnya, penggunaan nama Allah telah berlaku semenjak zaman dahulu kala. Ini kerana asal manusia adalah Islam. Nabi adam beragama Islam. Sementara tuhan sembahan lain adalah sesuatu rekaan baru yang datang kemudian dari nama Allah. Oleh itu tidak hairan mengapa nama Allah telah digunakan dengan meluas.

Dizaman jahiliah orang-orang Arab menyebut bahawa salah satu tuhan mereka ialah Allah, namun demikian mereka menyembah juga tuhan lain selain Allah, kerana itulah mereka dinamakan mushrikin. Iaitu orang-orang yang mensyirikkan Allah, yang percaya kepada Allah sebagai tuhan dan percaya juga bahawa ada tuhan selain Allah.

bersambung...

Pandangan anda dihargai


Friday, 1 January 2010

Sambutan Tahun Baru 2010: Kegembiraan Yang Tak Berasas

Sebagai seorang Islam, saya diajar oleh agama saya untuk sentiasa berfikir. Akal yang merupakan alat untuk berfikir adalah amat berharga. Sebab itulah Allah menyebut dalam quran 'tidakkah kamu berfikir' 'mudahan kamu berfikir' 'Allah telah menjadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dan perasaan'.

Salahsatu perkara yang menarik untuk saya fikirkan ialah kegembiraan manusia menyambut tahun baru. Ada yang menyambutnya dengan mercun ada pula yang menyambutnya dengan minum arak dan berbagai cara lagi. Tidak kurang juga yang sekadar melihat gelagat manusia.

Setiapkali melihat kegembiraan manusia menyambut tahun baru, saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang digembirakan. Saya tidak menganggap gembira dengan kedtangan tahun baru sebagai sesuatu yang terlarang disudut agama, tapi persoalan yang timbul ialah mengapa?

Saya cuba menyelami hati manusia yang bergembira tapi sehingga kini masih belum berjumpa dengan satupun sebab yang konkrit untuk mengiakan tindakan itu. Setelah lama mengelamun saya mula membuat andaian bahawa mungkin ramai manusia yang buat sesuatu yang dia sendiri tak faham.

Main mercun, minum arak, berzina beramai-ramai, tunjukkan kegembiraaan...masaalahnya apa yang digembirakan? Yalah kan ni tahun baru kita rasa gembira..mungkin ini saja jawapannya...saya terus berfikir...sebab untuk bersdih mungkin jauh lebih banyak daipada sebab untuk gembira...kita tak perlu gembira dengan tahun baru kerana tahun itu bukanlah sesuatu yang boleh menjanjikan apa-apa secara automatik.

Kedatangan tahun baru menunjukkan kita makin tua, menunjukkan kita talah menghabiskan masa setahun didunia dan menunjukkan tempoh kita hidup telah berkurangan sebanyak setahun dari tahun lepas, itu pun nak gembira?

Yang kelakarnya ialah tahun baru yang disambut denan mercun itu menyaksikan kenaikan harga gula sebanyak dua puluh sen. Kita semua tahu bahawa naiknya harga gula bermakna semua harga makanan akan naik, itu semua akan berlaku dalam tahun baru. Bagi yang merokok anda juga akan mengalami kenaikan harga rokok...

Setahun melangkah juga memberi makna bertambahnya setahun lagi umur negara Malaysia yang amat berbeza keadaannya berbanding masa ia ditubuhkan, setahun demi setahun berlalu menyaksiakan terhakisnyaa kuasa politik Melayu dan terhakisnya penguasaan mereka dalam penguasaan tanah tumpah darah mereka.tu pun nak gembira ke?

Diperigkat golbal, krisis umat Islam langsung tidak dapat digembirakan, saya tak kata kit aperlu bersedih dengan kedatangan tahun baru, tapi kedatangan cabaran baru ini perlu dihadapi dengan keazaman baru, tekad baru,strategi baru, usaha baru bukannya disambut dengan kegembiraa, mercun, filem, arak dan zina.

Pandangan anda dihargai